Sayur Labu Masak Lemak Versi Baby, Sekejap Je Semangkuk Boleh Habis!

Share

Kebanyakan bayi mudah menerima labu sebagai makanan pertama mereka. Ini kerana rasanya yang lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah-buahan atau sayuran lain.

Selain itu, teksturnya amat lembut apabila dikukus atau dijadikan puri. Labu juga jarang menjadi penyebab alahan kepada bayi. Kalau bayi anda penggemar labu, jom buatkan labu masak lemak seperti yang dikongsi oleh ibu ini.

Selamat mencuba!

Labu Masak Lemak

Menu anak 7 bulan.

Bahan-bahan:

  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Labu
  • Susu full cream

*Bahan-bahan agak-agak je untuk seorang makan

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang kecik, bawang putih, sedikit ikan bilis sampai naik bau.

2. Masukkan air dan labu sampai masak.

3. Masukkan susu full cream.

4. Gaul sebati dan tutup api.

5. Nasi masak asing.

6. Bismillah, suap pada kesayangan.

Simpleeeee sangat dan paling penting sedap.

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN