Ibu mana yang tidak terkesan dengan masalah yang melanda anaknya. Sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berlaku, boleh dikatakan ibu kepada pengarah terbabit iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya sokong menantunya berbanding anaknya sendiri.
Malah melalui perkongsian terbarunya, Datin Patimah turut memuat naik gambar cucu sulungnya, Syaikhul Islam yang merupakan anak lelaki sulung Syamsul dan Puteri Sarah.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul kerana pandai menjaga adik perempuannya, Sumaiyah.
“Syaikhul seorang Abang yang menjaga adiknya Sumayyah dengan baik.
Ads
“Kerana dia tahu hanya dia saja lelaki dalam hidup adiknya,” tulisnya di Insta Story.
Menerusi perkongsian gambar itu, kelihatan dua beradik yang cukup akrab itu kelihatan berpelukan erat tanda kasih sayang bersama mereka.
Ads
Terdahulu sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu ibu mentuanya, Datin Patimah turut menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi dalam krisis rumah tangganya yang berlanjutan.
Tinggal lagi beberapa hari sahaja, penghibur legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah bakal menyambut kelahiran anak keenamnya.
Namun sehingga kini, bapa penyayang itu masih belum menjumpai nama untuk anak perempuan yang bakal dilahirkan secara pembedahan pada 1 April nanti.
Bapa kepada lima cahaya mata ini sebelum ini membuka peluang kepada peminat untuk turut sama berkongsi nama anaknya.
Malah menurut laporan BH Online, Jamal dan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin sudah pun menerima kira-kira 100 nama tetapi belum memilih yang sesuai.
“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” kata Jamal berkongsi.
Bapa kepada Zaki Yamani dan Yamani Abdillah itu juga berharap perkara terseebut dapat diselesaikan sebelum tarikh kelahiran anak keenamnya yang tinggal hanya beberapa hari saja lagi.
“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.
“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan,” katanya lagi.
Dalam pada itu kata Jamal lagi, dia dan isteri sepakat memilih tarikh 1 April untuk kelahiran anak keempatnya bersama isteri bersempena tarikh perkahwinannya.
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” ujarnya.
Terdahulu, Datuk Jamal Abdillah mendirikan rumah tangga bersama Datin Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Pemergian aktor veteran Lan Zailan pada usia 66 tahun akibat kanser pankreas meninggalkan kesan mendalam kepada para peminat.
Seolah-olah menyedari masanya sudah hampir, pelakon yang juga bapa kepada lima cahaya mata ini sempat menyampaikan pesanan terakhir kepada anak-anaknya.
Menurut laporan portal hiburan tempatan, Allahyarham sempat bertemu dengan kesemua anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Anak lelaki yang berada di Muar, Johor, turut sempat pulang untuk bersama di saat akhir. Allahyarham juga banyak berbicara dengan anak-anaknya, seolah-olah ingin meninggalkan kata-kata terakhir penuh bermakna.
“Dia tinggalkan pesan supaya sentiasa menjaga antara satu sama lain.
“Sebenarnya arwah pelik juga apabila ramai datang dan berkumpul. Dia masih boleh bercakap dengan orang yang datang walau tidak banyak,” ujar isteri, Ruby Sara Omar.
Dalam pada itu, anak sulung Allahyarham, Baizura, menzahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian bapanya berjalan lancar, ditambah pula dengan keindahan cuaca yang begitu baik pada hari tersebut.
Menurut wanita itu, keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh sifat bapanya yang mudah disenangi ramai serta keperibadiannya yang ceria dan gemar berjenaka untuk menghiburkan orang sekeliling.
“Alhamdulillah dari awal lagi memang semuanya senang dan mudah. Cepat saja semuanya berjalan, malah cuaca juga sangat redup saja memberi kesenangan untuk semua yang melawat di sini.
“Dari awal kami menguruskan untuk mandi jenazah, kemudian uruskan masjid dan kubur, semuanya mudah.
“Kalau tanya saya apa amalan dia, mungkin kami tak nampak tapi semua kawan dia yang berjumpa saya semuanya cakap dia baik, semalam pun abang Ako Mustapha pun datang mengatakan arwah seorang yang baik, walaupun mereka tak selalu shooting bersama.
“Arwah di set, dia suka buat orang gelak. Malah keluarga mertua pun sangat sayangkan dia sebab dia cakap arwah seorang penghibur. Ada saja benda dia nak buat orang gelak.
“Dia memang suka buat lawak, mengusik dan bergurau tapi dia sebagai seorang bapa, dia seorang yang fleksibel, apa yang anak dia nak buat, dia sokong,” katanya.
Baizura turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang meluangkan masa bersama arwah sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
“Alhamdulillah kami adik-beradik juga dapat berkumpul dan sehingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Sebenarnya ayah sudah keluar hospital dan masuk hospital balik atas permintaannya, jadi kami hormat apa yang dia nak.
“Dia masuk hospital pada Ahad, dan masa cepat berlalu sebab doktor katakan dia ada tiga bulan tapi kami ada masa tiga hari bersamanya itu sudah cukup bersyukur kerana jujurnya semua sangat mudah.
“Kami juga sudah reda dari awal sebab kami tahu dia sakit dan saya juga sudah pesan pada adik-beradik, apa saja keputusannya dan apa saja yang kita lalui di depan, kita doa banyak, ALLAH permudahkan apa saja. Kami semua sepakat terima dengan baik dan dia pun melepaskan kami semua dengan senang hati,” kongsinya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 pada pagi Khamis.
Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.
Ruby berkahwin dengan Lan pada 2020.
Allahyarham memiliki lima cahaya mata hasil perkahwinannya bersama arwah isterinya iaitu Hasnah Mohd Taib.
Usahawan popular, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadza Anuar telah menyumbangkan penghawa dingin mudah alih (portable) kepada pihak hospital yang memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.
Menurut Vivy, dia sendiri telah menghubungi beberapa hospital untuk bertanya tentang keperluan mereka.
Perkara itu dikongsi Vivy menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
“Selepas pihak hospital dan sukarela melakukan pelbagai perkara yang menakjubkan, saya dan Fadza merasakan kami harus lakukan sesuatu.
“Saya hubungi pihak hospital dan bertanya tentang keperluan mereka, kami membuat keputusan untuk menyumbang beberapa penghawa dingin mudah alih dari pihak semua individu di Fashion Valet.
“Beberapa penghawa dingin telah dihantar ke Hospital Serdang, Insya-Allah lebih banyak peralatan menyusul selepas ini,” kongsi Vivy.
Dalam pada itu, Vivy turut menulis kata-kata penghargaan buat semua kakitangan hospital yang terlibat dalam usaha merawat pesakit COVID-19.
“Kita berada di luar rumah selama dua minit pun boleh merungut, bayangkan mereka kepanasan memakai sut hospital yang menutupi tubuh dari kepala ke kaki.
“Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana telah berbakti kepada masyarakat, saya rasa bangga menjadi sebahagian dari masyarakat yang mengambil berat antara satu sama lain,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Vivy juga turut berkongsi sumbangan dari orang ramai yang ingin sama-sama membantu misinya itu dan kini telah mencecah lebih RM100,000.
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang baik hati dan sentiasa bersedia untuk membantu! Sebelum ini kami dah menyumbangkan komputer riba dan bekalan makanan sekarang dengan sumbangan anda, kami dapat menyalurkan lebih banyak lagi bantuan ke beberapa buah hospital.
Saya gembira denagn maklum balas positif dan bangga menjadi sebahagian daripada komuniti anda, anda semua hebat! Dan kepada barisan hadapan kami, anda adalah hero kami. Jika sesiapa yang ingin memberi sumbangan, boleh hubungi saya di link bio saya! # covid19
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Vivy, rata-rata meninggalkan respon positif dengan memuji usaha murni usahawan tersebut.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: ig Vivy Yusof & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!