Sedapnya Samperit Matahari Ni, Mudah Nak Sedia & Confirm Sedap!

Share

Apa agaknya biskut raya yang bakal disajikan untuk anak-anak menjelang raya kali ini? Musim PKP yang panjang ini ada baiknya ibu meneroka pelbagai resipi baru dan kreatif untuk meriahkan raya bersama anak-anak.

Samperit Matahari Melting, air tangan cikgu masakan popular di media sosial, Azlina Ina Fans ini cukup menguji minda. Kejadian samperitnya cukup membuatkan kita terliur. Warna dan rasa cukup padu. Jom cuba!

Resipi wajib cuba:

Biasa bagi resepi semperit susu tapi masalah dia semperit susu ni manja dan kerap layu kalau tak pandai adun. So malam tadi mak terfikir untuk cipta semperit yang tahan lasak dan gerenti jadi untuk anak.

Semperit Matahari Melting

Bahan-bahan:
250g butter / majerin
1 cawan susu pekat
1 biji kuning telur
Harus di ingat semperit ni tak gunakan sebarang esen vanila sebab bau custard dan tepung jagung tu dah wangi asli dan mak tak guna pewarna sebab warna custard dah cantik.

1 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu tepung (yang ni pilihan nak sedap letak tak nak pun tak apa)
2 cawan tepung custard
2 cawan tepung gandum (letak sikit-sikit ikut selesa doh korang nak tekan)


Satukan butter, telur dengan susu pekat. Kacau sebati guna senduk.

Tambah tepung jagung dan kacau lagi.

Campurkan 1/2 cawan susu tepung dan 2 cawan tepung custard. Kacau sebati.

Ok time ni uli pakai tangan je, bila dah start tambah tepung gandum, sambil tambah sambil uli sikit.

Cara uli kaup balik dan lenyek pakai belakang tangan. Korang kaup pakai ujung jari, lepas tu lenyek dia pakai belakang jari macam tu. Ulang-ulang dengan last 2 cawan tepung tadi ye. Ikut keselesaan tangan koranglah, kadang ada yang guna habis tepung tu ada kurang sebab ikut selesa kelembutan doh korang.

Last mesti licin macam ni. Selagi belum gini, maknanya doh korang belum cantik.

Ok ni lah acuan semperit pecah 15. Korang nak guna pecah berapa tak kisah jangan pecah kaca pecah gelas sudah.

Tekan sampai habis satu dulang. Sebelum tu dulang sapu butter ya.

Hiasan ikut korang nak letak ceri ke, anggur ke, coklat chips ke, nak letak kacang hijau ke ikut memasing.

Set oven 160 masa membakar 25 hingga 30 minit api atas bawah.

Ok ni selepas bakar. Tak tau beza dah bakar belum kan sebab dia memang kukuh gila tapi bila gigit melting weh sedap.

 

Satu bekas ni 30 pieces mak jual RM30 sebab guna pure butter. Korang nak jual RM15-20 pun boleh kalau guna majerin. Ok selamat menjadi!

IKLAN