Sedapnya Jagung Lemak Manis Ala Pasar Malam, Tanpa Kukus Pun Sedap, Habis Licin!

Share

Kalau berkunjung ke Pasar Malam, tak sah tanpa membeli jagung rebus lemak sebagai bekalan ke rumah. Apa kata kali ini kita cuba sediakan sendiri di rumah bersama anak-anak. Paling menarik, tak perlu kukus pun.

Tak perlu kukus sebaliknya ikut cara yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini pun Jagung Lemak Manis jadi cukup umphh. Jom cuba!


Jagung cawan lemak manis ala pasar malam Tanpa Kukus. Zie pakai jagung Sweet corn daily fresh je. Rasa segar berbiji dan tak kering.

Bahan-bahan:
1 paket jagung frozen jenama Dailly fresh
1 tin krimer pekat manis SAJI
3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
Sedikit air
Sedikit susu pekat dan cheese
Garam secukup rasa

Masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air sukatan. Anggaran setengah dari jagung.

Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.

Akhir sekali masuk susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai.

Masukkan garam dan marjerin secukup rasa.

Kalau suka Cheese, boleh parut cheddar cheese atasnya.


Siap!

Menarik: Resipi Crab Rangoon Creamy Hijau Ala Thai, Paling Simple Tapi Padu

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN