Ancaman wabak COVID-19 tidak mengenal mangsanya. Walaupun warga emas dikatakan antara golongan berisiko tetapi jika keadaan ini tak diambil serius ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira orang tua, muda atau golongan kanak-kanak.

Memandangkan angka kematian semakin meningkat dan jumlah kes baru sentiasa ada, rakyat seharusnya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan ikut arahan dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa.

Bayangkan yang kita ini masih lagi selamat pun sentiasa terdetik rasa risau, apa pula perasaan ahli keluarga pesakit COVID yang semestinya lagi bertambah risau dengan wabak ini. Sayunya Ya Allah. Disyaki Positif COVID, Anak Ini Akur Terpaksa Berpisah Dengan Keluarga

Itu juga yang dirasai oleh seorang kanak-kanak lelaki disyaki positif COVID dan terpaksa meninggalkan keluarga untuk menjalani proses kuarantin buat sementara waktu.

Ikut ayah pergi kursus urus jenazah

IKLAN

Berdasarkan perkongsian yang telah tular di Facebook, dikatakan kanak-kanak terbabit bersama bapanya telah mengikuti kursus pengurusan jenazah.

Bagaimanapun, salah seorang peserta yang mengikuti kursus tersebut merupakan ahli ijtimak tabligh yang positif Covid-19. Maka, daripada situlah jangkitan tersebut dapat dikesan.

IKLAN

Sayunya Ya Allah. Disyaki Positif COVID, Anak Ini Akur Terpaksa Berpisah Dengan Keluarga

Terpaksa berpisah dengan ibu ayah

IKLAN

Namun yang buatkan ramai sedih, nampaknya kanak-kanak itu terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan ahli keluarga lain dalam tempoh beberapa minggu.

Setelah tular gambar kanak-kanak lelaki tersebut, orang ramai terus mendokan semoga tiada apa-apa yang serius berlaku dan berharap anak kecil ini bebas dari wabak ini secepat mungkin. Harap ada berita baik untuknya.

Ya Allah, Sembuhkanlah adik ini dengan segera. Perkenankan doa kami Ya Allah, Engkaulah Maha Penyembuh.

Sumber: OMM via Nur Fatin Mas Hassan & Farah Norafina

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI