Bila anak semakin membesar ni, banyak betul kerenah dia. Ada saja benda dia buat yang mencuit hati kita. Seronok bila dapat lihat sendiri anak membesar depan mata apatah lagi bila kita dapat rakamkan momen indah itu.
Salah seorang anak selebriti yang sering menjadi tumpuan adalah Talita. Anak perempuan kepada pasangan Raja Ilya dan Trent Garret ini selalu menarik perhatian ramai dengan gelagatnya yang comel.
Terbaharu, Raja Ilya berkongsi video Talita sedang makan. Yang mencuri perhatian adalah apaila dia bermain dan mencuba untuk menyembunyikan biskut di celahan sofa.
Biarpun selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi di rumah, tetapi Raja Ilya tetap mengajarkan Bahasa Melayu kepada anaknya itu.
Antara komen yang ada;
Ads
Ads
Di dalam video tersebut, Raja Ilya sempat menegur perbuatan Talita dan meminta anaknya duduk ketika makan. Wajah Talita ketika itu kelihatan selamba seolah-olah memahami apa yang dikatakan oleh ibunya.
Sumber foto: Instagram Raja Ilya
Comel sungguh Talita, memang anak yang cerdik dan banyak akalnya. Memang geram tengok gelagat Talita, dia nampak seperti anak yang mudah dijaga dan happy go lucky! Semoga Talita terus membesar dengan sihat dan akan membanggakan kedua orang tuanya.
Bila bayi kita disahkan underweight atau berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan, kita tentu akan berusaha menaikkan berat badannya. Ikuti 7 tip daripada pegawai dietetik ini.
Amar berumur 12 bulan tetapi berat badannya hanya 7.3kg. Dia lahir pramatang pada usia 35 minggu dan kini beratnya dikategorikanunderweight.Ibunya Julie gusar dan tertanya-tanya bagaimana boleh naikkan berat Amar tetapi masih meneruskan dengan susu ibu dan memberi makanan pelengkap.Adakah nasi yang dimasak dengan mentega adalah cara sihat untuk menaikkan berat badan Amar?
BERAT IDEAL BAYI PRAMATANG
Menurut Puan Nurbaidurah Badzis, berat badan ideal untuk si kecil yang berumur 12 bulan dan lahir pra-matang (pada 35 minggu kandungan), bagi bayi lelaki berat badan normal adalah 7.6 kg hingga 9.4 kg, bagi bayi perempuan pula, berat badan normal adalah 7.4 kg hingga 8.8 kg.
6 TIP NAIKKAN BERAT ANAK UNDERWEIGHT
Mengikut kepada carta pertumbuhan Amar dikategorikan sebagai tidak cukup berat badan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan;
#1 TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan susukan mengikut kehendak si kecil iaitubreastfeeding on demand. Penyusuan susu ibu digalakkan sehingga bayi menjangkau usia dua tahun dan disertakan dengan makanan pejal apabila bayi berusia enam bulan.
#2 KALORI & KHASIAT MENCUKUPI
Pastikan si kecil mendapat khasiat yang mencukupi. Pada usia setahun, si kecil memerlukan 1360 kcal sehari dan 23gram protein. Bermula usia enam bulan sehingga usia setahun lebih adalah tempoh penyesuaian makanan buat si kecil terhadap makanan pejal.
Piramid di bawah menunjukkan saranan pengambilan pemakanan buat si kecil bermula usia dua tahun, namun boleh dijadikan panduan.
· 1/2 sudu teh marjerin lembut
· 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa)
· 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil.
· 1 hidangan buah-buahan
· 1/2 sudu teh marjerin lembut
· 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa)
· 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil.
· 1 hidangan buah-buahan
#3 PROTEIN PENTING UNTUK PEMBINAAN BADAN
Pastikan kuantiti protein mencukupi namun jangan diberikan berlebihan. Ini kerana diet tinggi protein boleh memudaratkan si kecil dan merosakkan beberapa organ penting seperti buah pinggang. 30-60gram isi ayam atau ikan memadai.
#4 GIVE MORE FAT? NO!
Tentang bolehkah dicampur butter di dalam nasi? Baidurah memberikan pendapat ia dibolehkan namun perlu dihadkan kuantitinya. “Saranan saya, 1/3 sudu kecil untuk makan tengahari dan makan malam adalah memadai. Lebihan lemak tidak membantu kenaikan berat badan yang sihat. Yang penting untuk dititikberatkan ialah keseimbangan nutrisi khususnya protein,” kata Baidurah.
#5 CUBA TEKNIK DOUBLE-FRYING
Antara tips lain adalah double-frying, contohnya menggoreng isi ayam, kemudian dicampur dengan nasi goreng; atau roti telur yang digoreng disapu dengan mentega dan lain-lain. Ini boleh diberikan sebagai cara untuk meningkatkan pengambilan tenaga si kecil namun cara ini sesuai jika si kecil memang tidak kerap makan atau makan sangat sedikit. Jika jadual menu di atas boleh diikuti, tips double-frying ini tidak digalakkan.
#6 MAKANAN YANG MENINGKATKAN SELERA MAKAN
Makanan yang kaya dengan Vitamin B12 boleh meningkatkan selera si kecil. Antaranya adalah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Namun, pada usia setahun ini makanan laut tidak digalakkan. Ini kerana sifat hiperallergenik yang boleh mengakibatkan alahan kepada si kecil.
#7 TERUSKAN USAHA
Galakan terhadap makanan perlu diteruskan. Don’t stop or give up. Bagi sesetengah kanak-kanak yang picky-eater (susah nak makan, makan sedikit, memilih makan), masa amat diperlukan.]
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar bayi.
Menurut Jururawat, Nur Nabiila Masfuzah atau lebih mesra dipanggil Bel Nawhen yang menjadi salah seorang panel E-Workshop Pa&Ma: A-Z Uruskan Newborn Baby, beliau menjelaskan, tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir.
Pada kebiasaannya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Tidur terlentang posisi tidur yang sihat
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992.
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat. Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
Keselamatan bayi waktu tidur penting
Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai tip urus bayi, boleh tonton video E-Workshop ini:
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aqeef Anaqi, anak kepada Amyra Rosli & Ammar Bahrin telah photoshoot dengan Pa&Ma. Happy baby rupanya Anaqi ye.
Untuk mendapatkan shot yang diingini, mummy, Amyra telah menghubungi Amar semata-mata nak tarik perhatian Anaqi untuk fokus kepada kamera. Apabila mendengar suara Amar, Aanaqi tercari-cari daddy nya.
Ini adalah photoshoot Anaqi yang pertama tanpa mummy dan daddy dalam frame yang sama.Team Pa&Ma masing-masing telah mengagah Anaqi dengan pelbagai cara. Termasuk menggunakan lagu kanak-kanak, lagu Happy Birthday serta memanggil nama kucing kesayangan Anaqi iaitu Lohu.
Walau pun baru 10 bulan, si kecil ini sporting dan tak banyak ragam sepanjang photoshoot.