Sedapnya Kentang Goreng Dengan Daging Cincang Ala-Ala K Fry, Buat Sendiri Puas Makan!

Share

Menonton di hujung minggu pasti lebih meriah dengan sajian makanan yang enak. Bosan dengan kentang goreng biasa, apa kata kita oleh kentang goreng dengan daging cincang ala-ala restoran K Fry pula. Rupanya nak menyediakannya cukuplah mudah. Malah kentang lebih sedap daripada biasa.

Resipi ringkas tapi terlajak sedap yang dikongsikan oleh MasAyu Legacy ini terlajak sedap. Nak buat pun cukup mudah. Jom cuba. Anak-anak pasti makan berebut-rebut.

 


Semalam pergi Kfry IOI Mall, tak puas makan fries dia. Malam ni kita buat sendiri, sebeban boleh makan. Korang mesti try okay, sedap nak matiii. Resepi kat gambar tau, senang ya amat.

Ini bahan kalau tak ada..tak kan jadi. Mayonis, Lemon dan Madu.

Daun bawang hiris, bawang besar hiris. Daging cincang tapi cari tadi tak jumpa so ummi gantikan dengan daging begerrr.

Yang ini wajib ada. Kentang frozen.

Goreng daging sekejap.. then buang minyak. Hancur-gancurkan daging beger tu. Siap.

Goreng kentang.

Bahan sos pula, mayonis + madu + lemon. Korang boleh ikut cita rasa korang nak paras mana. Ummi suka rasa dia yang tajam..cukup-cukup enak kat tekak. Gaul bagi rata.

Kentang dah siap goreng. Letak adunan mayonis tadi, jangan habiskan adunan tu sat lagi nak guna gaul daging pula.

Tabur bawang dadu. Tabir daun bawang.

Daging gaul dengan lebihan mayonis tadi. Gaul sekali bawang dan daun bawang.

Tabur atas kentang. Taraaaa..siaaaap.

IKLAN