Betullah orang kata, perjuangan seorang ibu yang mengandung dan melahirkan anak bukan suatu perkara yang mudah. Besar sangat pengorbanannya untuk memastikan zuriat yang dikandung dapat dilahirkan dengan selamat.
Walaupun ada sesetengah kes berisiko untuk wanita tersebut, namun demi untuk melihat anak dilahirkan selamat semuanya dilalui dengan cekal dan tabah.
Bagi suami pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari mengakui isterinya mengalami pendarahan sebanyak tiga kali ketika sedang hamil anak pertama mereka.
Menerusi entri di Instagram (IG), Izzar menjelaskan pengalaman yang dilaluinya itu sangat mencabar kerana risau sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya.
Ads
“Placenta previa (PP) merupakan komplikasi obstetrik dimana berlakunya pendarahan yang tak sakit/painless semasa hujung-hujung mengandung (3rd trimester) sebab placenta/uri tu terletak di bukaan serviks.
“Exact reason ia berlaku still unknown. Tapi kalau dah kena tu, redha la ye. Alhamdulillah, dengan teknologi ultrasound sekarang, PP dapat dikesan dari awal kandungan lagi.
“Tu pun kalau pergi regular routine checkup kat klinik. Kalau malas nak pi checkup klinik, nak kesan macam mana. Wife saya bleeding sebanyak tiga kali masa mengandung haritu.
Ads
“Ulang alik la kami ke Hospital Serdang tu. Sekali admit, stay sampai 5-6 hari. Balik rumah kena bed rest dalam bilik je. Tak boleh bergerak banyak. Mencabar gak sebab aku pun tak boleh ke mana-mana. So berkubangla wife saya dalam bilik berbulan sehingga bersalin.
“Komplikasi PP ni memang banyak. Komplikasi kepada ibu dan komplikasi kepada baby. Ada komplikasi biasa-biasa dan komplikasi yang mengancam nyawa. Masa wife saya didiagnose PP, kitorang memang risau gila wei fikir pasal komplikasi tu semua.
“In the end, we decided to proceed doing all of our followups and appointments kat Hospital Serdang. Awat pi hospital gomen je wei? Koman betui. Haa, tu next time saya cerita kenapa. Yang penting, wife saya selamat melahirkan dan baby Ayra kami selamat dilahirkan dengan sempurna sifat serta dagu terbelah macam mummy n daddy dia.
Ads
“Walaupun wife saya sebenarnya masuk emergency cesar sebab pendarahan yang teruk. Horror bro masa tu. Alhamdulillah semua selamat. and thanks isteriku kerana melalui semua dugaan ni dengan tabah dan cemerlang. Ayra n I love you,” tulisnya.
Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah, yang dilahirkan pada 22 Ogos lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Influenza, selesema dan demam denggi, ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya. Demam bersuhu tinggi, menggigil dan sawan panas adalah antara tanda-tandanya. Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak.
Menurut Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Pediatrik dari KPJ Damansara Specialist Hospital, serangan virus influenza boleh mengakibatkan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan. Ia adalah sejenis penyakit yang pernah menular di seluruh dunia sebagai pandemik pada tahun 2009 yang menyebabkan kematian di Malaysia.
Negara beriklim sederhana Amerika Syarikat mempunyai musim penularan influenza yang jelas di mana kemuncak penularan pada musim sejuk. Hal ini berbeza dengan negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia di mana tiada musim penularan influenza yang jelas. Ianya boleh berlaku sepanjang tahun. Disebabkan itu pencegahan dengan vaksin influenza amat disarankan untuk melindungi dari wabak influenza yang menyerang tanpa batasan musim di Malaysia.
SERANGAN INFLUENZA MIRIP DENGGI
Serangan influenza menyebabkan demam yang bersuhu tinggi iaitu kira-kira 38° hingga 40° Celcius. Pada peringkat awal ia mirip dengan serangan denggi di mana suhu yang dicatatkan tinggi sehingga kadang-kadang pesakit menggigil dan kanak-kanak kecil boleh diserang sawan panas (febrile convusion).
Virus influenza terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,C dan D. Jenis yang biasa menyerang manusia dengan teruk ialah influenza A dan influenza B manakala C tidak mengakibatkan serangan yang hebat. Jenis D pula biasanya tidak menyerang manusia dan banyak melibatkan haiwan.
Influenza jenis A dan B pula terbahagi kepada beberapa strain atau subtypeiaitu diantaranya Influenza A: H1N1, H3N2 dan H5N1. Manakala Influenza B: Yamagata dan Victoria
Jangan lupa bawa si kecil ke klinik dengan segera sekiranya mendapati suhu badannya tinggi dan ubat hanya berkesan dalam masa yang singkat. Influenza yang menyerang kanak-kanak akan memberikan beberapa tanda seperti berikut;
Influenza berbeza daripada selesema biasa di mana selesema biasa disebabkan oleh beberapa virus lain seperti rhino virus yang mengakibatkan mata berair, sakit kepala yang tidak terlalu teruk, bersin dan hidung berair. Jarang suhu terlalu tinggi. Influenza merupakan penyakit luar biasa yand kesannya lebih melampau dari selsema biasa dan hanya disebabkan oleh virus influenza semata-mata.
Bagi mengenalpasti serangan influenza, doktor terlebih dahulu akan meneliti tanda-tanda yang berkaitan. Setelah mengenalpasti simptom influenza, doktor akan melakukan ujian nasopharyngeal swab iaitu pengambilan sampel hingus daripada bahagian belakang rongga hidung.
Penyebaran virus influenza terjadi menerusi titisan cecair pernafasan yang menitis keluar apabila individu yang dijangkiti bercakap, bersin atau batuk. Apabila ada anggota yang dicemari virus seperti tangan menyentuh objek seperti mainan kanak-kanak, tombol pintu dan sebagainya dan kanak-kanak lain pula menyentuhnya dan memegang hidung. Ini adalah contoh perebakan yang sering berlaku.
Bagi kanak-kanak, taska, tadika dan pusat penjagaan menjadi lokasi merebaknya penyakit ini apabila kanak-kanak yang menghidap influenza tidak dikuarantin dengan baik iaitu kira-kira tujuh hari selepas demam.
Selain taska, tadika dan pusat penjagaan, mana-mana lokasi yang tertutup yang ramai orang seperti pusat membeli belah, pawagam, restoran dan pusat permainan kanak-kanak boleh menjadi lokasi merebaknya virus influenza. Selain itu taman tema air, kemudahan awam dan kolam renang awam juga sama.
Sebaik-baiknya, kanak-kanak yang dijangkiti influenza perlu dikuarantin selama sekurang-kurangnya tujuh hari supaya mereka tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.
“Selepas keluar dari wad, teruskan proses kuarantin di rumah dengan mengasingkan anak daripada ahli keluarga yang lain. Ibu, bapa atau penjaga perlulah kerap membasuh tangan dan mengamalkan adab dan tatacara bersih diri yang baik seperti pemakaian tisu apabila bersin atau batuk.
“Untuk melindungi diri lagi dari terhidu titisan cecair pernafasan yang tercemar pemakaian alat pernafasan yang sesuai seperti topeng hidung dan mulut (mask) boleh membantu,” kata Dr Iqbal
Dalam tempoh tujuh hari ini, biar anak berehat di rumah dan kurangkansentuhan fizikal dengan orang lain. Ini kerana mereka dalam proses pemulihan dan antibodi masih lemah. Jangkitan dan bakteria senang menghinggapi kanak-kanak dalam fasa ini. Para majikan perlu memberi kerjasama kepada staf yang bercuti kerana menjaga anak yang sakit akibat virus ini.
Serangan influenza boleh dielak dengan cara mendapatkan vaksin. Vaksin influenza boleh diambil kanak-kanak yang berusia enam bulan ke atas. Vaksin influenza merupakan vaksin tahunan yg diambil setiap tahun untuk melindungi badan dari bahaya virus influenza yang sering bertukar sifat dari tahun ke tahun.
Pantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau the World Health Organisation (WHO) memastikan vaksin yang diambil sesuai dengan spesies virus influenza yand menular pada tahun tersebut.
Pada tahun pertama bagi mereka yg dibawah umur 8 tahun, vaksin ini terdiri daripada dua suntikan yang diberikan pada dua bulan berturut-turut. Namun bagi mereka yg umurnya 8 tahun keatas hanya satu suntikan di perlukan walaupun pada tahun yang pertama.
Konsep vaksin tahunan ini membuatkan vaksin influenza lain sedikit dari vaksin yang lain. Ibu bapa tidak perlu khuatir kesan sampingan kepada si manja kerana vaksin ini diperbuat daripada vaksin tidak aktif dan mati.
Terdapat dua jenis vaksin boleh diambil iaitu vaksin influenza 3 strain dan vaksin influenza 4 strain. Adalah juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin ini jika anda ingin membawa kanak-kanak ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu dan sebagainya. Selain vaksin meningococcal yang sememangnya diwajibkan, vaksin influenza juga disyorkan kepada mereka yand ingin pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau umrah.
Sila bertanya dengan pakar perubatan untuk maklumat lanjut tentang vaksin influenza ini yang sememangnya boleh mencegah wabak influenza dari terjadi. Bukankah pencegahan lebih baik dari rawatan?
Anda nak tahu lebih lanjut mengenai influenza? Bersama pengacara Pa&Ma Musim Ketiga, Shera dan Zahiri Selasa, 1 Disember 2019 membincangkan tajuk “Usah Pandang Ringan Influenza”. Dalam episod ini, banyak informasi tentang influenza akan dikongsikan. Maklumat daripada pakar, perkongsian pengalaman ibu bapa sangat membantu menambahkan pengetahun mama papa tentang influenza. Nak tahu lanjut mengenai influenza, mama papa boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 1 Januari 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dehidrasi atau nama lain kehilangan sumber air dalam badan, kurang dari paras normal yang akan menyebabkan gangguan pada keseimbangan garam galian dan akan menggangu sistem badan manusia lebih bahaya lagi-lagi kepada kanak kanak.
Menurut perkongsian dari Dr Yazeed Hair Johari, banyak punca untuk kanak kanak. Antaranya; 1- Diarhoea – Cirit birit 2- Vomiting – Muntah berlebihan 3- Jangkitan sistem pencernaan 4-Keracunan makanan 5- malnutrisi – Kekurangan pemberian air
Ada beberapa cara mudah bagaimana untuk tahu anak anda mempunyai air yang cukup atau tidak.
1 – Pegang ubun-ubun atas kepala, tempat yang paling lembut . Kalau dia tegang makanya cukup air, Kalau dia mencengkung, mlengkung ke dalam . Memang sah anak ada kekurangan air. Perlu beri susu/ minuman secepat mungkin . 2- Kecut di bahagian mata dan pipi 3- Menangis tak keluar air mata 4- Kering mulut dan lidah 5- Kurang responsif / Kurang aktif 6- Kulit yang kering , Tiada elastisiti.
Jika anak anda ada tanda-tanda di atas, bermakna dia sedang mengalami dehidrasi .
TAHAP DEHIDRASI
Calculate Deficit
1-Mild Dehydration: 3-5% deficit (50 ml/kg deficit, 30 ml/kg if >10 kg)
2-Moderate Dehydration: 6-10% deficit (100 ml/kg deficit, 60 ml/kg if >10 kg)
1- JIKA ANAK ANDA MASIH AKTIF
Anda boleh beri air secukup nya , Periksa tanda-tanda selepas beri minum. Jika tiada perubahan, malah anak anda menjadi lebih lemah . Sila bawa ke hospital .
2 – JIKA ANAK ANDA TIDAK AKTIF
Tak ada kompromi lagi, Bawa ke hospital secepat mungkin, Agak doktor boleh mengganti kehilangan air secepat mungkin melalui IV drip, dengan kiraan dos air yang selamat. Selain itu , doktor akan merawat punca dehidrasi.
Dehidrasi pada kanak kanak dan bayi amat merbahaya perlu dipandang serius kerana nyawa boleh terbang sekelip mata .
Mengurut bayi memang banyak manfaatnya. Selain mengukuhkan ikatan antara bayi dengan ibu, ia juga memberi pelbagai kebaikan dari segi kesihatan dengan membantu melancarkan peredaran darah.
Ada juga pendapat menyatakan urutan boleh mengurangkan jumlah penyakit yang dihidapi bayi dan mengurangkan keperluan untuk berjumpa doktor.
Jika ada masa, ibu boleh jadikan sebagai rutin. Contohnya pagi-pagi lepas mandi urutkan bayi macam ni. Lepas urut bayi akan mudah tidur tau. Tak percaya boleh cuba.
Rutin ini juga akan buat bayi akan selesa, kurang merengek dan boleh elakkannya alami kembung perut.