Sedapnya Biskut Swiss Tart Nutella, Inti Penuh & Padat Kacang Hazel, Patutlah Viral!

Share

Aroma biskut raya yang wangi pastinya membuatkan anak-anak tidak sabar menunggu untuk mencuba ketika berbuka puasa. Gabungan biskut rangup dengan nutella dan kacang hazel pasti buat anak-anak tak cukup makan satu.

Resipi air tangan cikgu Azlina Ina, seperti yang dicuba oleh Pn Liza Idris ini mama wajib cuba. Anak-anak pasti suka!

 


MasyaAllah sedap biskut Swiss Tart Nutella by Azlina Ina. Guna cara manual je.

Bahan-bahan:-
500gm buttercup
150gm gula icing
380gm tepung gandum
310gm tepung jagung
50gm susu tepung (saya guna everday)
1 penutup esen vanila
1/2 cawan coklat rice
Kacang hazel (bakar separuh masak)
Nutella

Buttercup, gula icing dan esen vanila gaul sebati.

Masuk susu tepung. Gaul lagi.

Masuk tepung jagung sedikit demi sedikit, juga gaul sebati, diikuti tepung gandum.

Bila adunan tak melekat di jari, masuk pula coklat rice.

Gaul sampai jadi macam ni.

Ni acuan yang disarankan oleh Kak Ina. Kod 864. Piping bag tu saya beli di kedai Eco untuk piping nutella je.

Lebih kurang macam biskut samprit. Kena tekan manual. Kebas jugalah jari ni. Tekan sikit di bahagian tengah dan letak nutella.

Hias dengan kacang hazel atas nutella. Dah boleh bakar. Mengikut resepi asal, bakar selama 20 minit 170°c. Oven saya pula, bakar selama 15 minit 160°c.

Dah siap!

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN