Ajal maut di tangan Allah. Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya. Setiap yang hidup, pasti akan mati juga suatu hari nanti. Mungkin bagi orang yang terpilih mereka seolah-olah tahu mereka akan pergi meninggalkan insan yang disayanginya.
Begitu juga dengan arwah ini yang merekod video bersama anaknya buat kali terakhir sebelum arwah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Ya Allah sebaknya, arwah mcm tahu je dia nak tinggalkan anak dia . Al-fatihah??? pic.twitter.com/IDW7FgD9T8
Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter kelmarin, video yang direkod oleh arwah bersama anaknya betul-betul terkesan dan membuatkan semua yang menontonnya sebak.
Menurut beberapa individu yang mengenalinya, arwah adalah pemilik sebuah butik dan mempunyai karakter yang sangat baik dan suka bersedekah. Paling sebak bila lihat reaksi anaknya memandang muka bapanya seolah-olah dapat merasainya bakal kehilangan ayah.
Ads
Netizen yang menonton video ini semuanya berkongsi perasaan sedih dan menceritakan serba sedikit mengenai arwah semasa hidup.
Setiap anak pasti memasang impian untuk menjadi polis, askar, doktor suatu hari nanti. Watak-watak disebalik kerjaya ini pastinya watak yang banyak membantu masyarakat. Golongan kanak-kanak memang suka berimaginasi untuk menjadi super power membantu ramai orang jadi tidak hairanlah kerjaya ini menjadi kesukaan kanak-kanak.
Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang ibu gigih menyiapkan pakaian seragam polis trafik buat anak tersayang.
Puan Nadiah Nasrudin berkongsi video anaknya lengkap berpakaian polis trafik di aplikasi TikTok. Menurutnya, video Nayl Muhammad Faris yang berusia enam tahun sebenarnya bukanlah dibuat semata-mata untuk mengiku trend yang kini popular dalam kalangan netizen. Namun kostum polis trafik tersebut dihasilkan sempena sambutan Hari Karier di tadika anaknya, pada Jumaat lalu.
“Bukan buat video content semata-mata, tapi anak saya ada sambutan Hari Karier di tadika. Murid-murid diminta untuk pakai baju kerjaya yang diimpikan bila besar nanti.
“Anak beritahu dia teringin nak jadi polis trafik. Dia tak sebut polis, tapi lebih specific nak pakai baju polis trafik warna putih dan seluar hitam,”
“Anak beritahu ada Hari Karier pada Selasa, jadi malam tu saya dah geledah barang-barang di rumah untuk diguna semula dan jadikan sebagai kostum polis trafik.
“Saya dan suami guna baju cotton putih anak, kemudian print logo-logo PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan tampal atas kotak cereal untuk dijadikan name tag, dan lekat guna pin lampin.
“Masking tape dijadikan sebagai jalur putih di tepi seluar hitam. Walkie talkie dan pistol guna permainan anak, dan wayar walkie talkie guna getah rambut adik perempuannya berusia empat tahun,”
“But tu sebenarnya anak pakai untuk tolong suami berkebun di rumah. Tak sangka anak betul-betul nak kami spray but tu dengan warna hitam.
“Selain topi dan tali pinggang hitam sebagai aksesori, rantai wisel pula guna gelang silver. Alhamdulillah kostum polis trafik anak menang sebagai kostum terbaik,” katanya sambil menambah proses pembikinannya dilakukan secara berperingkat sehingga Khamis.
“Bila balik kampung beraya ke Kelantan hari tu nampak polis trafik, pagi-pagi nak ke tadika pun nampak polis trafik untuk mengawal lalu lintas.
“Anak sendiri jadi ‘polis trafik’ dalam kereta, kadang-kadang tegur Abi iaitu ayahnya yang terus memandu bila lampu isyarat bertukar kuning sedangkan ia membawa maksud bersedia untuk berhenti.
“Kalau saya yang memandu nak tukar lorong, guna lorong paling kanan atau potong kenderaan lain, anak sangka saya pandu laju sedangkan tak melebihi had laju. Dia ingat kalau kereta lebih laju daripada kenderaan lain kira pandu laju,” ujarnya secara berseloroh.
Tambah Puan Nadiah, memang tiada yang bekerja sebagai polis dalam kalangan ahli keluarga cuma memang anaknya sangat minat dengan polis trafik.
“Keluarga kami tiada yang latar belakang polis. Anak kata kalau jumpa polis trafik, dia nak minta izin untuk tekan butang bagi bunyi siren pada motosikal atau kereta peronda polis,” katanya.
Video anaknya memakai kostum yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih 800,000 tontonan.
Doktor di Hospital Kanak-Kanak Sarojini Naidu di Uttar Pradesh berjaya mengeluarkan janin seberat dua kilogram (kg) daripada perut bayi tujuh bulan, Jumaat lalu.
Pembedahan itu berlangsung selama empat jam dengan bayi lelaki terbabit mungkin yang pertama di negeri berkenaan menderita keganjilan dikenali ‘fetus in fetu (FIF)’.
Dr D Kumar yang mengetuai pasukan perubatan bagi prosedur terbabit memaklumkan kanak-kanak itu kini dalam keadaan baik.
Bapa bayi itu yang juga petani dari kawasan Kunda di daerah Pratapgarh membawa anaknya ke jabatan kecemasan di Hospital Swaroop Rani Nehru pada 24 Julai lalu.
“Ibu bayi sudah meninggal dunia ketika melahirkannya. Perut bayi itu pula kembung dan dia mengalami kesakitan.
“Imbasan CT scan yang dijalankan selepas pemeriksaan biasa menunjukkan bayi itu mengandungkan janin,” kata doktor yang mengesahkan janin dikeluarkan menerusi pembedahan terbabit.
Dr Kumar berkata, FIF adalah anomali kongenital yang jarang berlaku, yang mana janin cacat membesar dalam badan kembar.
“Ia berlaku apabila seorang daripada kembar membesar dalam perut ibu, manakala seorang lagi hidup dalam perut bayi,” jelasnya.
Pada hujung 90-an, seorang lelaki dari Nagpur di Maharashtra dikenali Bhagat digelar ‘lelaki hamil’ apabila mempunyai perut yang menonjol dan disahkan ‘mengandungkan’ kembarnya selama lebih 36 tahun
Siapa kata suami tak boleh jaga dan urus anak dengan baik. Biasanya orang akan nampak isteri saja tapi jika dapat suami yang jenis ringan tulang, pandai urus anak dan bantu buat kerja rumah, semua akan kagum.
Bukan bermakna suami yang rajin urus anak dan keluarga ini mereka takut isteri tetapi semuanya atas rasa tanggungjawab untuk kebahagiaan seisi keluarga. Jika anda salah seorang isteri yang bertuah, memang beruntung sangat!
Ada juga suami, memang pro bab jaga anak dan masak. Kadang isteri pun kalah. Ni bukan nak memuji kaum Adam tapi realitinya. Apa yang penting dalam rumah tangga pasangan kena sentiasa tolak ansur dan tunjukkan contoh yang baik depan anak-anak.
Sama seperti perkongsian seorang ayah, Safik Roslan yang rajin dan pandai menguruskan anak-anak.
Dalam perkongsiannya itu, Safik turut menitipkan pesanan, suami kena pandai berdikari, jangan terlalu harapkan isteri. Mungkin sekarang kita boleh minta isteri buat macam-macam tetapi jika Allah uji diluar kemampuan kita lepas ni pun, tidaklah terkejut.
Penting buat persediaan awal dan sentiasa saling membantu isteri. Anda tetap dikira suami dan ayah yang terbaik.
Hari ni anak tak sepah apa-apa pun, tapi nak kongsikan ayah perlu tahu menguruskan anak sendiri. Sperti saya, ketika isteri sakit, dan anak bongsu pula masih menyusu badan (tak boleh nak berenggang langsung, kalau tak menangis macam sakit-sakit), kitalah yang kena berkorban.
Bukan itu saja, Safik juga turut berkongsi caranya menguruskan anak perempuan sebelum ke sekolah dengan mengikat rambut terlebih dahulu sebelum memakaikan tudung.
Ayahlah kena uruskan semua, kalau ayah memang lahir jantina perempuan, mesti masa siapkan anak cantik macam Neelofa pakaikan tudung.
Cuma yang lucunya, ketika mengikat rambut anak, dia menggunakan getah yang membungkus makanan gara-gara tak jumpa getah rambut walaupun isteri dah beli banyak stok. Siap boleh sanggulkan lagi rambut anak perempuan.
“Biasalah beli nak guna, cari terus tak jumpa. Tapi kalau tak cari, senang pula nampak”.
Mungkin orang nampak biasa, tapi usaha ini wajar dapat pujian kerana tak semua mahir dan mampu buat.
Suami sekarang ramai dah rajin
Pesan untuk diri saya juga, suami jangan nak senang sangat hidup. Kena berdikari dari sekarang. Biarpun ada yang buat sekadar mampu itu tiada masalah, janji kita boleh ringankan sikit tugas isteri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.