Fasa anak membesar sangat cepat. Dari sehari ke sehari sedar-sedar anak sudah besar. Dari pandai senyum, tahu-tahu dah boleh berjalan dan berlari.
Biasanya usia 6 bulan ke atas, anak mula untuk meneroka sesuatu yang baru. Tempoh ini ibu bapa perlu siapkan mental dan fizikal kerana anak makin lasak.
Bukan itu saja, gambar dan video kenangan anak-anak juga akan menjadi kenangan untuk tatapan pada masa akan datang.
Seperti perkongsian pelakon dan usahawan, Fizo Omar di instagramnya, dia berkongsi mengenai gelagat anak perempuan keduanya iaitu Wan Khaleeda yang kini berusia enam bulan.
Ads
Dalam video yang dimuat naik itu, gelagat comel Khaleeda sedang menghisap jari bayi lelaki di sebelahnya sangat mencuit hati.
Reaksi Khaleeda ketika menghisap jari bayi lelaki yang dipanggil Noh itu seolah-olah Khaleeda menghisap jarinya sendiri. Bersungguh-sungguh sekali dia menghisap jari tersebut walaupun ditegur daddynya.
“Sekali sekala Khaleeda tukar selera,” tulis Fizo di ruangan kapsyen.
Ads
Apa yang menarik perhatian, Noh seolah-olah reda dengan tindakan Khaleeda dan membiarkan Khaleeda mengulum jarinya.
Bukan itu saja, setelah beberapa minit anak dara Fizo menghisap jari Noh, barulah bunyi tangisan Noh. Namun reaksi Khaleeda yang tergelak bila mendengar Noh menangis buat ramai yang geram.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat anak kepada pasangan Fizo Omar dan Fazeera Nazri.
Kalau orang tak tahu, mesti orang akan kata macam kakak dengan adik. Itu situasi yang dilalui oleh Noriza Tul Akma Abdullah, ibu kepada tujuh cahaya mata yang penampilannya nampak macam seperti belum berkahwin.
Menerusi laporan Metro, wanita berusia 32 tahun itu sudah memiliki tujuh cahaya mata dengan seorang daripadanya meninggal dunia ketika kandungan berusia empat bulan.
Berkahwin ketika usia 16 tahun
Ia hasil perkahwinannya dengan suami, Muhamad Izzhar Abdullah, 34, pada 2006 iaitu ketika dia berusia 16 tahun.
Ditakdirkan, wanita mesra disapa Akma itu dikurniakan rezeki awal apabila menimang cahaya mata sulung setahun selepas berkahwin sekali gus menjadikannya ibu pada usia muda.
“Saya berkahwin dengan kerelaan sendiri, bukan atas paksaan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.
“Kiranya, saya dan suami memang nak menghalalkan hubungan kami dengan perkahwinan.
“Tempoh lima tahun pada awal perkahwinan agak sukar juga kerana usia belum matang malah pernah juga catu makan tetapi semakin biasa menyesuaikan dengan keadaan selepas melahirkan anak kedua,” katanya.
Banyak membaca buku bab penjagaan anak
Menurut Akma, selain merujuk dengan ibu bapa, dia banyak membaca buku berkaitan penjagaan bayi untuk menambah pengetahuan.
Katanya, pengetahuan diperoleh itu cuba diaplikasikan mengikut keadaan setiap seorang anaknya.
“Kalau pergi kedai buku, saya memang suka cari buku berkaitan penjagaan anak.
“Dari situ, saya belajar walaupun realitinya tidak sama dan lebih mencabar,” katanya.
Ramai ingat saya anak sulung bawa adik
Setiap kali keluar bersama anak, Akma tidak menafikan ada yang menyangka dia anak sulung dan berjalan-jalan membawa adik.
Akma berkata, ada juga individu yang cuba ‘mengayatnya’ kerana beranggapan dia belum berkahwin.
“Hakikatnya, saya sudah berkahwin dan ibu kepada tujuh cahaya mata dengan yang sulung berusia 15 tahun dan bongsu dua tahun manakala anak syurga saya, Muhamad sudah meninggal dunia kerana jantung berhenti semasa dalam kandungan.
“Saya tidak layan dan anggap ia sekadar usikan daripada mereka yang tidak kenal kerana orang terdekat tahu saya sudah berkahwin,” katanya.
Berhubung kisahnya yang tular selepas memuat naik video di TikTok, Akma berkata, dia sekadar berkongsi untuk suka-suka saja dan tiada niat mencari perhatian.
“Saya muat naik video itu kelmarin (Jumaat) dan tak sangka ramai yang menonton. Alhamdulillah, banyak komen positif dan terima kasih saya ucapkan kepada yang mendoakan namun ada juga menuduh video itu hanya rekaan serta sekadar bahan (content).
“Saya tidak ambil kisah komen negatif dan terima saja dengan lapang dada.
“Apa yang pasti, saya doakan mereka belum ada cahaya mata atau sedang berusaha dikurniakan rezeki anak oleh Allah.
“Bagi yang ada perancangan kahwin awal pula, saya nasihatkan jangan terburu-buru melainkan sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
“Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi,” katanya yang mencari rezeki menerusi perniagaan dalam talian.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Sejak kebelakangan ini, mainan lato-lato antara yang menjadi trend dalam kalangan kanak-kanak. Mainan yang mempunyai dua bola pemberat ini dikatakan boleh mendatangkan kecederaan jika tak dikendalikan dengan baik.
Mungkin bagi kanak-kanak kecil risikonya agak tinggi jika tidak dipantau oleh orang dewasa. Namun dari segi kebaikannya pula, ia ada kebaikan kerana boleh meningkatkan koordinasi tangan.
Dari sebuah mainan bertukar tragedi. Betullah bila anak yang tiba-tiba diam, baik pergi tengok cepat-cepat. Mulanya tak perasan pun di lehernya, tapi hatiku tetap tak sedap, muka Ayaan diam, tenang-tenang dan yang peliknya jari dia cuba macam tarik sesuatu di leher.
Lepas tu dia geleng-geleng kepala, kakaknya semua sibuk dengan buku cerita masing-masing. Terus suruh kakak tengok adik, kenapa..
Tiba-tiba kakak menjerit seolah berada dalam keadaan panik dan terus panggil “maaaamaaaa tali tersangkut di leher Ayaan”. Kelam kabut kakak cari gunting, boleh mainan ni terbelit tali di leher anak. Aku cuba buka tali tu, punyalah sukar sebab berbelit.
Masa ni perasaan bercampur baur. Lambat kakaknya cari gunting, nasib aku ingat pengetip kuku di kunci kereta. Aku potong jaaaaa, terussssss aku buang mainan tu. Andai kata aku masih sibuk di dapur, kemas semua stok, entahlah apa jadi.
Lepas kejadian itu, kakak yang masih terkejut terus peluk adik-adiknya. Ini anakku yang paling bongsu dan hanya satu-satunya anak lelaki. CUMA NAK PESAN, SIMPAN TEMPAT TINGGI,DAN JAUHKANN DARI ANAK KECIL.SALAH SAYA!
Kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak merupakan antara asas penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ia membantu anak membina kekuatan fizikal, koordinasi pergerakan serta keyakinan...