Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah selamanya. Di saat anak yang perlukan kasih sayang, ibu telah pergi menghadap ilahi tanpa sempat menatap wajah anak yang dikandung selama 9 bulan.

Begitulah hebatnya pengorbanan wanita demi untuk memberikan zuriat buat suami. Perkongsian yang cukup sedih di Facebook Adek Eyka yang berkongsi mengenai pemergian arwah kakaknya selepas melahirkan anak benar-benar mengambarkan jihad seorang wanita bergelar ibu.

Memang ajal, maut, jodoh semuanya rahsia Allah. Namun pemergian ibu ini sangat menyentuh hati ahli keluarga kerana bayi arwah seolah-olah memahami yang ibunya telah pergi buat selamanya.

Sayunya Ya Allah, Kucupan Terakhir Anak. Seolah Faham Ibu Pergi Selamanya 

Meninggal lepas lahirkan anak sulung

Dalam perkongsian Eyka, dia menceritakan semula momen di saat pemergian kakaknya, dimana bayi arwah sedikit pun tidak menangis sehingga urusan pengebumian selesai.

IKLAN

Kongsinya lagi, mungkin ini antara hikmah yang Tuhan sampaikan, jika kebiasaanya bayi kecil akan sering menangis namun anak arwah mudah dijaga, membuatkan segala urusan pengebumian berjalan lancar.

Kucupan terakhir anak buat ibu

Rasa sayu makin bertambah, setelah melihat foto yang dimuat naik Eyka memaparkan kucupan terakhir anak pertama arwah kepada ibu yang telah mengorbankan nyawa untuk melahirkannya.

IKLAN

Terbaca diari arwah

Apa yang membuatkan bertambah sedih, Eyka sempat membaca diari arwah namun isi kandungannya tidak dapat dikongsikan dan menjadi rahsia antaranya serta keluarga.

“Apa yang buat aku terasa 1001 perasaan serba salah bila terbaca buku diari arwah. Biarlah aku saja yang tahu apa yang ditulisnya..Allahu andai masih hidup masih banyak nak diperbetulkan balik menangis air mata darah sekali pun takkan tebus rasa serba salah aku…” Siti Aisyah Binti Zulkafli 17/8/2020

Sayunya Ya Allah, Kucupan Terakhir Anak. Seolah Faham Ibu Pergi Selamanya 

IKLAN

Tak sempat nak bermanja dengan ibu

Ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah, mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bayinya dapat membesar menjadi anak yang soleh.

Walaupun ketiadaan ibu di sisi, moga anak ini terus dikelilingi ahli keluarga yang sentiasa menyayanginya dan apabila besar nanti dia akan rasa bangga mempunyai seorang ibu yang hebat.

Sumber: Adek Eyka

https://www.youtube.com/watch?v=nw3YIBv0qgk

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI