Plaza Tol Bukit Kajang gempar dengan tragedi menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan.

Nahas Sabtu Pagi: Empat Kenderaan Terbabit

Menuru laporan Sinar Harian, Kejadian berlaku pada Sabtu sekitar jam 11 pagi di Plaza Tol Bukit Kajang, membabitkan sebuah lori tiga tan membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah Honda City dan Proton X70.

“Sebak! Bayi 12 Bulan Tersepit & Maut Dalam Nahas Ngeri Empat Kenderaan

Kemalangan ngeri ini bukan sahaja meragut nyawa seorang bayi berusia setahun, malah menyebabkan lapan lagi mangsa cedera.

Ads

Bayi Ditemui Tersepit Di Bawah Kenderaan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bergegas ke lokasi.

“Sebak! Bayi 12 Bulan Tersepit & Maut Dalam Nahas Ngeri Empat Kenderaan

“Kami tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati seorang bayi lelaki ditemui tersepit di bawah kereta Nissan X-Trail. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Ads

Seorang lelaki yang turut tersepit di bawah kenderaan sama berjaya dikeluarkan 10 minit lebih awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Tujuh lagi mangsa dengan kecederaan pelbagai tahap telah dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan KKM.

Takziah Buat Keluarga Mangsa

Ads

Pa&Ma menzahirkan ucapan takziah dan doa buat keluarga mangsa tragedi kemalangan bayi 12 bulan ini. Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan berat ini.

Ingatan Keselamatan Buat Ibu Bapa

Tragedi ini menjadi peringatan penting buat semua ibu bapa tentang aspek keselamatan anak kecil semasa dalam kenderaan:

  • Gunakan car seat bayi/child seat mengikut berat & umur anak.
  • Pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang dengan betul.
  • Elakkan anak duduk di tempat duduk depan kenderaan.
  • Pastikan barangan berat diikat atau disusun selamat bagi mengelak terpelanting semasa hentakan.

Langkah-langkah kecil ini boleh menyelamatkan nyawa anak kita ketika berlakunya kemalangan jalan raya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads