Bila anak mencecah usia 1 tahun ke atas, soalan biasa daripada ibu bapa bila anak saya boleh mula makan seperti anak-anak yang dah besar tanpa bergantung pada puri atau bubur nasi sahaja.

Buat pengetahuan ibu bapa, ada peringkat yang dah boleh diperkenalkan makanan pada bayi supaya anak akan dapat zat yang cukup, tak memilih makan dan tiada masalah perkembangan lain.

Menurut Terapis Cara Kerja, Liyana Raya jika ibu bapa nampak anak dah bersedia jangan rasa ragu-ragu. Mula perkenalkan sedikit demi sedikit dan tengok keupayaan anak.

Berikut perkongsiannya

Anak umur 1 tahun 4 bulan dah boleh makan ayam “Upin Ipin” dengan sendiri pun. Dah siat-siat isi ayam pakai mulut.

Gigi dah banyak. 6 ke 8 batang gigi tu banyak ler tu…..

Sebab dah boleh berdiri, Jadi otot dan sendi mulut dah kukuh. Dah boleh berdikari sendiri untuk siat-siat isi ayam tu walaupun dengan gigi yang ada.

Biasanya bayi yang baru lahir hingga ke usia 3 bulan,mereka bergantung penuh kepada kekuatan otot dan sendi kepala untuk menyusu. Dan biasanya mereka menggunakan lelangit atas bahagian dalam mulut ketika menyusu. Dan proses ini dijalankan sepenuhnya secara reflex (tindakan luar kawal) melalui Rooting Reflex dan Sucking Reflex.

Seawal Anak Mula Tumbuh Gigi, Bagi Makanan Sedikit Keras Untuk Kuatkan Otot Mulut

IKLAN

Di usia 3-5 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya sendiri. Namun masih belum kuat sepenuhnya dan perlu dibantu. Ini yang biasanya Coordinated Suck/Swallow/Breath Reflex akan ambil alih according to adjustment of the head.

Waktu ni nak adjust susu yang masuk(especially kalau kita baringkan bayi ketika menyusu), nak adjust breathing and swallowing semua macam mana. Itu yang kebanyakan bayi tersedak susu adalah di usia begini. Dan keupayaan reflex ketika ini adalah sangat berbeza  mengikut bayi. Itu yang pada waktu ni kalau boleh jangan bagi bayi menyusu secara baring menelentang. Angkat sedikit kepalanya sudah memadai.

Usia 6 bulan: Bayi dah diperkenalkan dengan pureed foods. Ada beberapa bayi mula tumbuh gigi di usia ini. Waktu ni, struktur rahang dan lidah sudah mula stabil untuk menyokong aktiviti mengunyah. Jadi untuk usia ini, sesuai diberikan pureed foods yang pekat/tak terlalu pekat, makanan yang cair di mulut (meltable foods) dan makanan yang lembut (soft foods) seperti pisang dan avocado.

Usia 7-9 bulan: Masa ni bayi dah boleh duduk tanpa sokongan dan mula merangkak. Perkembangan ini menyokong pergerakan rahang dengan lebih stabil, menyokong pernafasan, dan kemahiran motor halus yang berkait rapat dengan self-feeding (makan sendiri).

Masa ni kan ibu bapa dah boleh sangat tau bagi makanan/purees yang ada lumpy lumpy sikit. Bukan soft purees lagi dah. Dah boleh buat mashed potato tu ada lump potatoesnya untuk bagi bayi menggigit.

Buah (anggur dipotong kecil2 sahaja) dah boleh bagi makan.

IKLAN

Buah (limau) dah boleh bagi makan tapi bagi la in small portion.

Buah (pear) pun boleh. Beli pear yang jenis lembut tu la untuk bagi bayi makan.

Sebab usia 7-9 bulan ni,pergerakan mulut dah banyak contoh lip closure (penutupan bibir bak kata org melayu), pergerakan makanan dalam bentuk bolus dibawa ke kiri,kanan,atas,bawah,dan proses chewing (kunyahan) menjadi lebih tegap. Masa ni la anak-anak mula berdikari makan sendiri. Saya pun biasanya masa ni dah lenyek sikit nasi kita makan tu dalam dua tiga butir, suap bagi anak makan.

10 bulan: Bayi dah ada kebolehan pun untuk mengasingkan pergerakan mulut daripada pergerakan kepala sepenuhnya. So waktu ni makanan yang jatuh dari mulut tu ada tapi dia cuba control. Bagi ruang dan peluang je.

Seawal Anak Mula Tumbuh Gigi, Bagi Makanan Sedikit Keras Untuk Kuatkan Otot Mulut

IKLAN

12-15 bulan: Nah, cubalah bagi makan nasi lembut. Cuba sekalikan dengan protein seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran gaul dalam nasi tu. Cuba bagi anak kunyah. Bagi juga “ayam Upin Ipin” tu haaaa… makan sendiri.

16-36 bulan: Dah boleh beransur ansur dah makan macam kita makan. Bukan asyik nak menyusu botol.

Masalahnya ramai ibu bapa yang saya jumpa sekarang ni takut sangat nak bagi anak makan makanan pejal. Kalau boleh, purees food tu nak maintain sampai usia 2 tahun.

Seawal Anak Mula Tumbuh Gigi, Bagi Makanan Sedikit Keras Untuk Kuatkan Otot Mulut

Sebab itu ramai yang saya jumpa anak yang lambat cakap, picky eater dan ada masalah tak boleh control air liur lagi.

Ni saya dah bagi ilmu ni. Amalkan dan praktikkan. Seawal usia anak dah tumbuh gigi tu, boleh dah bagi dua tiga butir nasi kita, lenyek sikit kat jari bagi anak makan.

Makan tu kan nikmat????? Dah kalau ada budak tak nak makan, tak nikmatlah hidupnya…. kesian kat anak.

Sumber: Liyana Raya Training & Consultancy

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI