Rezeki, ajal maut semua dah ditentukan Allah. Kadang kita rasa susah sedangkan ada lagi orang lain yang susah. Mungkin setiap ujian yang diberikan tak sama tetapi sekurangnya kita bersyukur.
Begitulah seperti perkongsian yang dibuat pengguna Facebook Munir Saleh apabila dia dipertemukan dengan pasangan ayah dan anak kecil yang sedang dalam kesusahan di tepi lebuh raya baru-baru ini sehingga membuatkan dirinya sendiri sebak dan tersentuh.
Motor rosak, niat nak pergi ziarah kubur isteri
Abang Mun ada satu cerita sedih. Cerita dia, abang dapat satu ping grab dari Kuala Lumpur ke plaza tol Putrajaya. Abang dah pelik, kenapa dia stop dekat plaza tol MEX? Nama perempuan. Ok tak apa, abang pergi amik. Lagi pun abang fikir, memang cantik dah, nak main area Putrajaya atau Cyberjaya.
Ok sampai tempat pick-up, ada lelaki dengan anak kecil sorang tahan abang. Abang fikir, ni lah rider abang. Ok diorang naik. Nampak penat di muka ayah ni. Abang pun apa lagi, tanyalah apa yang patut.
Ads
Rupanya, motor brader ni rosak, tersadai lepas plaza tol laluan motor arah ke Kuala Lumpur. Ceritanya nak melawat kubur arwah isteri lepas solat Jumaat, sebab dah lama tak tengok. Motor rosak pula. Dia order Grab, pergi Kuala Lumpur, beli barang sparepart, lepas tu order Grab balik semula. Allahu jauh tu beli barang.
Isteri meninggal lepas 7 hari lahirkan bayi
Banyak lagi dia cerita. Duduk dekat Puchong. Kerja di Cyberjaya. Isteri meninggal 7 hari lepas lahirkan anak ni. Sekarang ni anak ni dah nak umur 2 tahun. Sangat petah bercakap. Stop minum susu formula umur 7 bulan. Lepas tu makan buah dengan sayur sahaja.
Pergi kerja semua bawa anak ni. Alhamdulillah, bos bagi kebenaran anak ni dibawa ke tempat kerja. Anak ni tak biasa tinggal dengan orang. Boleh melalak dari pagi sampai petang, tu bawa ke sana ke mari. Hurmm lupa nak pesan kat ayah, supaya belikan helmet untuk si kecil.
Ads
Okay dah nak sampai, abang Mun kata, tak apa. Nanti abang Mun pusing balik pergi arah sana. Anak biar tinggal dalam kereta. Ayah betulkan motor. Bahaya anak duduk tepi jalan. Tu dia bagi anak dia tengok handphone. Senyap anak dia dalam kereta.
Moga anak ini dipelihara dengan baik
Ads
Lepas betulkan motor, pasangan ni pun teruskan perjalanan. Abang follow dari belakang. Takut apa-apa jadi nanti susah pula. Sekarang berhenti dekat hentian Seri Kembangan. Dia turun, kendong anak dia yang dah tidur. Betul apa yang brader ni cerita, anak dia memang naik je motor, confirm tidur!
Tapi sekarang abang dah tak nampak mana pasangan ni. Abang doakan supaya segala urusan dia dipermudahkan. Abang lupa nak tanya nama ayahnya. Aduiii.. Nama anak dia, Muhammad Adam.
Abang jadi sedih, sebab terbayang anak-anak abang. Sejak jadi bapa ni, cepat betul touching. Dalam susah kita, ada yang lagi susah. Kena selalu bersyukur.
Jangan salah faham. Bukan kebaikan manusia yang abang nak sampaikan atau ceritakan, tetapi tentang cerita hidup, rezeki, ajal, maut yang dah ditentukan. Brader ni cerita semua, memang steady. Yang sedih, abam. InsyaAllah, anak ini dipelihara dengan baik dan bagus.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat pada Rabu. Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya.
Menurut Ketua Kampung, Dedi, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang, lapor Kompas. Ketika itu, ibu mangsa mengajaknya makan sebelum dia keluar rumah untuk membeli makanan untuk mangsa.
Dia mendakwa, mangsa terus bermain dengan telefon bimbit yang masih bersambung dengan pengecas sebaik sahaja ibunya keluar. Ketika pulang dari membeli makanan, ibu mangsa mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan berada dalam posisi terbaring.
Menurutnya lagi, mangsa dipercayai tertidur semasa bermain telefon itu melihat dari posisi telefon yang masih berada pada dada mangsa. Telefon bimbit itu dipercayai ‘meletup’ melihat daripada luka terbakar pada dada mangsa.
Sementara itu, menurut ibu mangsa, pengecas telefon bimbit tersebut masih berada dalam keadaan elok dan disambungkan pada plug, namun tidak ada kesan terbakar pada kedua-dua bahagian plug dan kabel.
Setiap kali ada perkembangan kesihatan terbaru mengenai Ainul Mardhiah pastinya ia menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Cinta hati kesayangan rakyat ini semakin hari semakin menunjukkan perubahan positif dan nampaknya telah berjaya melalui fasa sukar secara berperingkat.
Kisah bayi istimewa ini yang mula dihebahkan beberapa bulan lalu selepas mengalami masalah ketumbuhan di mulut membuatkan ramai orang berasa simpati dan satu demi satu pertolongan dihulur sehingga pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya.
Telah pun menginjak umur setahun pada bulan Ogos lalu, nampaknya mama Ainul sudah mula untuk memperkenalkan makanan awal untuk Ainul. Mungkin bayi lain ketika menginjak 6 bulan dah belajar makan tetapi kerana sedikit kekangan sebelum ini ia terpaksa dilewatkan sedikit.
Menerusi Instagram Nurul Erwani, dia telah bertanyakan makanan yang sesuai untuk bayi yang menggunakan tiub perubatan untuk makan kepada pengikutnya sebagai persediaan untuk diberi pada Ainul.
Nak tanya pada sesiapa yang berpengalaman atau ada anak yang pakai gastrostomy/button feeding, selalu bagi blended food apa ya? Boleh share pada mama Ainul.
Suka bermain sekarang
Erwani juga turut berkongsi perkembangan terbaru Ainul yang suka kepada satu permainannya (plastik bungkusan tubing suction) sehingga sewaktu tidur pun masih memegangnya.
Ainul setia bersama mainan paling disukainya. Waktu tengah tidur pun gengaman masih kuat pada mainan kesukaannya. Cuba lah sesiapa tarik atau ambil dari tangan Ainul, mesti Ainul akan tarik balik tak bagi ambil.❤️
Ramai kongsi pengalaman
Berikutan perkongsian mama Ainul, ramai yang berkongsi pengalaman dan memberi cadangan berkaitan soalan yang ditanya.
Permulaan yang baik, dapat nasihat dietitian
Ramai juga yang mendoakan agar Ainul Mardhiah terus sihat dan kuat agar kembali sihat sepenuhnya dan turut memuji badan Ainul dah makin bersemangat sejak akhir-akhir ini.
Sumber: IG Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum ketahui selebriti cantik, Puteri Sarah Liyana Megat sedang mengerjakan Umrah bersama dua anaknya, Syaikul Islam 5 tahun dan Sumayyah 3 tahun.
Namun kali ini sedikit berbeza kerana Puteri Sarah Liyana mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah Umrah tanpa suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Pada awalnya Puteri Sarah atau mesra dengan panggilan Sarah mengakui agak teragak-agak untuk pergi ke Madinah dan Mekah sendiri bersama dua anaknya yang masih kecil namun dia yakin urusanya akan dipermudahkan.
“At first, i was really scared macam-macam fikir alamak nak bawak 2 active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak?”
“Alhamdulillah, i said to myself takpe pergi je Sarah…Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke, tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat-sangat.”
Tambahnya lagi, dia amat bersyukur kerana anak-anak sentiasa mendengar kata dan mutawif yang sentiasa ada membantu terutama menemani anak lelakinya, Syaikul dalam menjalankan ibadah di ruangan solat lelaki.
“Syukur… Syaikhul & Sumayyah behave, anak-anak yang dengar kata tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif @insafftraveltours, Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama-sama. i’am so grateful and thankful”
“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak-anak disini”
Menerusi tinjauan di laman instagram In Saff Travel & Tours pula, Ustaz Wajdi berkongsi video Syaikul yang sedang bertanya tentang Raudah.
“Ustaz ni apa?”
Ustaz menjelaskan bahawa mereka sedang berada di dalam Raudah, taman-taman syurga.
Semoga Puteri Sarah serta anak-anak dipermudahkan urusan dalam mengerjakan ibadah Umrah kali ini.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.