Selepas bergelar bapa pada 30 Disember lalu, pelakon Ikhmal Amry dan isterinya Najla Shamsul mendedahkan nama pilihan buat bayi perempuan mereka.

Uniknya pilihan nama yang dipilih keduanya begitu ringkas namun mempunyai makna tersendiri.

“Sebab Nama Bapak Dia Panjang” Ikhmal Amry Pilih Nama Unik Untuk Baby Girl!

“Sebenarnya Am ada berkongsi nama anak di IG story tempoh hari tapi mungkin ada yang tak perasan kerana nama anak Am pun pendek sahaja.

” Kami memilih nama Cailie yang membawa maksud kesayangan. Sebab nama bapak dia dah panjang, Mohd Zulikmal Amry, jadi saya rasa lebih baik sekiranya memberikan nama yang pendek sahaja untuk anak,” ujar Ikhmal menerusi perkongsiannya di Astro Gempak.

“Sebab Nama Bapak Dia Panjang” Ikhmal Amry Pilih Nama Unik Untuk Baby Girl!

Pilih nama unik

Kata Ikhmal lagi yang mengakui begitu teruja bergelar bapa, proses mencari nama anak tidak terlalu sukar memandangkan dia dan isteri sama-sama membuat carian dan terjumpa dengan nama yang sesuai.

“Sebab Nama Bapak Dia Panjang” Ikhmal Amry Pilih Nama Unik Untuk Baby Girl!

“Saya dan Najla jumpa nama Cailie di Google sewaktu kami cari-cari nama yang sesuai sebelum kelahirannya.

“Rasanya nama itu yang paling unik, tambahan pula memang saya inginkan nama anak yang bermula dengan huruf C.

“Kami buat carian tentang maksud nama tersebut dan akhirnya menemui nama Cailie yang merupakan nama dari bahasa Arab Urdu yang membawa maksud kesayangan,” jelasnya lagi.

“Sebab Nama Bapak Dia Panjang” Ikhmal Amry Pilih Nama Unik Untuk Baby Girl!

Terdahulu, isteri Ikhmal selamat melahirkan bayi sulung perempuan mereka pada 3O Disember lalu selepas menikah pada 19 Disember 2020.

Menarik: Bestnya Nama, Aidil Zafuan Kongsi Nama Baby Girl, Unik Tapi Cantik!

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI