Sayur-sayuran dan buah-buahan antara makanan yang menjadi pilihan kita setiap hari.  Boleh dikatakan dalam hidangan menu harian, mesti rasa tak lengkap jika tiada sayur atau buah. Bagaimanapun, sayur dan buah-buahan antara makanan yang tinggi dengan racun perosak kalau tidak dibersih dan kendalikan dengan baik.

Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan di Facebooknya, belia berkongsi cara betul untuk mencuci buah dan sayur sebelum digunakan.

Cuci guna 3 bahan ini!

Ada masalah kesihatan datang dari bahan kimia merbahaya, yang ada pada sisa racun serangga dari buah dah sayur. Saya kongsi, macam mana kita nak kurangkan semua ni dalam sayur dan buah yang anak-anak dan keluarga kita kena makan setiap hari.

Sayur, Buah Antara Makanan Tinggi Racun! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ini Tiap Kali Cuci
Mula letak garam dalam sayur. Boleh guna cuka dan soda bikarbonat jugak. Garam boleh guna garam putih, cuka boleh guna cuka putih.

1. Basuh sayur dengan buah, dengan salah satu dari 3 bahan ni:

Garam.
Cuka.
Soda bikarbonat.

Sayur, Buah Antara Makanan Tinggi Racun! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ini Tiap Kali Cuci
Kemudian masukkan air dari sinki.

– Campur salah satu, dengan larutan air. Kemudian rendam sekejap sayur dan buah. Biar dalam 12 minit macam tu, kemudian bilas.

IKLAN

Bila sayur dan buah dilalukan dengan air, 9 daripada 12 jenis sisa racun serangga yang ada boleh tersingkir. Kajian lain ada yang kata, kalau kita rendam sayur dan buah dalam air soda bikarbonat selama 2 minit, ia dapat singkirkan lebih banyak sisa racun serangga berbanding hanya dengan lalukan air pada buah dan sayur dalam jangka masa yang sama.

Sayur, Buah Antara Makanan Tinggi Racun! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ini Tiap Kali Cuci
Rendam sekurangnya 12 minit. Air paip je ni ye.

– Rendam 12 – 15 minit, dapat singkirkan terus semua sisa yang ada pada sayur dan buah. Ada kajian lain pada 196 sampel kobis, strawberi dan tomato. Kalau gosok permukaan buah dan sayur macam ni, akan dapat singkirkan keseluruhan sisa radun serangga yang ada, berbanding hanya lalukan air.

Sayur, Buah Antara Makanan Tinggi Racun! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ini Tiap Kali Cuci
Buah-buah berkulit macam ni pun saya akan rendam jugak.

Pun begitu, dengan cara basuhan apa yang kita buat sekalipun, sedikit sisa racun serangga mungkin akan ada pada zat sayur dan buah tersebut.

– Elakkan kita ambil sayuran macam ni dengan kuantiti yang banyak.

– Banyakkan sayuran yang ini untuk anak-anak ambil.

IKLAN

Ada pilihan pilih sayur dan buah organik

Sayur, Buah Antara Makanan Tinggi Racun! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ini Tiap Kali Cuci
Boleh jugak cari yang organik. Nak tanam sendiri jadikan organik pun boleh.

Sayur dan buah organik, bukan saja bermaksud ia tak gunakan racun serangga. Tapi banyak yang diambil kira, bermula dengan biji benih non GMO, kawasan tanah yang tak dicemari, baja organik yang tak ada bahan kimia merbahaya dan banyak lagi kriteria yang perlu disahkan oleh badan berkuasa seperti United State Department of Agriculture (USDA).

Sayur, Buah Antara Makanan Tinggi Racun! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ini Tiap Kali Cuci
Elakkan kita ambil sayuran macam ni dengan kuantiti yang banyak.

Boleh buat, yang mana sesuai dengan keadaan keluarga korang. Tak semestinya kena cari yang organik. Tapi kalau sayur yang bukan organik, pastikan betul-betul kita bersihkan sayur tu, dengan salah satu dari tiga bahan yang saya kongsi.

Sayur, Buah Antara Makanan Tinggi Racun! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ini Tiap Kali Cuci
Banyakkan sayuran yang ini untuk anak-anak ambil.

Kalau yang organik sekalipun, ada baiknya cuci bersih jugak. Kita bukan je nak anak makan sayur dan buah yang sihat, tapi kita nak kurangkan jugak pendedahan pada saki baki racun serangga yang ada.

IKLAN

Kredit: Facebook Mazliana Mazlan

Sayur, Buah Antara Makanan Tinggi Racun! Dr Kongsi Guna 3 Bahan Ini Tiap Kali Cuci

Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar  sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI