Hujung minggu yang panjang perlu diisi dengan pelbagai aktiviti. Bila beraktiviti, makanan perlu ada untuk meredakan perut yang kelaparan. Sajian minum petang dihujung minggu tak perlulah terlalu berat, cukup yang mudah tapi anak suka.

Salah satu resipi yang cukup digemari anak-anak kita adalah Cucur Labu. Rasanya yang manis, lembut dan gebu buat anak senang nak jamah. Lagi-lagi kalau ketika panas. Bukan anak sahaja, mak ayah pun suka. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini.

Sedapnya Lembut & Gebu, Cucur Labu Gluten Free Untuk Minum Petang, Anak-Anak Makan Berebut!

Biasa beli labu. Lepas tu bakinya tak tahu nak masak apa. Di hari yang indah ini. Izinkan Kak Mai share satu resepi mudah dan simpel.

Sesuai dijadikan kudapan anak-anak dan seisi keluarga. Hanya guna 3 bahan utama untuk hasilkan cucur labu gluten free.

Labu seperti yang kita tahu. Sangat kaya dengan khasiat semulajadinya. Tinggi kandungan serat, zat besi, kalsium, ada vitamin A dan C. Boleh dikatakan kawan baik kepada usus kita. Bantu sistem penghadaman berjalan dengan sempurna.

IKLAN

Sedapnya Lembut & Gebu, Cucur Labu Gluten Free Untuk Minum Petang, Anak-Anak Makan Berebut!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan Cucur Labu Gluten Free.

Labu (suku sahaja dari saiz asal)
1 1/2 cawan Tepung beras (nak guna jenama apa terpulang. Yang penting halal)
Sedikit garam
*Anak usia 2 tahun ke bawah, jangan letak garam.

IKLAN

Ayuh kita ke dapur.

Sedapnya Lembut & Gebu, Cucur Labu Gluten Free Untuk Minum Petang, Anak-Anak Makan Berebut!Labu dibuang kulitnya. Kukus atau rebus dahulu. Kalau nak rebus air jangan terlampau banyak. Hanya separuh dari jumlah asal labu. Dah empuk direbus. Tapis seperti gambar. Air letak dulu ketepi. Andai perlu guna. Kita guna. Tapi Kak Mai tak guna pun sebab labu tu dah sediakala berair.

Sedapnya Lembut & Gebu, Cucur Labu Gluten Free Untuk Minum Petang, Anak-Anak Makan Berebut!Lenyekkan semua labu yang ada. Lenyek dengan penuh kasih sayang. Bacakan doa agar ahli keluarga yang makan. Terima khasiat dari labu tadi.

IKLAN

Sedapnya Lembut & Gebu, Cucur Labu Gluten Free Untuk Minum Petang, Anak-Anak Makan Berebut!Masukkan tepung beras. Guna saja cap apa yang kau orang suka. Sukatan 1 hingga 2 cawan. Masukkan sedikit demi sedikit. Agak dah kental bancuhan. Tak perlu letak dah tepung. Bancuhan memang agak lembik. Tak perlu banyak sangat tepung. Nanti time goreng elok saja.

Garam letak ikut selera masing-masing. Ingat ya anak-anak umur bawah 2 TAHUN DILARANG LETAK GARAM ATAU GULA kat dalam masakkan mereka.

Sedapnya Lembut & Gebu, Cucur Labu Gluten Free Untuk Minum Petang, Anak-Anak Makan Berebut!

Sudah tiba masa untuk menggoreng. Kak Mai suka goreng dalam periuk begitu. Sebab nanti bila dah masak. Mereka akan timbul beramai-ramai. Mudah bukan? Abaikan wajah periuk mahal yang ‘cantik’ sangat itu.

Sedapnya Lembut & Gebu, Cucur Labu Gluten Free Untuk Minum Petang, Anak-Anak Makan Berebut!Tadaaaa. Sedap tau wak. Rasa manis berlemak dari labu. Wuhuuu. Nah close up bahagian dalam.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI