Melihat telatah Lara Alana yang bijak dan aktif, mesti ramai ibu bapa yang kagum dan ingin anak mereka juga, membesar bijak seperti anak pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari ini.
Selain mummy dan daddy Lara yang selalu memberi rangsangan kepada si comel ini sejak kecil lagi, faktor nutrisi turut membantu perkembangan otak.
Adalah menjadi harapan bagi setiap ibu bapa supaya anaknya membesar dengan sihat dan bijak.
Pemakanan dan penjagaan nutrisi untuk kanak-kanak yang sedang membesar adalah penting. Susu secara semula jadinya, mengandungi kalsium dan protein untuk menyokong pertumbuhan fizikal seorang kanak-kanak.
Oleh itu, tidak hairanlah ramai ibu yang memilih susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang dapat menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Seperti ramai ibu-ibu di Malaysia, Scha Alyahya juga memilih Dutch Lady dengan 5X DHA* untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak mereka.
Kenapa Scha Pilih Susu Untuk Lara?
Ads
Foto: Instagram Schaalyahya
“Kami sungguh bersyukur kerana Lara tidak memilih makanannya. Lara akan makan apa yang dibekalkan dan disediakan, malah, sanggup mencuba apa-apa rasa atau tekstur yang berbeza.
Lebih penting lagi, Dutch Lady dengan 5X DHA* merupakan susu kegemarannya. Lara mengambil 2 hidangan susu setiap hari – pada waktu pagi dan malam, ” jelas Scha.
“Saya memilih Dutch Lady 5X DHA untuk Lara bukan hanya kerana kami adalah duta untuk jenama ini.
Sekiranya Lara tidak menyukai dan enggan meminumnya, saya tidak boleh memaksanya untuk minum susu tersebut. Sebenarnya Lara membesar dengan Dutch Lady 5X DHA yang membekalkan nutrien yang diperlukan untuk keperluan perkembangannya,” kata Scha.
Scha juga menambah bahawa salah satu sebab Dutch Lady 5X DHA dipilih olehnya adalah kerana kandungan 5 X DHA*.
Ads
“Salah satu perkara yang saya pernah baca tentang DHA adalah ia menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
Otak terdiri daripada asid lemak dan salah satunya adalah DHA. Kanak-kanak memerlukan DHA untuk menyokong perkembangan otak mereka dan tempoh yang penting ialah sebelum mereka mencapai umur 5 tahun.
Apabila perkembangan otak disokong dengan baik, maka apa-apa yang diajar atau bimbingan yang diberikan kepada si manja akan membantu mereka belajar dan terus berkembang, ” kata Scha.
“Walaupun saya sentiasa sibuk, saya cuba meluangkan masa selebihnya dengan Datin kesayangan saya! Lara sentiasa mencuit hati saya.”
Ads
Saya kagum dengan kata-kata dan aksinya yang bijak! Sebelum ini, Lara pandai menamakan jenis-jenis bunga yang dilihatnya. Kini Lara mampu menamakan planet-planet mengikut urutan dan pandai menyanyi serta menari!
Lara ialah seorang gadis kecil dengan naluri ingin tahu yang tingi, suka meneroka apa-apa sahaja yang menarik perhatian di sekelilingnya. Dia suka akan kraf dan sentiasa menamakan segala-gala yang dilihatnya, dan paling suka berenang!
Pilihlah Dutch Lady dengan 5X DHA* untuk menyokong perkembangan anak anda hari ini! Susu Tepung Rumusan Dutch Lady 123, Dutch Lady 456, dan Dutch Lady 6+ mengandungi 5x DHA*, protein serta 20 vitamin dan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A,B,D dan selenium.
Jangan terlepas semua nutrien penting untuk si manja. Dapatkan Susu Tepung Rumusan Dutch Lady 123, Dutch Lady 456, dan Dutch Lady 6+ di kedai berhampiran! Layari www.smartmoments.com.my untuk maklumat lanjut.
* Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya kalau dalam situasi berebut barang atau mainan, selalunya kita akan minta anak sulung atau anak yang lebih tua mengalah, betul kan?
Tapi, bagi anak-anak kecil ni, MENGALAH BERMAKNA KALAH! Siapa suka kalah? Kalau kita yang dewasa ini pun tak suka, apatah lagi si anak kecil yang lagilah tak faham apa rasionalnya untuk mereka mengalah dengan adik kecil mereka, lebih-lebih lagi kalau harta perebutan itu memang hak milik dia.
Perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah ini sangat betul dan ibu bapa boleh cuba tip ini.
Ingat bila kita suruh anak sulung mengalah selalu, dia berpotensi membesar dengan perasaan marah terpendam, dendam, tidak puas hati dengan adiknya, dan menganggap adiknya adalah PESAING buatnya yang perlu selalu DITEWASKAN, DIKALAHKAN dan DISAKITI.
Sebab tu, anak yang lebih tua, selalunya tak ngam dengan adik bawah dia.
Sebab? Wujudnya ‘persaingan kecil dan berlanjutan’ yang berlaku antara mereka. Dan benda ini selalunya memang akan terbawa-bawa sampai anak-anak membesar remaja dan dewasa.
Kalau waktu kecil-kecil dulu, mereka bergaduh sebab tak matang dan tak dapat berfikir. Tapi bila dah meningkat remaja dan dah boleh berfikir, mereka tetap bergaduh sebab persaingan yang wujud waktu mereka kecil ini, yang telah mengganggu gugat KUALITI HUBUNGAN/BONDING mereka sebagai adik beradik.
Dan fenomena ini, adalah AMAT TIDAK SIHAT. Jangan kita biar kalau dah nampak yang anak-anak kita ini seakan-akan bersaing dan tak ngam antara satu sama lain.
Ada caranya, untuk kita ibubapa MANIPULASI situasi di mana anak-anak berebut barang ini sebagai satu peluang MENYUBURKAN KASIH SAYANG yang padu antara anak sulung/anak lebih tua dengan adiknya.
“Soalnya, bagaimana?”
Soalnya, jangan DISURUH ANAK SULUNG MENGALAH.
Tetapi, BUAT MEREKA MENGALAH DENGAN RELA HATI.
SURUHAN adalah dalam bentuk arahan. Arahan selalu dikeluarkan IBUBAPA TANPA KITA MERENUNG HAKIKAT KEPERLUAN SEBENAR ANAK KITA dalam sesuatu masa.
Kita perlu faham, anak sulung kita BUKAN TAK MAHU MENGALAH! Anak-anak ini jiwanya suci dan bersih, mudah saja untuk kita lentur sebenarnya!
Yang menjadikan mereka tak mahu mengalah, ADALAH KERANA ANAK INI CUBA PERTAHANKAN HAKNYA, ANAK INI CUBA MENUNTUT KEPERLUAN EMOSINYA! Dia bukan sekali-kali DEGIL dan tidak mahu mengalah.
Tidak sesekali begitu.
Jadi, bila kita nak anak sulung mengalah, perkara utama perlu kita lakukan adalah BERIKAN HAKNYA dan PENUHKAN KEPERLUAN EMOSINYA!
“Apa keperluan emosi anak ini KETIKA mereka sedang bergaduh dan berebut barang?” Simple.
Si Kakak/Abang, mahukan PENGIKTIRAFAN BAHAWA DIA DAN KEINGINANNYA JUGA PENTING, tidak segala-galanya dalam dunia ni, hanya adik saja yang penting.
Ini logika anak sulung kita. Sebab nak buktikan bahawa dia juga penting dan mesti dimenangkan, dia akan bersikap keras dan tak mahu mengalah.
Sangat penting untuk kita fahami bahawa, anak sulung juga MAHU DIRINYA DIPENTINGKAN DAN DISAYANGI oleh ibubapa sama macam adiknya juga. Ini KATA KUNCI DALAM BERHADAPAN DENGAN SITUASI INI.
Jadi, sekarang apa yang perlu dibuat kalau tak boleh suruh Kakak/Abangnya mengalah?
Sebelum tu, kita perlu jelas bahawa SURUH ANAK mengalah dan BUAT ANAK mengalah adalah 2 perkara yang berbeza.
Bila anak mengalah sebab disuruh, dia melakukannya kerana terpaksa. Semata-mata kerana suruhan.
Kena Bijak Manipulasi Anak
Tapi, kalau kita sebagai ibubapa berjaya MANIPULASI KEADAAN dan buat anak MENGALAH kerana sukarela, kerana emosinya difahami – inshaALLAH hubungan dia dengan adiknya akan terus mekar dengan kasih sayang.
Dan inilah apa yang PALING KRITIKAL UNTUK KITA JAGA BILA ANAK-ANAK BERGADUH BEREBUT BARANG – iaitu kita nak jaga HUBUNGAN BAIK DAN KASIH SAYANG SESAMA MEREKA ADIK BERADIK.
Biar terus MENYAYANGI, dan BUKAN MENYAYINGI.
Baik, contoh praktikal yang saya gunakan dalam drama cinta dan air mata Maryam dan Hanoonah berebut anak patung, adalah begini.
Hanoonah tarik patung sebelah, Maryam tarik lagi sebelah. Dua dua taknak lepas. Yang paling drama, Hanoonahlah. Menangis jerit-jerit konon dia sangat menderita terpaksa pertahankan ‘anak patung rebutan’ yang sememangnya bukan hak dia pun, tapi hak kakak.
Kakak pulak, pandang saya dengan wajah MENGHARAPKAN PENGADILAN.
Ya, anak sulung selalu mengharapkan pengadilan. Ingat kata kunci kita, “BERIKAN HAK KEPADA ANAK SULUNG dan PENUHI KEPERLUAN EMOSINYA yang mahu rasa DIMENANGKAN dan rasa dirinya SAMA PENTING atau LEBIH PENTING dari adiknya.
Dengan tone suara yang tenang dalam jeritan Hanoonah yang nak anak patung Maryam tu, saya bercakap dengan Maryam,
“ALLAHUAKBAR Kakak! Adik berebut ya dengan Kakak?” Saya tanya soalan dengan air muka penuh dramatik , just to make sure Maryam tahu yang saya TAHU dia berada di pihak yang benar. Taktik ini adalah taktik keramat yang akan LENTURKAN EGO dia.
“A’ah Ibu. Adik berebut mainan Kakak ni, ibu tolonglah…” Maryam mengadu, suaranya sedikit tinggi kerana tertekan dan kecewa, mungkin.
“Oh apa yang Ibu nampak, adik hari ni buat perangai tak solehah sebab berebut barang! Kalau macam tu, Ibu kena hantar adik ke rumah Tok Maklah, supaya Tok Mak boleh didik adik jadi anak solehah.” Dengan muka kesal saya explain pada Maryam.
Maryam ini bila dengar adik nak kena hantar kepada Tok Mak, apa lagi. Memang akan menggelabah. Adiklah permata dia, adiklah BFF dia, adiklah segalanya untuk dia! Mana boleh berenggang dengan adik dah!
“Ibu, janganlah hantar adik dekat Tok Mak!” Sambil masih lagi tidak melepaskan mainan, Maryam minta saya ‘reconsider’.
“Tak boleh Kakak, adik buat perangai tak solehah ni, kita kena hantar pada Tok Mak. Biar Tok Mak didik adik JADI ANAK SOLEHAH MACAM KAKAK..” (Perhatikan ayat yang saya tulis dengan tulisan besar.)
“Ye lah Ibu. Ibu tak payahlah hantar Adik. Biar Kakak je yang didik Adik jadi anak solehah. Takpa, takpa. KAKAK NI DAH SOLEHAH, Kakak bagi jelah adik main ni,” (Perhatikan ayat Maryam yang menunjukkan dia langsung TAK RASA KALAH DENGAN MENGALAH).
Dan Maryam pun lepaskan anak patung tu, bagi adik main sendirian tanpa sebarang gangguan lagi.
Adik? Sekelip mata drama air mata dia berubah jadi drama cinta! Tersengih-sengih sebab ‘menang.’
Hakikatnya, kedua-dua anak ini berasa menang. Cuma, ‘DEFINISI KEMENANGAN’ bagi mereka itu berbeza. Adik menang cara lain, Kakak menang cara lain.
Dalam hal ni, adik yang masih belum fully faham tentang emosi, BUKAN WATAK UTAMA kita.
Jaga Hati Anak Sulung
Yang paling PERLU KITA JAGA ialah hati dan perasaan anak sulung ini. Dia sudah besar, dia sudah faham, dia sudah pandai menilai berbanding adik yang keperluan emosinya tidak sekritikal anak yang lebih besar ini.
Kerana itu, dalam situasi berebut ini, SAYA AKAN GUNAKAN AYAT DAN PENDEKATAN YANG MENUNJUKKAN SAYA:
Bila drama perebutan dah habis, selalunya adik akan berlalu dengan ‘kejayaan dan harta rampasan perangnya.’ Dan masa inilah, saya akan peluk dan bercakap-cakap dengan Kakak bahawa dia sudah tunjukkan contoh yang baik, dia anak yang solehah dan segala pengiktirafan ke atas sikapnya yang baik.
Antara dialog paling penting saya gunakan untuk pastikan HUBUNGAN Maryam dan Hanoonah sentiasa baik, adalah dialog, “Kakak, KITA DIDIK ADIK JADI ANAK YANG SOLEHAH YA. Kita didik SAMA-SAMA sampai Adik pun jadi SOLEHAH MACAM KAKAK.. Adik belum faham lagi kan? Dia kecil lagi…”
Dan pada kebanyakan waktu, Kakak akan membalas, “A’ah ibu. KASIHAN ADIK TU, sebab dia kecik lagi. Dia tak pandai lagi jadi solehah. NANTI KAKAK DIDIK ADIK, ok Ibu?”
Allahuakbar, sejuk perut Ibu mengandung bila anak sulung ini selalu volunteer untuk sama-sama membantu saya mendidik adiknya.
Dan hari ini, sudah kira-kira 2 3 bulan saya gunakan taktik dalam tema“MENGAJAK ANAK SULUNG MENDIDIK ADIKNYA MENJADI BAIK SEPERTI DIRINYA.”
Alhamdulillah, kesan yang saya lihat dalam diri Kakak, subhanALLAH, sangat baik.
InshaALLAH, ibubapa yang lain juga boleh gunakan strategi ini.
Pandai-pandailah kita memanipulasi keadaan, gunakan perkataan yang betul dan jadikan SETIAP ADEGAN dalam rumah sebagai MEDAN untuk kita mendidik anak-anak kita dengan sehabis baik cara.
Saya tak beri jaminan, semua ibubapa terus akan mendapat hasil yang cemerlang dengan kaedah ini. Tetapi inshaALLAH saya YAKIN, sedikit sebanyak kaedah ini akan MELENTURKAN ego si anak sulung dan sekaligus menjadikan mereka faham bahawa MEREKA ADALAH PENTING dalam keluarga kita ini, dan mereka SEHARUSNYA menjadi contoh tauladan yang baik untuk adik-adik. Ini hasil yang kita nak buru sebenarnya.
Siapa yang tak nak memiliki otak yang cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat,kan? Semua orang mahu! Sebaik mungkin kita cuba untuk mendapatkan tip terbaik.
Dengan pelbagai jenis makanan yang dijual sekarang, tak dinafikan ia boleh mempengaruhi anak-anak. Ternyata ibu bapa kena ambil berat mengenai pemakanan sekarang. Kena bertegas dan jangan bersikap sambil lewa.
Elakkan makanan ringan, pewarna yang tinggi, makanan segera, makanan tinggi kandungan garam dan yang ada bahan pengawet. Semua kategori makanan ini dikatakan dapat menjimatkan masa penyediaannya tapi kesan di sebaliknya sangat tidak elok untuk anak-anak dan diri kita sendiri.
Makanan Baik Untuk Otak
Bagaimanapun, dalam hal ini ramai dalam kalangan kita tak tahu makanan atau zat yang baik untuk otak terutama dalam menjaga fungsi serta kecerdasan otak.
