
Selepas hampir setahun menyembunyikan wajah si kecil, akhirnya MK K-Clique membuat kejutan manis apabila mendedahkan wajah anak perempuannya, Aya Rayana.
Paling manis bapa penyayang itu berkongsi wajah comel Aya bersempena sambutan hari lahir ke-29 yang diraikan di atas pentas sebuah konsert di Putrajaya, pada Jumaat lalu.
Menerusi rakaman yang tular di platform TikTok, MK dilihat menggendong Aya Rayana sambil menyapa penonton yang hadir sehingga mendapat sorakan daripada orang ramai.
Rata-rata wajah comel Aya Rayana di puji malah ada juga yang mengatakan raut wajah Aya sama seperti wajah ayahnya dengan mata yang agak sepet dan kecil.
Si comel Aya Rayana yang kini berusia 11 bulan dilihat cukup tenang dalam dakapan ayahnya yang tersayang.
“Comelnya Aya.”
“MasyaaAllah, Tabarakallah. Comeynyaaa anak dara…. muka ayah dia sgt.”
“Sebijik bapaknya.”
Semoga si comel Aya Rayana terus membesar dengan sihat dan menceriakan kehidupan ibu dan ayahnya.
Terdahulu MK mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Siti Hajaar pada 16 Jun 2023. Pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung perempuan mereka pada 3 Ogos 2024.