Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Tahniah diucapkan kepada penyanyi cilik Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad yang telah diumumkan sebagai juara ‘The Chosen One’ musim pertama.
Ini sekaligus turut melakar sejarahnya yang tersendiri sebagai anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian bagi program realiti televisyen di Malaysia!
Dengan kemenangan ini, Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Ads
Manakala, Putera Muhammad selaku Jurulatih Terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Ads
Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, berjaya menewaskan tiga lagi peserta lain yang bersaing di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun.
Keunikan suara dan personalitI Amir yang bersahaja telah menyentuh hati ramai penonton. Malah kelunakan suaranya cukup luar biasa sehingga menjadi viral di media sosial memperkatakannya terutama di TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.
Ads
Sementara itu dengan kejuaraan yang diraih oleh Amir, rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan ramai juga yang turut berasa sebak apabila melihat ahli keluarga kanak-kanak tersebut menitiskan air mata sejurus keputusan diumumkan.
Weekend ni tak tahu nak bonding time di mana bersama famili? Apa kata sertai Projek Parenting Care 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah lumayan sesuai untuk seisi keluarga! Ibu ayah boleh ikuti Bual Sihat & Selamat serta Carseat Talk dan anak-anak boleh join pertandingan mewarna.
Sebagai mama papa, sudah tentulah kita akan menyediakan hanya yang terbaik untuk si manja tersayang. Bukan sahaja mengisi tangki emosi mereka, bahkan keperluan juga haruslah yang berkualiti. Untuk mendapatkan segala barangan yang terbaik, sudah tentu kita akan memilih tempat yang diyakini untuk membeli-belah.
Kalau dah bergelar mama papa, mustahil untuk tidak mengenali butik kelengkapan ibu dan bayi ini. Jenama Tateh sudah cukup kuat dan utuh dalam menyediakan hanya yang terbaik buat si ibu mahupun bayi atau anak mereka. Tateh kini beroperasi di lebih 13 cawangan dan mempunyai keahlian Sahabat Tateh melebihi 50,000 orang. Tahun 2022 ini menandakan tahun ke-10 Butik Tateh telah beroperasi sebagai peruncit barangan keperluan ibu dan bayi di Malaysia.
Idea penubuhan Butik Tateh ini tercetus melalui pengalaman Pengarah Urusan Tateh, Puan Siti Shafurah Binti Abas yang kecewa apabila tidak mendapat informasi tentang produk ketika membeli barangan untuk anaknya sendiri. Beliau nekad untuk mewujudkan satu butik barangan ibu dan bayi yang bukan sekadar menjual, tetapi turut memberikan informasi dan konsultasi kepada mama papa untuk memudahkan urusan mereka dalam membesarkan anak kecil.
Nilai teras “Care, Comfort and Trust” sentiasa ditanam dan diaplikasi dalam kalangan semua warga Tateh sejak dari mula permulaan penubuhan Tateh sehinggalah ke hari ini. Bersempena dengan 10 tahun penubuhannya, Tateh ingin menghargai dan mengangkat martabat para ibu dengan melancarkan program yang istimewa di Majlis Pelancaran Ulangtahun ke-10 Butik Tateh dan Pelancaran Program Ibu Aspirasi Tateh (IAT) yang telah berlangsung di MardhiyyahHotel & Suites di Shah Alam pada 22 Mac 2022 yang lalu.
Program Ibu Aspirasi Tateh ini berobjektif untuk mengenalpasti dan memberi penghargaan kepada ibu yang terpilih atas semangat juang dan contoh baik yang mereka berikan, seterusnya mampu menginspirasikan para ibu yang turut berjuang menghadapai pelbagai ujian seumpamanya, terutamanya ketika fasa pemulihan ekonomi pasca pandemik ini. Pelbagai program telah diatur dari April sehingga ke Oktober tahun ini dengan kerjasama pelbagai platform media dan beberapa lagi syarikat tempatan.
Kemuncak program ini ialah suatu majlis gala di mana seorang pemenang anugerah Ibu Aspirasi Tateh yang dipilih oleh juri awam dan profesional akan menerima hadiah wang tunai RM10,000.00. Lima finalis yang lain juga akan menerima hadiah wang tunai RM1000.00 setiap seorang. Pemenang dan finalis juga turut akan menerima hadiah-hadiah yang ditaja oleh beberapa penaja utama program ini.
Butik Tateh ialah francaisor yang berdaftar dan sentiasa membuka ruang untuk usahawan baru untuk menjalankan bisnes butik keperluan ibu dan bayi di bawah jenama Tateh. Tateh akan terus berusaha untuk mencapai sasaran pelan perkembangan mereka untuk mencapai sekurang-kurangnya 40 cawangan di seluruh Malaysia dalam masa lima tahun akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun bukan darah daging sendiri namun kehadiran seorang anak angkat dalam sesebuah keluarga menjadi pelengkap kasih sayang bagi mana-mana pasangan suami isteri. Bagi Achey Bocey, kehadiran Nur Tiara Zainnirah buat hidupnya rasa bahagia malah panggilan ayah yang didengarinya daripada bintang hati mama abah tu menjadi perkara cukup membahagiakannya kini.
Perkongsian Achey di Instagram mengenai sambutan hari bapa yang disambut Ahad lalu sungguh menyentuh hati kita. Malah kata Achey, sambutan hari bapa tahun ini cukup bermakna kerana dia turut dapat meraikannya sekali lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Achey berkata kehadiran anak angkatnya itu merupakan satu rahmat kerana disebabkan Tiara dia dapat merasai kehidupan sebagai seorang bapa. Bukan itu sahaja malah Achey juga turut mengatakan dia akan melakukan sebaik mungkin untuk anaknya itu.
“Dialah punca!!! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak DIA kurniakan Tiara Zinnirah kepada ku tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.
“ Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu. Kini dapat di curahkan kepadanya. Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak,” tulisnya penuh ikhlas.
Malah Achey turut memohon maaf kepada Tiara dan isterinya, Nor Hasanah Yahya, seandainya ada kekurangan ketika dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang dua tahun ini.
“Maaf ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab,” katanya lagi.
Syukur Ambil Anak Angkat
Kini Tiara, bintang hati mama dan ayah ini sudah pun berusia 2 tahun. Kata Achey lagi, kini dia agak kurang berkongsi kisah si comel kesayangannya. Semuanya kerana kesukaran yang dihadapinya apabila di minta untuk bergambar.
Malah melalui perkongsiannya yang lain di instagram, Achey turut berkongsi kisah dan prosesnya mengambil anak angkat melalui JKM. Malah turut berterima kasih kepada JKM Hulu Langat kerana sentiasa mengambil berat akan anaknya, Tiara Zinnirah.
“Kepada pasangan yang bertanyakan proses ambil anak angkat. Ada yang mudah ada yang tidak, yang mudah itu rezeki mereka, yang tidak seperti saya anggap semua ujian Allah untuk kita tambah pengorbanan atas rezeki anak yang di kurniakan.
Yang bagusnya kita dapat pengalaman yang tak ternilai atas usaha kita serta berkenalan dengan ramai orang. Kita baru sorang.. mereka di JKM? Beribu orang untuk di proses. Tugas kita berat.. tugas mereka 5,6 kali ganda beratnya.
Saya buat untuk siapa? Untuk diri sendiri dan kasih sayang yang dahulunya tak tau mana nak pegi. Kini Allah sediakan ‘ruang’ untuk di curahkan.
Ayah sayang awak Tiara Zinnirah Nasir Bte Abd Haq,” kongsinya lagi.
Achey dan isteri, mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat pada tahun 2018.
Sunway Lagoon Taman Tema Air yang tidak asing lagi di Malaysia. Merupakan tarikan utama pengunjung ke ibu negara, selain mandi manda dan bermain pelbagai permainan yang menyeronokkan, pengunjung berpeluang menikmati tarikan baru yang cukup mengujakan, iaitu Camp Out! At Sunway Lagoon.
Merupakan kesinambungan pengalaman Best Day Ever, setiap pengunjung dapat menikmati keseronokan di Sunway Lagoon dari pagi sehingga keesokan harinya. Enjoy percutian singkat anda bersama keluarga dengan pakej lengkap termasuk makanan dan banyak lagi!
Membuka semula pintu gerbang mereka pada 7 Oktober 2021 sejak ditutup sementara atas sebab pandemik Covid-19. Bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan setiap pengunjungnya, Sunway Lagoon mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan mewajibkan para pengunjung untuk menunjukkan sijil vaksinasi lengkap mereka sebelum memasuki taman.
Kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah menerima dos vaksin sepenuhnya. Topeng muka semestinya wajib dipakai semasa berada di dalam taman tema kecuali ketika sedang makan dan ketika berada di taman air atau gelongsor air.
Aktiviti Camp Out! At Sunway Lagoon ini menawarkan pakej promosi yang berharga RM598 untuk dua orang atau RM418 bagi yang mempunyai Annual Passport ke Taman Tema ini.
Nikmati keseronokan dengan bermalam dalam khemah di Sunway Lagoon dengan kemudahan yang tersedia untuk penginapan anda selama 2 hari 1 malam.
Pakej berkenaan lengkap dengan tiket masuk, makan malam BBQ, sarapan pagi dan baucar makanan berharga RM10.
Tak perlu risau dengan tahap kebersihan dan keselamatan sepanjang berada di sini kerana Sunway Lagoon telah menambah baik piawaian yang sedia ada dengan sanitasi dan pembersihan yang kerap di tempat yang sering disentuh serta mengehadkan permainan dan tarikan tertentu.
Kapasiti pengunjung juga dihadkan sehingga 50 peratus daripada jumlah kapasiti asal. Pasti mengujakan!
Sunway Lagoon merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Taman Tema Permainan Air Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!