Selepas hampir setahun menyembunyikan wajah si kecil, akhirnya MK K-Clique membuat kejutan manis apabila mendedahkan wajah anak perempuannya, Aya Rayana.
Paling manis bapa penyayang itu berkongsi wajah comel Aya bersempena sambutan hari lahir ke-29 yang diraikan di atas pentas sebuah konsert di Putrajaya, pada Jumaat lalu.
Menerusi rakaman yang tular di platform TikTok, MK dilihat menggendong Aya Rayana sambil menyapa penonton yang hadir sehingga mendapat sorakan daripada orang ramai.
Rata-rata wajah comel Aya Rayana di puji malah ada juga yang mengatakan raut wajah Aya sama seperti wajah ayahnya dengan mata yang agak sepet dan kecil.
Ads
Si comel Aya Rayana yang kini berusia 11 bulan dilihat cukup tenang dalam dakapan ayahnya yang tersayang.
“Comelnya Aya.”
“MasyaaAllah, Tabarakallah. Comeynyaaa anak dara…. muka ayah dia sgt.”
Ads
“Sebijik bapaknya.”
Semoga si comel Aya Rayana terus membesar dengan sihat dan menceriakan kehidupan ibu dan ayahnya.
Terdahulu MK mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Siti Hajaar pada 16 Jun 2023. Pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung perempuan mereka pada 3 Ogos 2024.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Sufian Suhaimi yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Ujar Sufian menerusi satu temubual, isterinya Rania Al Sadat kini sedang sarat hamil 37 minggu dan hanya menunggu hari untuk menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga mereka.
Kata Sufian, dia dan isteri sudah pun bersedia pada bila-bila masa untuk menanti detik kelahiran anak pertama mereka dengan penuh debaran.
“Ya memang benar saya akan menjadi seorang bapa tidak lama lagi. Selepas ini jangan panggil saya Baby Pian lagi.
“Ketika ini kami sedang menunggu hari sahaja. Usia kandungan pun sudah memasuki 37 minggu.
“Jika tanya pada kawan-kawan pun sudah ada yang melahirkan pada usia kandungan 37 minggu, jadi saya perlu bersedia,” kongsinya.
Akui Sufian lagi, dia amat teruja untuk bergelar bapa malah tidak sabar melihat zuriat pertamanya bersama isteri tercinta. Momen ini disifatkan sebagai satu anugerah yang cukup bermakna dalam hidupnya.
Dia bagaimanapun sudah pun membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab dan amanah dari Allah ini dengan sebaiknya.
“Saya dan isteri sudah pun menyediakan kelengkapan bayi. Pun begitu saya akui sangat berdebar menanti detiknya.
“Sejujurnya saya dan isteri sangat-sangat teruja,” ujarnya lagi.
Berkongsi kisah kehamilan isterinya, Sufian mengakui isterinya sememangnya seorang yang cukup kuat berdepan ujian kehamilan. Sepanjang tempoh ini, kehamilannya berjalan dengan cukup lancar dan dipermudahkan.
“Isteri saya sangat kuat. Dia tiada mengalami sebarang alahan yang ekstrem. Kalau ada pun hanya alahan biasa ketika trimester pertama. Muntah-muntah pun tak kerap.
“Mengidam pun tiada sangat. Kami memang suka food hunting jadi tiada apa yang ketara sangat.
“Isteri saya juga seorang yang cukup aktif. Sebelum Subuh kami akan cuba berjalan sejauh tiga kilometer dan dialah yang banyak push saya,” katanya lagi.
Menjelang hari kelahiran, pasangan ini dilihat sudah melakukan pelbagai persiapan rapi bagi menyambut kelahiran cahata mata sulung mereka. Dari kelengkapan bayi hinggalah persediaan emosi, semuanya diambil serius oleh pasangan ini.
Fasa menunggu ini pastinya menjadi detik paling mendebarkan buat mana-mana bakal ibu dan bapa. Namun bagi Sufian, ia juga merupakan satu perjalanan yang penuh makna dan kenangan.
Dengan sokongan isteri yang kuat serta hubungan yang harmoni, mereka kini hanya menanti masa untuk bertemu cahaya mata pertama mereka.
Semoga segala urusan kelahiran dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Para peminat juga pastinya tidak sabar menantikan berita gembira kelahiran bayi sulung pasangan ini.
Terdahulu, Sufian dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025. Kini, mereka melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan sebagai ibu dan bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon cantik Mona Allen yang juga merupakan isteri kepada pengarah berbakat, Pekin Ibrahim, telah melahirkan bayi lelaki mereka pada 31 Ogos 2022 yang lalu. Setelah berkahwin lebih kurang tiga tahun, penantian mereka untuk menimang cahaya mata terjawab apabila lahirnya Petra Pekin.
Mona sering berkongsi tentang kehidupan baharu sebagai seorang ibu serta perjuangannya untuk menyusukan Petra secara eksklusif. Mengakui perjalanan untuk breastfeeding bukanlah mudah namun Mona tidak pernah berputus asa untuk memastikan bekalan susu untuk bayinya itu sentiasa mencukupi.
Meninjau ke laman Instagram Mona Allen, dia telah memuatnaik beberapa keping foto ketika majlis kesyukuran Petra. Melalui kapsyen Mona memberitahu persediaan untuk majlis itu dibuat pada saat-saat akhir.
Biarpun majlis dirancang last minute, ternyata dekorasi serta busana yang digayakan mereka sekeluarga sangat cantik. Berpakaian serba putih, fesyen minimalis Mona kelihatan anggun dan cantik sekali.
Menerusi ruangan komen, ramai yang turut memuji penampilan Mona yang natural tanpa solekan berlebihan.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Geram sungguh tengok Petra, memang comel betul! Diharapkan Petra membesar dengan sihat dan Mona berjaya menyusukan bayinya secara eksklusif selama dua tahun.
Dengan peningkatan jumlah penumpang semasa musim perayaan, aspek keselamatan penerbangan menjadi keutamaan. Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan kepada semua penumpang mengenai peraturan baharu penggunaan powerbank dalam penerbangan bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.
Bermula 1 April 2025 Hanya Dua Powerbank
Bermula 1 April 2025, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua powerbank dengan kapasiti antara 100 hingga 160Wh. Lebih penting, powerbank mesti sentiasa berada bersama penumpang dan tidak boleh disimpan di dalam beg kabin atau bagasi.
Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, termasuk kebakaran akibat penggunaan powerbank yang tidak terkawal.
Sebelum ini, insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada peranti elektronik telah mendorong syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines melarang penggunaan powerbank dalam penerbangan mereka.
Demi keselamatan diri dan penumpang lain, pastikan anda mematuhi peraturan ini ketika pulang beraya atau bercuti bersama keluarga. Selamat perjalanan dan selamat sampai ke destinasi!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.