Dengan makanan sihat, otak akan jadi lebih mudah untuk merakam serta mengolah informasi yang terakam dalam memori, lalu kemudiannya mengaitkan informasi tersebut.
Berdasarkan perkongsian Dr Otak/Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, ada 12 jenis makanan yang boleh powerkan otak dan baik untuk diamalkan seisi keluarga.
Antaranya adalah ikan, telur, blueberries, avocado, bayam, dark chocolate, kekacang, minyak kelapa, kunyit, pegaga, plain atau greek yogurt.
Bagaimanapun jangan terikat pada makanan ini sahaja tapi masih ada lagi sumber makanan lain yang boleh diamalkan dan akan dikongsikan lagi. Sekurang-kurangnya jika tak dapat buat semua bolehlah diamalkan separuh daripadanya.
Pernahkah anda mendengar kata-kata yang mengatakan, bayi yang menghisap ibu jari menandakan bahawa dia akan mendapat adik baharu? Ketepikan dahulu kesahihan hal tersebut, kerana kita akan meneliti satu lagi perkara yang lebih penting. Adakah hisapan jari memberikan kesan yang baik atau buruk kepada bayi dan anak-anak anda? Ketahui selanjutnya di sini.
Adakah hisapan jari perkara yang normal?
Hisapan jari oleh bayi atau kanak-kanak adalah satu perkara yang normal bagi mereka. Malah, kebanyakan hasil ujian ultrasound turut menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan menghisap jari mereka sebelum mereka dilahirkan. Ia adalah satu tabiat yang telah terbentuk sejak di dalam janin. Keinginan mereka untuk menghisap jari adalah berpandukan naluri semula jadi dan mereka akan berhenti menghisapnya apabila mereka berumur sekitar 2 hingga 4 tahun. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang terus menghisap jari sehingga melepasi umur 5 tahun, mereka berisiko untuk mendapat masalah berkaitan pergigian. Apakah lagi kesan-kesan yang lain?
Merisikokan kesihatan
Bagi kanak-kanak yang suka menghisap jari, tabiat tersebut akan berpotensi merosakkan kuku jari. Ini akan menyebabkan kecacatan dan jangkitan pada kuku. Bagi yang terus menghisap jari walaupun telah berumur 5 tahun keatas, ia akan menyebabkan masalah pada gigi dan lelangit mulut.
Masalah percakapan
Kanak-kanak yang banyak menghisap jari akan mempunyai masalah halangan percakapan, dan percakapan tertangguh (speech delay). Selain itu, kanak-kanak yang menghisap jari berpotensi menjadi mangsa ejekan kanak-kanak lain akibat daripada sosial stigma yang wujud. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak kehilangan sikap yakin diri.
Apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan anak saya menghentikan hisapan jari?
Anda boleh mencuba beberapa teknik mudah seperti di bawah yang boleh membantu anak anda menghentikan tabiat tersebut.
Galakan positif
Puji anak anda dan berikan sedikit ganjaran kepada mereka jika mereka menghentikan hisapan jari.
Kenal pasti faktor pencetus
Sekiranya anak anda menghisap jari sebagai respon kepada stres, bertindaklah dengan mengenal pasti isu sebenar dan wujudkan ketenangan kepada mereka. Anda boleh menenangkan mereka dengan cara pelukan atau kata-kata semangat.
Berikan teguran lembut
Sekiranya anak anda mula menghisap jari tanpa sengaja dan tidak bertujuan untuk menarik perhatian, berikan teguran secara sopan dan lembut untuk dia menghentikannya. Jangan sesekali memarahi, mengkritik atau menghukum anak anda.
Jangan terus memarahi anak anda sekiranya mereka suka menghisap jari. Ini kerana kanak-kanak masih dalam proses pembelajaran dan tidak mengetahui apakah perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan. Siapa tahu, mungkin juga anda pernah menghisap jari anda sendiri semasa kecil, malah mungkin lebih lama dan teruk berbanding anak anda.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.