Seorang wanita yang sedang sarat hamil 9 bulan berdepan dengan detik cemas apabila dia terperangkap di dalam lif di kawasan rumahnya.

Terperangkap dalam lif 2 jam

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai FarieynaNasya_ menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dan meraih pelbagai respon daripada warganet.

Menurut wanita berkenaan, dia yang sedang hamil sembilan bulan telah terperangkap di dalam lif hampir dua jam. Cemas dengan apa yang terjadi, dia mengambil keputusan untuk menghubungi pihak penyelenggara bangunan, namun lambat sampai ke tempat kejadian.

“Sebak Dengar Anak Panggil Mummy.” Ibu Hamil 9 Bulan Terperangkap 2 Jam Dalam Lif

Pengalaman 9 bulan bawa perut sekali stuck dalam lif. Saya stuck pukul 6.50 pagi dan lif dapat buka pukul 8.45 pagi saya baru keluar.

Susulan daripada itu, wanita tersebut cuba menghubungi pihak bomba dan akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat.

@farieynanasya1_Pengalaman 9Bulan bawa perut . Stuck dalam lift … alhamdulillah semua baik… ❤️ thankyou abg Bomba . Call maintainance belum sampai. Abang bomba penyelamat …♬ Setanggi syurga – Dyna Evasive🇵🇸

Alhamdulillah semua baik. Terima kasih abang bomba. Call pihak penyelenggara belum sampai. Mummy dan kandungan selamat.

IKLAN

“Sebak Dengar Anak Panggil Mummy.” Ibu Hamil 9 Bulan Terperangkap 2 Jam Dalam Lif

Saya keluar dah memang blur dan berpeluh sangat. Anak dan suami setia menunggu mummy keluar dengan selamat.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 26 saat itu meraih lebih 1.6 juta tontonan dan mendapat lebih 109 ribu tanda suka di TikTok.

“Sebak Dengar Anak Panggil Mummy.” Ibu Hamil 9 Bulan Terperangkap 2 Jam Dalam Lif

‘Sedih dengar anak nangis panggil mummy’

IKLAN

Menerusi ruangan komen, semua meluahkan rasa syukur kerana wanita berkenaan berjaya keluar dengan selamat. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar segala urusan si ibu dan anak dalam kandungan dipermudahkan.

“anak happy bila tengok mummy dia balik sampai nangis kegembiraan”

“saya pulak yang nak nangis dengar anak panggil mummy..”

“Allahuakbar. Alhamdulillah semuanyaa Selamat. Tq abam bomba Selamat kan 2 nyawa.🥰”

IKLAN

“Ya Allah tak terbayang macam mana perasan duduk dalam tu sorang²”

“Alhamdulilah..nasib baik tak rasa sakit perut masa ni..9bulan huhu.. Allahuakhbar..”

Kredit: farieynanasya1_ ; OB

“Sebak Dengar Anak Panggil Mummy.” Ibu Hamil 9 Bulan Terperangkap 2 Jam Dalam Lif

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI