Tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak bukan setakat memberi nafkah makan, minum dan pakaian tetapi lebih dari itu lagi. Berjaya bimbing anak dengan sentiasa menggerakkan hatinya ke arah kebaikan satu bonus besar buat ibu bapa.
Disebabkan itulah, ibu bapa digalakkan untuk melakukan beberapa amalan ini semasa anak tidur bagi merangsang minda separa sedar mereka. Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi anak secara keseluruhannya.
Setiap malam, apabila anak tidur wiridkanlah “Ya Latif” pada ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau sekurang-kurangnya 100x.
Ads
Seterusnya, bacakan surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sekali.
Bisikkan di telinga anak kita dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
Ads
Bisiklah yang baik-baik seperti nasihat, pujian dan luahkan perasaan kasih sayang kita kepada mereka.
Mengikut kajian, percakapan kita kepada anak yang sedang tidur sangat berkesan kepada kesihatan jiwa dan rohnya. Hebatkan! Jadi sama-sama amalkan untuk kebaikan anak kita.
Peliharalah diri anak dengan akhlak yang baik dan sikap terpuji kerana merekalah yang akan mendoakan kita pula selepas ini.
Kadang-kadang kita tak perasan perlakuan anak-anak seperti takut basah kena air, takut pegang ais, geli pegang pasi dan sebagainya merupakan tanda-tanda anak mempunyai masalah sensori.
Jika perkara tersebut ada pada si kecil anda, Dr Redza Zainol berkongsi aktiviti yang sesuai dilakukan bersama anak-anak di rumah terutamanya pada hujung minggu. Aktiviti sebegini bagus untuk merangsang deria sentuhan anak-anak anda. Mudah untuk dilakukan bersama si kecil tersayang.
ikuti perkongsian beliau:
Mak ayah patut risau bila:
– anak takut badan basah kena air
– takut pegang ais
– geli pegang pasir
– tak boleh makan makanan lembik
– takut pakai kasut
– suka nak pakai stokin dalam rumah
– asyik terjatuh dan cedera di rumah.
Boleh jadi ini tanda-tanda anak ada masalah sensori sentuhan.
Mujur ada aktiviti yang mak ayah boleh buat bersama anak supaya deria sentuhan ni sentiasa dirangsang.
Salah satunya ialah Finger Painting atau mewarna menggunakan jari dan tangan.
Sambil ransang deria anak, boleh juga kita perkenalkan warna-warna pada anak.
Anak umur 3 tahun selalunya dah tahu 2 warna.
Umur 4 tahun dah tahu 3 jenis warna.
Umur 5 tahun dah tahu minima 4 warna.
6 TIPS MEWARNA DENGAN JARI ( FINGER PAINTING) DAN RUMAH KEKAL BERSIH
✔️ Pakai baju khas
Boleh pakai apron comel beli kat Daiso atau paling mudah, sarung je T-shirt mak ayah yang dah lusuh.
✔️ Buat aktiviti di luar rumah
Boleh buat di beranda atau porch. Yang penting, BUKAN dalam rumah.
Senang mak ayah nak kemas.
✔️ Alas dengan kertas/kain
Sebelum mulakan aktiviti, alas dengan kain yang lebar atau alas dengan surat khabar banyak-banyak
Dah habis main, boleh terus buang surat khabar tu.
✔️ Letak cat dalam mangkuk yang besar dan berasingan untuk setiap satu warna
Kalau pakai pallet, sekejap je dah terbalik pallet tu. Kalau pakai mangkuk, anak boleh terus celup tangan dalam mangkuk tu.
✔️ Mood mak ayah dan anak yang gembira
Kalau anak tak gembira, bersedialah untuk situasi sepah yang berganda. Boleh jadi adegan budak baling mangkuk cat.
Mak ayah kena berlapang dada sebab ni dikira sebagai “messy play”. Memang akan bersepah ya.
Okay, tips terakhir untuk buat aktiviti ni lagi bermakna.
✔️ Pada kertas lukisan anak, tampal double tape yang tulis nama anak. Lepas aktiviti selesai dan kertas dah kering, cabut tape tu dan akan terpampang nama anak pada lukisan tu.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Sesuai sangat aktiviti ni dibuat pada hujung minggu.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara baru-baru ini, kebanyakan ibu bapa telah mula membawa anak-anak keluar beriadah dan berkelah di kawasan air terjun, pantai, taman rekreasi dan beberapa lokasi lain lagi.
Ini berikutan untuk ‘melepaskan angin’ anak-anak yang dah lama terperap dalam rumah sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, masih ada juga segelintir orang awam memberi pandangan negatif kepada ibu bapa yang membawa anak keluar beriadah dan meninggalkan pelbagai komen.
Bagi mengelakan tanggapan negatif, melalui perkongsian Dr Husna Musa, beliau telah berkongsi aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ketika bawa anak berada di luar. Walaupun berada di luar rumah dan negara akan beralih ke fasa endemik selepas ini, keselamatan dan kesihatan tetap NO 1!
TIPS BERMAIN DI LUAR DENGAN SELAMAT BERSAMA ANAK-ANAK
Menurut Dr Husna, sebagai ibu bapa semuanya nak yang terbaik buat anak-anak. Oleh itu, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan sepanjang melakukan aktiviti luar bagi memastikan keselamatan anak-anak yang belum diberi vaksin.
Secara amnya, semakin dekat anda berinteraksi dengan orang lain & semakin lama interaksi semakin tinggi risiko penyebaran Covid19
Saya tahu sukar bagi semua orang, termasuk kanak-kanak. Mereka perlu keluar & berinteraksi, jadi sebagai ibu bapa kita perlu memastikan bahawa mereka mampu melakukannya dengan cara yang lebih selamat.
Bagaimana kita dapat menurunkan risiko kita terutamanya bahawa anak-anak masih belum diberi vaksin:
Saya ingin mencadangkan laman web ini microcovid.org di mana anda dapat menilai risiko untuk aktiviti tertentu secara objektif dengan juga memasukkan parameter seperti topeng yang digunakan, status vaksinasi, orang yang termasuk & banyak lagi.
Kita perlu dapat membuat keputusan yang tepat & selamat untuk keluarga kita. Varian Delta masih belum merebak disini jadi yang terbaik adalah jaga diri ya!
Tahap risiko aktiviti semasa Covid-19 bersama keluarga
Ini langkah terbaik & selamat ketika bermain di luar
Kongsi Dr Husna lagi, melakukan aktiviti di luar sememangnya lebih kurang risiko penularan Covid19 kerana banyak ruang untuk jarak sosial serta pengudaraan/ventilation yang lebih baik tetapi ingat, tak semestinya tiada risiko langsung. Aktiviti luar boleh berisiko sekiranya langkah pencegahan lain tidak diambil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak. Kita juga mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya supaya mereka tahu, kita sebagai ibu ayah sentiasa ada dengan mereka. Untuk menunjukkan rasa kasih pada anak-anak, ibu ayah sanggup berbuat apa sahaja!
Salah satu cara adalah dengan memenuhi kehendak anak. Kadang-kadang anak tak minta pun, kita yang akan beli. Contohnya mainan. Sampai penuh bakul kita belikan untuk mereka. Sebenarnya, mainan yang banyak bukan saja akan menyebabkan rumah bersepah, tetapi daya fokus anak juga terganggu.
Memetik perkongsian Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist melalui laman Facebooknya, membelikan mainan yang banyak atau berjenama untuk anak bukanlah cara menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Ikuti penerangan beliau ini:
Cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka. Kita cakap “I love you” pun masa ini anak tak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak “beritahu” anak yang kita sayang mereka? ❤
Tak susah pun, mudah sahaja nak menambat hati anak bawah 2 tahun disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud “I love You”, kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.
Masa dimana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau comment di Facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan? Hehe 😅
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak 👏
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak. 😘
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis disamping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Kalau nak anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan 😉
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir, terbukti bayi yang kerap diurut akan keluar hospital cepat berbanding bayi yang tidak diurut. Kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah anak selalu 😍
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun. 👶
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan berkembangan yang baik dari segala aspek.
Selamat “menunjukkan” kasih sayang! ❤❤❤
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah yang mempunyai anak di bawah usia dua tahun tentang bagaimana caranya menunjukkan kasih sayang kepada mereka tanpa memanjakan dengan mainan atau kemewahan yang lain. Hanya keberadaan ibu ayah di sisi anak-anak sambil melakukan aktiviti berkualiti bersama sudah cukup untuk merangsang tumbesaran mereka secara sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...