Biarpun hanya berjauhan dengan anak sekejap, itu bukan perkara yang mudah untuk dilalui seorang ibu. Situasi sama yang sedang dilalui pengacara Dayah Bakar selepas anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri, dihantar ke ‘playschool.
Dengar anak menangis, hati sungguh rapuh
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Dayah, 33, akui berasa sedih apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan Fahri.
Kongsi Dayah, perasaan itu makin berat selepas mendengar tangisan Fahri yang baru sahaja ingin biasakan diri dengan pengalaman baru.
Perjalanan baru. Haritu kami hantar Fahri trial to playschool untuk beberapa hari dan hari ini adalah hari Fahri betul-betul mula.
Ya Allah, tak senang ya, hati sungguh rapuh waktu hantar dia, lagi-lagi bila dia menangis.
Ads
Hati mesti kental
Dalam pada itu, bekas pengacara program bual bicara Borak Kopitiam turut meminta tip daripada ibu bapa yang ada pengalaman hantar anak sebelum ini. Mana tahu tip itu boleh dicubanya.
Tolong kongsi pengalaman ibu yang lain. Mereka cakap situasi macam ini normal untuk mula-mula, nanti akan okay.
Semoga Fahri baik-baik sahaja. Main, belajar, berseronok, kenal kawan baru dan menyesuaikan diri dengan baik. Auntie uncle doakan juga sama-sama ya.
Ads
Rata-rata pengikut tidak lokek berkongsi perjalanan anak masing-masing di samping faham dengan naluri seorang ibu.
Dayah dan Fahri baru kembali ke Malaysia selepas setahun menetap di Canberra, Australia kerana mengikut suami, Kapten Muhammad Hanif yang bertugas di sana.
Ads
Sekadar info, Dayah dan Kapten Hanif mendirikan rumah tangga pada 2018 dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia dua tahun.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan suami isteri yang sweet dan masing-masing satu kepala. Memiliki sepasang cahaya mata yang comel buatkan semua netizen geram.
Bagi yang selalu mengikuti perkembangan suami isteri ini, pasti seronok tenngok gelagat Aeril yang selalu menyakat Wawa. Tak kiralah waktu serius atau santai.
Menerusi perkongsian Wawa dalam instagramnya, dia menyatakan perangai anak lelakinya Ahmad Fakharuddin Attar sama dengan Aeril.
“Perangai, cara jalan, muka pun semuanya macam Aeril. Orang kata copy paste.
“Harapnya lepas ni Attar dapat jadi suami dan ayah yang baik macam ayah apabila besar nanti.
“Cuma kalau boleh jangan ikut perangai ayah yang asyik nak menyakat isteri sepanjang masa,” kongsi Wawa.
Sebagai Ibu bapa, kadang-kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk. Sakit ke dia? Lapar ke? Doktor Taufiq Razif terangkan kenapa anak suka mengamuk. Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk.
Patutlah Solahuddin Ni Suka Mengamuk!
Serius saya dulu pun tertekan juga bila si Solahuddin ni dah mula mengamuk. Ragamnya mengalahkan perempuan tengah kena Pre-Menstrual Syndrome ( PMS )
Bermacam teknik menenangkan anak saya pakai. Semua tak jalan! Anak saya reject mentah-mentah je semua tu.
Rupanya ada satu benda ni saya lupa nak buat!
Saya lupa nak penuhi KEPERLUAN ASAS FISIOLOGI anak saya!
– Makan
-Minum -Sentuhan sayang
-Kesihatan fizikal dan emosi
-Tidur
Ni semua antara keperluan fisiologi paling asas dan penting anak saya tu. Bila periksa punya periksa…
Tepuk dahi saya! Rupanya anak saya ni TAK CUKUP TIDUR JE RUPANYA. Bila keperluan fisiologi paling asas ni tak dipenuhi, buat la teknik apa pun, memang takkan jalan.
Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?
Cuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.
Semua Mak Ayah Kena Tahu Berapa Jam Si Comel Kena Tidur Dalam Sehari
Ni jadualnya berdasarkan National Sleep Foundation:
# 0 – 3 bulan
Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam
# 4 – 11 bulan
Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam
# 1- 2 tahun
Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam
# 3 – 5 tahun
Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam
# 6 – 13 tahun
Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam
Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 – 60 minit pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita. Nak tidur anak kita lebih lena dan berkualiti? Jauhkan skrin smartphone dan gadjet sejauh jauhnya daripada pandangan si comel kita ye.
p/s : Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye. InsyaAllah akan sangat berguna untuk rujukan. Kongsi jugak info dan ilmu ni pada pasangan kita. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni dikongsi pada pasangan masing-masing.
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi kasih sayang, tetapi mereka juga bertanggungjawab dalam membentuk nilai, moral, dan tingkah laku anak-anak. Setiap perbuatan ibu bapa, baik dari segi percakapan atau tindakan, akan memberi impak yang mendalam kepada perkembangan mental dan emosi anak-anak. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk sentiasa berhati-hati dalam menjaga tingkah laku dan percakapan mereka di hadapan anak-anak agar mereka dapat menjadi contoh yang baik.
Tingkah laku anak-anak banyak dipengaruhi oleh persekitaran sekitar mereka, terutama dalam keluarga. Ibu bapa adalah figura utama yang memberikan pengaruh kepada anak-anak. Apa yang mereka lakukan dan cakap akan dijadikan sebagai rujukan oleh anak-anak. Sekiranya ibu bapa tidak berhati-hati, anak-anak mungkin meniru perilaku negatif, yang boleh menjejaskan perkembangan mereka. Melalui percakapan dan tindakan yang bijaksana, ibu bapa dapat menunjukkan kepada anak-anak cara berkomunikasi dengan baik, menghormati orang lain, serta mengatasi masalah dengan cara yang positif.
a) Pembentukan Peribadi Anak Anak-anak cenderung meniru apa yang mereka lihat daripada orang dewasa, terutama ibu bapa mereka. Percakapan dan perilaku ibu bapa adalah asas pembentukan karakter anak. Menjaga percakapan yang penuh hormat, sopan santun, dan penyelesaian masalah yang bijak, anak-anak akan belajar untuk mengamalkan nilai-nilai yang sama.
b) Meningkatkan Keyakinan Diri Anak Apabila ibu bapa menunjukkan sikap positif dan yakin dalam percakapan dan tindakan, anak-anak akan merasa lebih selamat dan berkeyakinan. Mereka akan belajar untuk mempercayai diri mereka sendiri dan bertindak dengan penuh keyakinan dalam kehidupan seharian.
c) Mengelakkan Penyebaran Perilaku Negatif Sebagai ibu bapa, penting untuk memastikan tidak ada ruang untuk perilaku atau kata-kata yang negatif, seperti makian, kata-kata kasar, atau pemikiran yang prejudis, kerana anak-anak mungkin akan menganggap ini sebagai norma dan meneruskannya ke dalam kehidupan mereka.
a) Perilaku Negatif yang Ditiru Anak-anak yang terdedah kepada perbualan negatif atau tingkah laku yang tidak baik mungkin akan meniru apa yang mereka lihat. Ini boleh merosakkan hubungan mereka dengan orang lain, menyebabkan masalah disiplin di sekolah, dan mengurangkan kemampuan mereka untuk berkomunikasi secara efektif.
b) Kehilangan Kepercayaan Anak Terhadap Ibu Bapa Apabila anak-anak melihat ibu bapa bertindak dengan cara yang tidak sesuai atau bertentangan dengan nilai yang diajar, mereka mungkin kehilangan kepercayaan kepada ibu bapa. Ini boleh menyebabkan mereka berasa keliru dan tidak yakin tentang bagaimana mereka perlu bertindak dalam situasi tertentu.
c) Kesan Emosi yang Negatif Percakapan atau tindakan yang kasar dan negatif boleh memberi impak buruk kepada perkembangan emosi anak-anak. Mereka mungkin berasa takut, rendah diri, atau kurang dihargai, yang mempengaruhi kesihatan mental mereka pada masa hadapan.
a) Membina Hubungan yang Kukuh dengan Anak Apabila ibu bapa menjaga percakapan dan perbuatan mereka, anak-anak akan merasa lebih dihargai dan disayangi. Ini akan memperkuatkan hubungan ibu bapa dan anak, serta membantu anak-anak merasa lebih selamat dan lebih dekat dengan ibu bapa mereka.
b) Meningkatkan Perkembangan Sosial Anak Anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang penuh dengan komunikasi positif dan tindakan yang baik cenderung lebih bijak dalam berinteraksi dengan orang lain. Mereka akan belajar cara bergaul dengan rakan-rakan, guru, dan orang dewasa lain dengan cara yang sopan dan beradab.
c) Mempersiapkan Anak untuk Masa Depan Apabila ibu bapa menunjukkan tingkah laku yang betul, anak-anak akan mempelajari cara untuk mengatasi pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka. Mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar dengan sikap yang positif, yakin, dan bertanggungjawab.
a) Berkomunikasi dengan Positif Ibu bapa perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang sopan dan positif di hadapan anak-anak. Ini termasuk mengelakkan penggunaan kata-kata kasar, menghina, atau berbicara dengan nada yang tinggi. Mengajar anak-anak untuk berkomunikasi dengan cara yang penuh hormat akan membantu mereka membina hubungan yang lebih baik dengan orang lain.
b) Menunjukkan Empati dan Kesabaran Anak-anak sering belajar bagaimana untuk menghadapi situasi yang sukar dengan melihat reaksi ibu bapa mereka. Menunjukkan empati dan kesabaran dalam mengatasi masalah akan mengajar anak-anak bagaimana untuk menangani cabaran dengan cara yang matang dan bijaksana.
c) Jadilah Teladan dalam Berkelakuan Baik Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dalam setiap tindakan mereka, baik di rumah mahupun di luar. Ini termasuk bersikap jujur, bertanggungjawab, dan menghormati orang lain. Anak-anak akan memerhatikan dan meniru tingkah laku ini, yang akan membantu mereka mengembangkan nilai-nilai yang betul.
d) Menggalakkan Perbualan Terbuka Ibu bapa perlu mencipta suasana yang membolehkan anak-anak berbicara dengan bebas tentang apa yang mereka lihat dan rasakan. Ini akan memberi peluang untuk ibu bapa memberikan bimbingan dan nasihat yang membina apabila anak-anak menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.
Sebagai ibu bapa, peranan kita dalam membentuk tingkah laku dan nilai anak-anak sangat penting. Apa yang kita lakukan dan cakap di hadapan mereka bukan sahaja mempengaruhi perasaan mereka, tetapi juga membentuk perwatakan dan pandangan hidup mereka. Dengan menjaga percakapan dan perbuatan, kita dapat menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dan memastikan mereka tumbuh menjadi individu yang positif, bertanggungjawab, dan penuh kasih sayang. Jadi, mari kita jadikan diri kita sebagai teladan yang baik dan pastikan setiap perbuatan kita adalah langkah menuju pembentukan generasi yang lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!