Sebelum ini ada pertikaian mengenai Datin Almy Nadia yang pergi ke luar negara walaupun tengah sarat mengandung. Apa yang jadi tanda tanya bagaimana Almy boleh lepas menaiki kapal terbang.
Almy menemani suaminya, Datuk Fizz Fairuz untuk menjalani penggambaran selama sembilan hari di sana.
Menjawab persoalan orang ramai Almy menerangkan situasi sebenar bagaimana dia boleh menaiki kapal terbang ke Jerman walaupun sedang sarat mengandung.
Ads
Dalam kapsyen di instagram, Almy mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengambil berat mengenai kandungannya.
Almy menjelaskan sebelum membuat keputusan untuk pergi ke luar negara, dia telah mendapat nasihat dan pendapat daripada doktor.
Ads
Doktor telah mengeluarkan surat memberi kebenaran untuk Almy menaiki kapal terbang.
Ads
Pada masa yang sama, Almy menegaskan kepada netizen penting sebenarnya mendapatkan nasihat doktor sebelum menaiki kapal terbang untuk mengelakkan sebarang risiko.
Bila dah sarat, kita tak boleh sesuka hati menaiki kapal terbang tanpa surat doktor kerana boleh mendatangkan risiko. Jika doktor dah bagi kebenaran, maknanya masih selamat.
Sebelum ini Fizz memberitahu Almy dijangka bersalin 22 Disember depan dan sehingga kini mereka masih merahsiakan jantina anak ketiga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen di bahagian Hemoglobin. Hemoglobin adalah salah satu jenis protein pada sel darah merah. Ianya berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrisi penting lain ke seluruh badan kita.
Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi dan berkualiti yang diperlukan oleh badan.
Talasemia boleh dibahagikan kepada tiga: 1. Talasemia minor
Dikenali sebagai pembawa. Mereka mempunyai gen talasemia tetapi tidak mempunyai tanda tanda talasemia.
2. Talasemia major
Golongan ini mempunyai keseluruhan gen talasemia dan mempunyai tanda tanda talasemia.
3. Talasemia intermedia
Golongan ini membawa gen talasemia dan tanda tanda ditunjukkan pada peringkat yang lebih lewat.
Talasemia juga boleh dikategorikan mengikut jenis protein yang terlibat. Terdapat dua jenis protein di dalam rantaian protein yang membentuk Hemoglobin iaitu Alpha dan Beta. (sumber dari doktor budak)
Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu: 1. Hb Bart’s,
Jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
2. Penyakit HbH,
di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
3.Alpha Thalassaemia Trait,
di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu: 1. Beta Thalassaemia Major,
di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
2. Beta Thalassaemia Intermedia,
di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
3. Beta Thalassaemia Trait,
di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!
Apakah tanda tanda talasemia?
1. Pucat
2. Sukat bernafas
3. Sentiasa lemah dan kurang bermaya
4. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limfa
5. Degupan jantung laju
6. Tumbesaran terbantut
7. Perubahan pembentukkan di kawasan muka biasanya rahang, dagu dan pipi ( tanda lewat)
Talasemia minor biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda tanda. Ianya dikesan melalui saringan darah semasa bayi dan di sekolah.
Talasemia intermedia menunjukkan tanda tanda dari usia remaja ke dewasa.
Talasemia major biasanya menunjukkan tanda tanda sejak dari bayi lagi dan tanda tanda akan semakin teruk jika rawatan sebetulnya tidak dilakukan.
Adakah talasemia boleh berjangkit?
Tidak sama sekali.
Talasemia adalah penyakit genetik.
Ianya tidak boleh merebak melalui udara, air, sentuhan mahupun pemindahan darah.
Apakah rawatan untuk talasemia?
Talasemia minor biasanya tidak memerlukan rawatan.
Talasemia intermedia biasanya memerlukan pemindahan darah jika sudah mula ada tanda tanda seperti yang disebut di atas.
Talasemia major memerlukan rawatan pemindahan darah 1-2 kali sebulan sepanjang hayatnya. Ini kerana hemoglobin mereka biasanya kurang dari 6 dan ianya boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul. Pemindahan sum sum tulang ( bukan tulang rawan) hanya boleh dilakukan jika oleh adik beradik yang sihat dan mempunyai HLA yang sama sahaja.
Selain itu ada juga pil dan suntikan untuk talasemia.
Adakah lelaki akan lebih teruk untuk mendapat talasemia?
Kebarangkaliannya adalah sama sahaja untuk lelaki dan perempuan.
Adakah talasemia boleh dieelakkan?
Insha Allah boleh. Jika anda adalah pesakit talasemia, kalau boleh elakkan dari mencari pasangan yang mempunyai pesakit talasemia juga.
Saya simpulkan kebarangkalian anak anak anda jika anda berkahwin dengan pesskit talasemia juga di dalam gambar di bawah
Perlukah supplemen tambahan untuk tambah darah?
Jika doktor anda kata perlu, doktor anda sendiri yang akan berikan kepada anda.
Tolong jangan memandai mandai beli supplemen atau vitamin tambah darah tanpa berbincang dengan doktor yang merawat anda.
Walaupun yang menjual itu adalah doktor juga, yang mudah terpedaya. Bukan dia yang merawat anda secara berdepan dan sepenuhnya.
Pengambilan supplemen dan vitamin yang salah akan membawa padah.
Fungsi hati dan buah pinggang anda akan punah dan nyawa anda yang akan dipertaruh.
Adakah talasemia boleh sembuh?
Penyakit genetik sukar untuk sembuh. Rawatan biasanya untuk membantu memulihkan simptom yang ada dan mengelakkan komplikasi.
Ingat, jika ada sebarang pertanyaan tentang kesihatan, datang ke klinik atau hospital untuk rawatan yang betul.
Pembawa dan penghidap penyakit talasemia perlu mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Antara makanan yang tinggi zat besi ialah: (sumber dari myportal health)
* Organ dalaman seperti hati
* Produk makanan yang diperkaya dengan zat besi
* Bijiran yang diperkaya dengan zat besi
* Kuning telur
* Kekacang dan legum
* Kebanyakan sayuran hijau yang berdaun
Walaubagaimanapun, pembawa talasemia boleh juga mengalami kekurangan zat besi terutamanya pada ibu hamil, dalam keadaan ini pembawa boleh mengambil vitamin zat besi atas nasihat doktor.
Kenapa perlu kurangkan makanan tinggi zat besi?
Darah adalah kaya dengan zat besi.
Pesakit talasemia major memerlukan transfusi darah sepanjang hayatnya.
Zat besi yang terkumpul dari transfusi darah pada jangka masa panjang boleh merosakkan hati dan jantung terutamanya dan juga organ lain.
Pesakit talasemia intermedia yang tidak memerlukan transfusi darah, juga boleh mendapat peningkatan besi di dalam badannya. Ini disebabkan penyerapan zat besi yang lebih pada usus pesakit. Dengan ini pesakit talasemia intermedia juga perlu mengelakkan makanan tinggi zat besi.
Sebab itu sebarang supplemen dan vitamin tambahan wajib mendapat pemantauan dari doktor yang merawat anda.
Nota kaki : Saringan untuk talasemia boleh dilakukan di klinik atau hospital berdekatan anda. Ingat, ianya adalah penyakit genetik dan ianya adalah salah satu jenis anemia.
Pelakon cantik, Atikah Suhaime yang kini sedang hamil anak pertama bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Hal itu dikongsikan Atikah Suhaime secara tidak sengaja ketika memuat naik videonya di Tik Tok.
Menerusi video itu, bakal ibu yang sedang menjamah air tangan ibunya ketika pulang ke Singapura itu tanpa sengaja menyebut perkataan ‘She’ yang menjuruskan kepada bayinya.
Hal itu turut disedari wargamaya yang turut meninggalkan komen di ruangan komen.
Atikah kemudiannya turut menjawab pertanyaan itu dengan memberitahu satu kejutan untuk pengikutnya.
“Alamak. I lupa cut..hahaha suprise,” tulisnya di ruangan komen.
Dalam pada itu peminat mula meninggalkan pelbagai komen malah mengucapkan tahniah kepada bakal ibu cantik manis yang bakal melahirkan bayinya sedikit masa lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang mengandung anak kedua berkongsi bahawa dia mengalami alahan yang teruk kali ini.
Menurut Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 31, dia juga sudah lama tidak ke dapur bagi menyediakan juadah kerana dirinya tidak tahan dengan bau masakan.
“Deena alah bau masakan, tengok makanan pun nak muntah.
“Dua-dua kehamilan alah pada bau goreng dan bau masakan. Lari dari dapur duduk luar rumah. Dapur dah lama tak berasap,” kongsinya di Instagram.
“SubhanaAllah, banyak sangat yang Deena belajar sepanjang kehamilan kedua ini. Betul-betul berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
“Secara fizikal, badan memang agak lemah sedikit dan sebab itu mental kena kuat. Kena set di fikiran setiap apa yang jadi itu ada kebaikan,” luahnya.Sebelum ini, berita gembira mengenai kehamilannya dikongsikan Saharul pada bulan lalu.
Deena dan Saharul, 30, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig Deena Emir & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.