Kuih tradisional antara kuih yang dicari-cari sepanjang Ramadan ini. Kuih Telaga Emas ini tidak kurang hebatnya. Teksturnya lembut, berlemak dan cukup manis kala suapan pertama ke mulut.
Resipi hebat Farisha Sofea ini amat mudah untuk dicuba. Anak-anak pasti suka kerana saiznya yang comel ditambah dengan kelembutan dan rasa manisnya. Jangan lupa masukkan senarai menu untuk berbuka esok hari. Jom cuba!
Tekstur kek gula hangus perlulah kenyal. Warnanya yang agak gelap seperti hitam keemasan yang membuka selera dan tak berkelip mata memandang. Namanya digelar kek sarang semut kerana jaluran halus yang menjalar serta lubang-lubang kecil seakan sarang semut.
Kek gula hangus ini sangat sesuai dimakan sebagai dessert, ataupun untuk menjamu tetamu, ataupun untuk anda bawa sebagai sajian ke rumah sedara. Bentuknya yang unik dan tekstur yang kenyal sangat digemari. Aroma harum kek ini sangat merangsang selera. Sekali mencubanya anda dipastikan ingin memakannya lagi dan lagi.
Resipi kek sarang semut (tak perlu perap)
Bahan-Bahan;
-1 cawan gula
-1 cawan air panas
-2 sudu besar butter
-4 bj telur
-1/2 cawan susu pekat
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu makan soda bikarbonat
Cara Penyediaan;
-Masak gula sampai keperangan (nak buat gula hangus)
-Masuk air panas sikit-sikit sampai sebati
-Masuk butter kacau sampai sebati …tutup api
-Pukul telur dengan susu (pukul biasa je dengan sudu)
-Masukkan tepung & soda bikarbonat kacau sebati
-Masukkan gula hangus ..(panas2)
-Sapu butter n tabur kan sikit tepung pada periuk ( bagi tak melekat)
P/s saya guna loyang 5′
Suhu 160°/25min (suhu ikut air fryer masing-masing)
Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangan kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.
Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak dah masuk umur 7 bulan, anak dah bersedia untuk makan makanan jejari ataupun finger food. Tambah pula si manja nak tumbuh gigi jadi apa kata mama buatkan teething biscuit untuk anak. Ikuti resipi mudah ini, hanya guna 4 bahan sahaja.
Disebabkan kurma masih banyak masa Ramadan bawak ke Syawal, sampai habis Syawal,🤣 maka terjadilah teething biscuit 🍪 Masa Aysar 8m, dia belum ada gigi lagi, biskut ni cair di mulut taw.
4 bahan je… siap!
*Resipi Teething Biskut 7-8months+*
👉Tepung tanpa peluntur 1 cawan (Nor pakai Faiza)
👉Tepung jagung (1/2 cawan)
👉Kurma (steam dan blend dulu bagi halus) (10-15 biji)
👉 unsalted butter separuh (Nor pakai anchor)
Cara-cara;
Mix je semua bahan satu persatu. Tepung gandum,tepung jagung dan butter. (Uli macam nak buat kuih raya tu)
tips: Kurma kena steam ,then blend dulu bagi lembut. Kalau tak, jadi keras,melekat dan tekstur agak kasar.
😚 Kalau tak blend, sanggup ke korang hancurkan pakai jaru jemari halus u olls? hew hew
😚👉BAKAR SUHU 150• , 10-15 minit
kita yang dewasa pon boleh try, tak yah kunyah pakai gigi.. lembut sangat.. hew hew.. 😚
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu ringkas tapi sedap sudah semestinya dicari oleh kita para ibu. Mana tidaknya dengan hanya bahan ringkas dan masa memasak yang mudah pastinya dapat jimatkan masa ibu.
Ayam panggang atau ayam bakar sememangnya disukai seisi keluarga. Bukan sahaja anak, mak ayah pun sama-sama gemarkannya. Nak cuba menu ringkas tapi ayam yang berjus? Jom cuba resipi superb perkongsian Munira Ali. Tak hairanlah dapat perkongsian sampai 11K. Memang sedap!
Ayam bakar air fryer. Sedap sampai menjilat jari..hihi.
Bahan-bahan:
Sos tiram 3 sudu
Sos cili 3 sudu
Bawang putih 4 ulas
Halia
Rempah kari 1 sudu
Madu 3 sudu
Minyak masak 2 sudu
Serbuk lada hitam setengah sudu
Kicap 2 sudu
Secukup rasa ½ sudu
Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
Masukkan secukup rasa. Lepas tu masukkan bahan-bahan lain di atas. Perap lagi lama lagi sedap.
Saya kelar-kelar sikit ayam tu.
180’c bakar 20 minit, lepas tu balikkan bakar 15 minit lagi. Lepas tu saya terbalikkan lagi bakar dalam 5 minit, ikut saiz besar ayam.
Air yang bawah tapis air fryer tu boleh siram atas ayam bila dah masak. Lagi nampak juice.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.