Tanggal 18 Oktober lalu, penyanyi Fara Hezel yang juga kakak kepada Aiman Tino telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya. Kelahiran cahaya mata sulung yang sememangnya dinantikan keluarga ini.
Menerusi satu entri di instagram miliknya semalam, Fara Hazel telah pun mendedahkan nama buat putera sulungnya.
Farah dan suami sepakat memilih nama cukup indah buat anak sulung mereka, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin. Nama dengan makna yang cukup indah dan sempurna.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 18/10/2020 jam 6.05am.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan putera sulung kami. Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin,” tulisnya.
Bukan hanya berkongsi nama, bahkan Fara juga turut berkongsi gambar si comel Tengku Muhammad Aisy selepas 10 hari kelahirannya. Semoga teruslah menjadi pelengkap bahagia buat ibu dan ayah.
“Handsomenya Baby Muhammad”
Dalam pada itu, para pengikut Fara di instagram turut memuji nama indah itu. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
Ads
“Tahniah.. Comelnya baby & nama lawa”
“Hensemnya baby Muhammad. Assalamualaikum baby”
“Tahniah farahhh!!!! Comelnya baby & nama diaaaaa fuhhhhhh! Sedap gila. Semoga jadi anak yang baik ya baby”
Terdahulu, Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
Sebagai ibu bapa, kita pasti akan menyediakan ubat di rumah untuk kegunaan anak-anak ketika demam, batuk atau selesema. Namun, tahukah anda bahawa cara penyimpanan ubat yang tidak betul boleh menyebabkan keberkesanannya berkurangan dan dalam sesetengah keadaan boleh membahayakan kesihatan anak?
Menurut Dr Redza Zainol, ubat perlu disimpan mengikut suhu dan tempat yang sesuai bagi memastikan kualitinya terpelihara sehingga tarikh luput. Justeru, ibu ayah perlu memahami kaedah penyimpanan yang betul agar ubat sentiasa berada dalam keadaan terbaik apabila diperlukan.
Ramai yang gemar meninggalkan ubat di dalam kereta untuk kegunaan kecemasan. Hakikatnya, suhu dalam kereta yang diparkir boleh menjadi sangat tinggi terutama pada waktu siang.
Pendedahan kepada haba yang melampau boleh merosakkan kandungan ubat dan menyebabkan keberkesanannya berkurangan. Oleh itu, elakkan menyimpan ubat dalam kereta untuk tempoh yang lama walaupun ia hanya ditinggalkan beberapa jam.
Jika perlu membawa ubat ketika perjalanan jauh, pastikan ia disimpan dalam bekas yang sesuai dan dibawa keluar daripada kenderaan sebaik sahaja tiba di destinasi.
Ada sesetengah ibu bapa yang memindahkan ubat ke dalam satu bekas bagi menjimatkan ruang. Tindakan ini sebenarnya tidak digalakkan.
Mencampurkan ubat yang berbeza dalam satu bekas boleh menyebabkan kekeliruan ketika ingin menggunakannya. Risiko mengambil ubat yang salah atau dos yang tidak tepat juga boleh berlaku.
Sebaiknya, simpan setiap ubat dalam bekas asal yang mempunyai label lengkap bagi memudahkan pengecaman. Label tersebut mengandungi maklumat penting seperti nama ubat, dos, tarikh luput dan arahan penggunaan.
Lokasi penyimpanan ubat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilannya. Persekitaran yang tidak sesuai boleh mempercepatkan kerosakan kandungan aktif ubat.
Jangan simpan ubat di kawasan yang:
Persekitaran yang panas dan lembap boleh mempercepatkan kerosakan ubat serta menjejaskan kandungan aktif di dalamnya. Oleh sebab itu, memilih lokasi yang sesuai adalah langkah penting dalam usaha simpan ubat anak dengan betul.
Ramai beranggapan semua ubat lebih baik disimpan dalam peti sejuk. Sebenarnya, tidak semua ubat memerlukan suhu sejuk.
Menyimpan ubat di dalam peti sejuk tanpa arahan yang betul boleh menyebabkan struktur dan kandungannya berubah. Oleh itu, sentiasa rujuk label atau arahan doktor dan ahli farmasi sebelum menyimpan ubat.
Setiap produk farmaseutikal mempunyai keperluan penyimpanan tersendiri. Mengabaikan arahan ini boleh mengurangkan keberkesanan rawatan yang diberikan kepada anak.
Sesetengah ubat perlu disimpan di ruang tengah peti sejuk dengan suhu antara 2°C hingga 8°C.
Antara contoh ubat yang memerlukan penyimpanan ini ialah:
Elakkan menyimpannya di bahagian pembeku kerana suhu terlalu rendah boleh merosakkan ubat.
Bagi ubat yang memerlukan suhu lebih dingin tetapi tidak perlu disejukkan dalam peti sejuk, ia boleh disimpan di bilik berhawa dingin.
Contohnya:
Kebanyakan ubat yang biasa digunakan di rumah boleh disimpan pada suhu bilik.
Antaranya:
Pastikan ubat disimpan di tempat yang kering, tidak terdedah kepada haba dan jauh daripada capaian kanak-kanak. Ini merupakan antara langkah asas untuk simpan ubat anak secara selamat.
Selain memastikan ubat disimpan dengan betul, ibu ayah juga perlu memastikan semua ubat berada di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak-anak. Simpan di dalam kabinet berkunci atau rak yang tinggi bagi mengelakkan risiko tertelan secara tidak sengaja.
Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai sifat ingin tahu. Botol ubat yang berwarna-warni atau mempunyai bentuk menarik boleh menyebabkan mereka menyangka ia adalah makanan atau gula-gula. Oleh itu, langkah keselamatan tambahan amat penting.
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, ibu ayah dapat simpan ubat anak dengan lebih teratur dan mengurangkan risiko kesilapan ketika pemberian ubat.
Penyimpanan ubat yang betul bukan sahaja membantu mengekalkan keberkesanannya, malah dapat mengelakkan risiko kesihatan yang tidak diingini. Memahami suhu penyimpanan, mengelakkan kawasan panas dan lembap serta memastikan ubat disimpan dalam bekas asal merupakan langkah yang sangat penting.
Jadi, luangkan sedikit masa untuk memeriksa semula tempat simpanan ubat di rumah anda hari ini. Amalan simpan ubat anak dengan cara yang betul mampu membantu memastikan keselamatan dan kesihatan keluarga sentiasa terpelihara.
Setelah 44 hari berpantang dan menahan diri dari melakukan pelbagai aktiviti serta berpantang makan, penutup pantang adalah saat yang dinantikan oleh semua wanita selepas melahirkan. Datin Niena Baharun tidak terkecuali.
Rupanya inilah yang ditunggu-tunggu olehnya. Katanya proses penutup pantang paling istimewa berbanding pantang biasa selepas bersalin.
Niena berkongsi rasa itu melalui satu entri di instagramnya.
MERDEKA!
“Bila tengah berpantang, yang paling Niena tak sabar nak buat adalah penutup pantang. Sebab yang ni special sikit dari pantang yang biasa.
“Special tu dari segi rawatan, cth selain urut, tungku, scrub ada tambahan seperti tangas kering, ungkup wangi, mandi susu, mandi garam dan mandi bunga!
“Yang ni kalau nak buat semua ambik masa dalam 3 hari. But, if buat tangas kering & mandi bunga saja pun dah ok!
“Orang tua-tua dulu cakap, penutup pantang ni untuk mengelak angin cepat masuk ke dalam badan selepas bersalin, dapat menaikkan lagi seri wajah ibu, dapat mengembalikan keyakinan/tenaga ibu seperti sediakala dan dapat merawat aura negatif ibu selama berpantang (stress/penat/sakit badan),” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua anak ini juga turut berterima kasih kepada insan-insan yang menjaga dan menguruskan dirinya dengan baik sepanjang tempoh berpantang itu.
“So, alhamdulillah selesai sudah penutup pantang bersama @fazrina_postnatalcare . Terima kasih buat CL saya kak @watiarbaa & kak Emy yang bertungkus lumus menyiapkan penutup pantang, siap ada nama lagi. Cantik kan?
Terdahulu, Niena selamat melahirkan bayi keduanya pada 24 Oktober lalu.
Niena mendirikan rumah tangga bersama suaminya, ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini genap usia dua tahun.
Setiap rumah mesti ada satu “zon misteri” atau tempat simpan barang-barang yang dah bertahun tak disentuh tapi tetap juga tak dibuang. Katanya, nanti boleh guna tetapi hakikatnya tersadai bertahun-tahun lamanya.
Mak-mak memang ada satu kuasa istimewa iaitu kuasa menyimpan. Tapi kadang-kadang kuasa itu boleh jadi beban bukan saja pada ruang, tapi juga pada minda. Ubat dah habis tarikh, kabel entah untuk apa, bekas plastik tanpa penutup, semua masih ada dalam koleksi.
Perkongsian Public Health Malaysia ini patut mak-mak ambil perhatian demi kesihatan berpanjang sekeluarga. Jom intai apa barang yang wajib dibuang. Jangan simpan!
Cuba tengok sekeliling rumah hari ini. Mungkin dah tiba masa untuk ‘move on’ dari barang-barang lama yang dah tak beri nilai pada kehidupan kita.
2. Wayar dan kabel lama
• Tak tahu kabel apa, tapi simpan “mana tahu nanti perlu.”
3. Ubat tamat tempoh
• Disimpan dalam peti atau laci kecemasan, padahal dah tak selamat digunakan.
4. Pakaian yang dah lama tak muat
• Harapan untuk “kurus semula,” tapi dah bertahun tak dipakai.
5. Majalah dan surat khabar lama
• Nak baca semula kononnya, tapi akhirnya jadi tempat lipas bersarang.
6. Bekas plastik tanpa penutup
• Tupperware yatim piatu yang tak matching dah, tapi sayang nak buang sebab “elok lagi.”
7. Barang elektrik rosak
• Blender, kipas, toaster semua “nak hantar repair,” tapi dah 3 tahun tunggu.
Rumah yang lapang, jiwa pun tenang. Beranikan diri untuk buang, sedekah, atau kitar semula. Dah tiba masa kita buang semua, demi rumah yang lebih lapang dan kepala yang lebih tenang.
Sebelum mengosongkan rumah, bahagikan barang kepada beberapa kategori seperti masih digunakan, boleh disedekahkan, boleh dikitar semula dan perlu dilupuskan dengan cara khas.
Langkah ini dapat mengelakkan barang yang masih elok daripada dibuang, selain memastikan bahan toksik dan sisa elektronik tidak dicampurkan bersama sampah biasa.
Rumah yang lapang boleh membantu fikiran terasa lebih tenang. Beranikan diri untuk membuang, menyedekahkan atau mengitar semula barang yang sudah tidak diperlukan.
Namun, bagi ubat, bateri, racun, bahan kimia dan barangan elektronik, jangan buang sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan berbahaya. Lupuskan dengan cara yang betul demi keselamatan keluarga dan alam sekitar.
Dah tiba masanya kita lepaskan barang lama demi rumah yang lebih selamat, lapang dan menenangkan.
Anak akan dapat akaun Simpan SSPN bernilai RM30, goodies istimewa dan sijil penyertaan. Sambil bermain, dapat hadiah! Daftarkan anak segera di: https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.