Cabaran ibu bapa mendidik anak hari ini cukup besar. Jika zaman kita dulu-dulu, sebelum masuk sekolah rendah, tiada siapa menghalang untuk bermain. Selagi tak memudaratkan diri, keseronokan itu akan dinikmati bersama rakan-rakan sebaya.

Kini, keadaannya sangat berbeza. Ibu bapa dah tak boleh nak membiarkan anak keluar bebas kerana keadaan persekitaran yang dah tak selamat. Banyak perkara perlu difikirkan. Disebabkan itu, aktiviti jadi terhad dan ibu bapa lebih selesa untuk fokus pada akademik.

Namun sebagai ibu bapa, kita perlu faham fasa perkembangan anak kecil adalah BERMAIN. Memang betul akademik penting tapi mestilah seimbang dengan sosial anak agar mereka lebih tahu erti kehidupan.

Sebelum 7 Tahun Bagi Anak Main Dulu, Bukan Paksa Belajar. Terlepas Fasa Ni Rugi!

Berikut antara perkongsian Parenting Coach, Mohd Fhais Salim.

Orang kata 7 tahun dah kena pandai membaca. Usia 4 tahun dah kena kenal huruf dan nombor. Jujurnya saya tak ambil port sangat tentang pencapaian akademik waktu umur anak bawah 7 tahun.

Bagi saya itu semua kurang penting! Yang paling penting ketika ini bukan akademik tapi tumbesaran otak, emosi dan fizikal anak. Itu jauh lebih penting.

IKLAN

Tak terbantut jika tak pandai baca tapi jika 7 tahun tak pandai bersosial hah itu bahaya.

– Tak pandai berkawan
– Tak pandai komunikasi
– Tak pandai main sama-sama
– Tak pandai minta izin
– Tak pandai maafkan orang
– Tak pandai sabar

Sebab itu lah masa anak 1 hingga 6 tahun ni saya lebih suka bagi dia main sepuas-puasnya.

Lari sana, lompat sini, guling situ. Apa sahaja janji dia bermain dan bergerak aktif. Dari berlari-lari tu la yang akan banyak mematangkan fikiran dia, menguatkan emosi dia dan menyihatkan badan dia.

IKLAN

Sebelum 7 Tahun Bagi Anak Main Dulu, Bukan Paksa Belajar. Terlepas Fasa Ni Rugi!

Serius! Tak ada istilah lambat belajar akademik. Jika otak cerdas, emosi stabil dan fizikal kuat apa sahaja ilmu akademik dia pasti boleh belajar.

Jadi bagilah anak main puas-puas!

IKLAN

Kredit: Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)

Sebelum 7 Tahun Bagi Anak Main Dulu, Bukan Paksa Belajar. Terlepas Fasa Ni Rugi!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI