Seharian sibuk menguruskan tuntutan kerja pasti melelahkan. Apabila pulang ke rumah, biasanya kita hanya mahu berehat. Bagi isteri yang tidak bekerja, pada waktu malamlah mereka mahu mencuri sedikit masa untuk meregangkan segala urat bersimpul dek seharian menguruskan rumahtangga.

IKLAN

Sebagai suami isteri, ambil masa sebelum tidur untuk saling menghargai dan mendengarkan luahan masing-masing. Di dalam penulisan seorang suami, Akhtar Syamir, beliau mencadangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh suami isteri sebelum tidur.

Artikel Menarik: [Selalu Sangat Bergaduh, Suami Isteri Cenderung Jadi Gemuk!]

Amalan Tidur Pasangan Bahagia

Tidur yang nyenyak dan cukup adalah amat penting terutamanya pada suami dan isteri. Di sini saya ingin kongsikan amalan tidur yang membahagiakan.

1. Bersihkan badan. Badan yang bersih akan menambah keselesaan pasangan.

IKLAN

2. Amalkan “Pillow Talk”. Sila baca penulisan saya mengenainya di sini.

3. Jangan masuk tidur dengan keadaan yang tegang. Jika ada masalah atau perselisihan faham, selesaikan sebelum masuk tidur. Amarah sebelum tidur tidak akan lega pada keesokan harinya. Ia akan tetap ada.

4. Amalkan memeluk pasangan. Percayalah akan kepentingan pelukan atau cuddling.

5. Ucapkan selamat malam dan sedikit kata-kata cinta untuk menambah kemanisan dan ketenangan sebelum tidur.

6. Perlu ajar anak tidur asing. Pasangan yang tidak tidur bersama akan mendapat kesan yang negatif. Silakan baca penulisan saya mengenai tidur asing ini.

7. Untuk tambah romantik, si isteri boleh mengenakan pakaian tidur yang menarik.

8. Usaplah rambut dan muka pasangan. Sentuhan dan belaian kecil ini sangat mengasyikkan.

9. Letakkan telefon dan tidurlah bersama.

Artikel Menarik: [Cantiknya Isteri Bukan Pada Rupa, Tetapi Pengorbanan Yang Dibuat Untuk Suami]

10. Tidurlah dengan cadar dan bantal yang empuk, sejuk dan selesa. Saya sendiri guna. Memang nyenyak tidur.

Semoga dengan tips ini dapat membantu pasangan tidur dengan lebih berkualiti dan bahagia.

Kongsikan tips ini buat manfaat semua pasangan.