Usia enam tahun pertama adalah MASA EMAS atau waktu paling ideal untuk mengajar bahasa kedua anak.

Berdasarkan perkongsian Pengasas Mofazz Readerz, Puan Azlina Nawi, ketika usia ini, otak mereka sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Tambahan pula daya penyerapan bahasa mereka berfungsi secara automatik.

Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya berbanding orang dewasa.

Menurut pakar neurologi Dr Eric H. Lennenberg pula, sebelum anak capai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itu mereka mudah belajar bahasa asing.

Ini 25 tips yang boleh kita lakukan untuk anak-anak kita

  1. Mulakan sejak dalam kandungan

Kalau nak anak mahir dalam English, boleh MULA ajar mereka sejak dalam KANDUNGAN lagi.

Bagaimana?

Berbual dengan baby dalam perut dalam BI, nyanyi lagu –lagu dalam BI, nyanyi lagu nasyid dalam BI. Saya suka menyanyi lagu English kanak-kanak yang terdapat dalam youtube seperti Super Simple Song.. Banyak kompilasi lagu yang mendidik anak-anak berbahasa Inggeris yang mudah. Search je dalam youtube.

Sebelum 6 Tahun Waktu Sesuai Ajar Bahasa Inggeris. Anak Mahir Bahasa, IQ Tinggi

  1. Bila anak dah lahir, teruskan BERBUAL.

Banyakkan berbual/berkomunikasi dengan anak dalam English. Bagaimana caranya? Gunakan teknik One Parent One Language. Camner tu? Maksudnya mak cakap BM penuh, ayah cakap BI penuh. Atau sebaliknya. Tengok sapa yang lebih fasih BI. Bila anak selalu dengar dua bahasa ni dalam hidup seharian, anak akan mahir dalam dua bahasa.

Boleh juga gunakan teknik mengikut hari.

Contoh hari Ahad cakap BM, hari Isnin cakap Bi dan seterusnya.

  1. Pelbagaikan sumber pengajaran

Sumber pengajaran termasuklah kad imbas bergambar, poster, VCD, CD dll. Sumber pengajaran ini untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak-anak belajar.

IKLAN

Kepelbagaian sumber ini sangat berkesan, mudah dan sesuai untuk anak kerana tidak semua anak akan menjalani pendekatan pembelajaran yang sama kerana setiap anak ada perbezaan ‘style learning’ mereka. Samada ‘learning style’ mereka kinestetik, audiotary atau visual.

Sebelum 6 Tahun Waktu Sesuai Ajar Bahasa Inggeris. Anak Mahir Bahasa, IQ Tinggi

  1. Jangan jadikan kita lemah BI sebagai alasan

Walaupun kita tidak fasih dan mahir dalam penguasaan English, jangan jadikan ia alas an untuk tidak dedahkan anak-anak kepada English.

Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu buat adalah; belajar semula English untuk anak-anak. Tak perlu sampai betul-betul mahir untuk mengajar anak, kita boleh sentiasa upgrade ilmu kita dengan sentiasa rujuk pada yang pakar, buku-buku dan juga youtube.

Kalau boleh follow mereka yang pakar dalam ilmu dan bidangnya dengan ‘set see first’ fb mereka supaya ilmu mereka yang dikongsi tidak terlepas. Follow rapat-rapat ye.

  1. Guna kad imbas gambar

Tambah vocab BI anak guna kad imbas gambar. Boleh buat permainan kad imbas yang menarik seperti memory game.

  1. Jangan malu/segan ajar anak di khalayak ramai.

Tak usah malu/segan jika kita speaking BI dengan anak di luar rumah, pasaraya atau ketika balik kampung. Teruskan berbual seperti biasa. Usah peduli cakap-cakap belakang.

  1. Bila anak mahir dalam bahasa, IQ akan meningkat.

Ye, IQ akan meningkat kerana anak banyak vocab dan dapat menggunakan vocab tu dengan baik. Mampu berfikir dengan krratif dan kritis.

IKLAN
  1. Tak faham tanya orang lain yang lebih mahir BI

Kalau kita sebagai ibu bapa tidak faham, jangan segan untuk tanya dengan orang lain.

Sebelum 6 Tahun Waktu Sesuai Ajar Bahasa Inggeris. Anak Mahir Bahasa, IQ Tinggi

  1. Beli buku cerita yang menarik seperti banyak gambar.

Melalui gambar-gambar pun kita boleh berkomunikasi dengan anak.

  1. Rajin bacakan buku cerita pada anak.

Pupuk sikap suka membaca bahan-bahan bacaan dalam BI. Mintak anak pilih buku kesukaannya. Baca dengan intonasi suara yang menarik. Baca ketika mood anak baik, terutama selepas mandi dan nak tidur.

  1. Dapatkan sokongan suami/isteri.

Kena ada team effort. Jangan buat sorang-sorang. Boleh juga minta bantuan ibu bapa/ mertua untuk sama-sama bantu

12. Kalau mampu hantar ke tadika English medium. Kalau tak de bajet, boleh ajar sendiri dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minat.

Kalau dia minat Sesame Street belilah VCD Sesame Street. Sekarang ni banyak cerita kanak-kanak yang sudah ada versi BI, contoh upin ipin dan Aqil the story.

IKLAN
  1. Pilih rancangan-rancangan tv yang sesuai untuk anak-anak anda seperti Sesame Street, Noddy, Bob the Builder dll. Bila anak banyak mendengar perkataan English, mereka akan familiar dan tidak kekok untuk guna perkataan itu.
  2. Jangan paksa / beri tekanan kepada kanak-kanak yang masih kecil.

Anak kecil ini cepat moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosankan. Jangan ajar lama-lama dan cari masa yang sesuai bila dorang boleh beri lebih tumpuan.

Sebelum 6 Tahun Waktu Sesuai Ajar Bahasa Inggeris. Anak Mahir Bahasa, IQ Tinggi

  1. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah pastu terangkan pada mereka dan kena rajin ulang-ulang apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka mudah lupa. Banyak poster-poster besar mengikut kategori seperi buah-buahan, kenderaan, badan manusia dll. Rajin-rajinlah gunakan poster itu. Apa yang kita boleh buat, kita mintak anak carikan gambar mengikut apa yang kita sebut. Say and find. Boleh juga kita buat game mix and match. Kalau ada mainan buah-buahan, match dengan gambar poster.
  2. Kalau betul caranya, kanak-kanak boleh menguasai 5 bahasa serentak
  3. Jangan risau, anak takkan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil.

Mula-mula je pening, tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

  1. Konsisten dalam pengajaran.

Jangan kejap cakap BM dan kejap cakap BI atau campur dalam ayat anda. Jadi rojak!

  1. Jangan guna bahasa bayi.

Sebut betul-betul dan gunakan ayat dan grammar yang betul.

  1. Kalau anak sebut tak betul, betulkan sebutan mereka dengan kita mengulang-ulang semula apa yang mereka sebut.
  2. Belajar balik BI kita.

Kadang-kadang kita rasa dah betul sebutannya rupanya salah/ kurang tepat. Boleh buka kamus yang ada simbol phoneme untuk belajar sebut dengan betul. Sebelum tu kenalah belajar dulu ilmu phoneme grapheme ni( ilmu phonics)

Sebelum 6 Tahun Waktu Sesuai Ajar Bahasa Inggeris. Anak Mahir Bahasa, IQ Tinggi

  1. Guna kamus BI-BI bukan bi- BM.

Yang ni adalah mesti buat. Sebab bila kita tengok meaning dalam BI, secara tak langsung kita dapat tambah vocab baru.

Guna kamus BI-BI ni saya diajar masa kelas tuisyen form 5 dulu.

  1. Gunakan label

kalau tak ingat perkataan, tampal label di tempat yang sesuai seperti di peti sejuk, almari, pintu etc

  1. Carilah kaedah yang sesuai untuk membantu anak cepat belajar membaca English.

Contohnya kaedah fonik. Berguru dan belajarlah dengan orang yang mempunyai ilmu dalam bidangnya.

Sumber: Azlina Nawi (Pengasas Mofazz Readerz)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI