Sekiranya anak anda kurang sihat, sediakan makanan yang boleh membekalkan khasiat kepadanya walaupun si kecil hilang selera makan. Oleh kerana selera makan si kecil berkurangan apabila dia tidak sihat, mudah sahaja berat badannya turun mendadak. Risau hati ibu apabila anak kesayangan tak lalu makan.
Walaupun anak tidak sihat, dia tetap perlu makan bagi memastikan memperolehi segala khasiat untuk kembali sihat tetapi jangan memaksanya! Kebanyakan kanak-kanak yang tidak sihat akan hanya menerima menu yang mereka sudah biasa sahaja.
Dalam keadaan cuaca sekarang ini, mudah untuk anak kecil dijangkiti virus demam, batuk dan selsema. Pastikan mereka tetap mendapat cecair yang cukup bagi mengelakkan sebarang gejala penyahidratan yang boleh memudaratkan.
Kalau anak tak ada selera makan atau minum susu, ia memang normal. Mungkin tekak mereka pedih dan sakit. Walaupun tidak memaksa anak untuk makan tetapi anda tetap perlu memastikan si kecil terus mendapat khasiat daripada makanan yang sihat.
Berikut antara menu pilihan untuk anak-anak yang sedang dijangkiti penyakit demam, selsema dan sakit tekak.
1. Sup Ayam Tanpa Minyak
Bahan-bahan
500 gram tulang ayam
1 sudu besar bawang besar (dihiris)
Air secukupnya
Cara menyediakan
1. Rebus tulang ayamm dengan air dan bawang.
2. Masak dengan api perlahan sehingga isi ayam luruh daripada tulang.
3. Sejukkan, tapis dan simpan dalam peti ais apabila sudah sejuk.
4. Anda boleh buang minyak di permukaan sup dengan mudah apabila ia telah sejuk.
5. Panaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
Sup ini sesuai untuk anak-anak yang demam bagi membolehkan mereka terus mendapat cukup cecair dalam badan bagi mengelakkan berlaku pernyahidratan.
2. Bubur Ikan
Ads
Bahan-bahan
Secawan beras
Sekeping isi ikan
1 cm halia (dihiris nipis)
Cara menyediakan
1. Cuci bersih beras, kemudian masak dalam air yang secukupnya dalam api perlahan sehingga menjadi bubur.
2. Dalam kuali berasingan, tumis hirisan halia kemudian masukkan isi ikan yang sudah dipotong dadu.
3. Selepas bubur siap, masukkan tumisan ikan ke dalam bubur.
4. Siap untuk dimakan.
Bubur berkhasiat ini sesuai sekiranya anak anda mempunyai masalah sakit tekak yang menyukarkan dia mengunyah makanan keras.
3. Pisang Lenyek & Aiskrim
Bahan-bahan
Ads
Sebiji pisang masak
1 skup aiskrim vanila
Cara menyediakan
1. Lenyek pisang menggunakan garfu.
2. Letak aiskrim di atas pinggan dan susun pisang di sekelilingnya.
Anak anda tetap mendapat khasiat daripada pisang dan aiskrim vanila walaupun ketika dia sedang sakit tekak.
4. Sup Ikan & Tofu
Bahan-bahan
250 gm isi ikan (potong bentuk kiub)
2 biji telur (dipukul)
1 keping tofu lembut (potong bentuk kiub)
1 liter stok ayam
75 gm cendawan (dipotong)
2 sudu besar lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil jus lemon
Sedikit garam, serbuk lada putih, beberapa titis minyak bijak dan kicap untuk perasa
Cara menyediakan
1. Perap ikan dengan sedikit garam dan jus lemon.
Ads
2. Masukkan tepung jagung dalam beg plastik. Masukkan ikan dan goncangkan beg sehingga ikan tersalut dengan tepung jagung.
3. Panaskan stok ayam dan masukkan ikan, tofu dan sayuran. Biarkan mereneh kira-kira lima minit.
4. Tambahkan perasa dan biarkan mereneh lima minit lagi.
5. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dalam sup.
6. Sedap dihidangkan bersama nasi lembut yang panas.
Selera anak yang sakit mungkin boleh dibangkitkan kembali dengan hidangan menyelerakan ini.
5. Kastard Telur
Bahan-bahan
Sebiji telur
120 ml susu
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil esen vanila
Cara menyediakan
1. Pukul telur dengan gula.
2. Tambahkan susu dan esen vanila.
3. Masukkan adunan dalam mangkuk kecil atau acuan. Kukus kira-kira 30 minit sehingga ia masak.
Pencuci mulut ini mungkin digemari oleh anak yang enggan makan ketika tidak sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gembira hati apabila melihat anak sudah mulai makan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui cara betul untuk mendidik anak makan dengan betul mengikut usianya.
Bagi anak yang sedang membesar iaitu pada usia satu hingga dua tahun karektornya lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Ikuti selanjutnya Do & Don’s aspek pemakanan anak usia satu hingga dua tahun.
DO & DONT’S pemakanan si manja usia 1 hingga 2 tahun
Do
1. Berikan makanan yang lembut iaitu buah-buahan yang lembut, telur kuning, ikan, pasta, dan nasi adalah contoh makanan yang bagus untuk disarankan
2. Sediakan makanan yang boleh dipegang oleh anak anda. Potong makanan bersaiz duit syiling, memanjang atau nipis supaya bayi anda senang untuk pegang
3. Pastikan kandungan nutrisi iaitu makanan yang disediakan mestilah lengkap mengandungi kalori yang mencukupi, protein, lemak yang baik, zat besi, mineral dan vitamin.
4. Makan bersama dengan memastikan anda membenarkan si manja makan bersama pada waktu makan. Cara ini dapat mengekalkan tabiat pemakanan yang baik untuk si manja anda. Berikan makanan yang sama seperti anda untuk si manja anda makan sendiri tetapi perlu diawasi.
5. Biarkan anak anda makan sendiri. Ibu bapa harus bersedia dengan tumpahan makanan di lantai. Ini merupakan salah satu proses pembelajaran bayi anak untuk mengenali jenis dan tekstur makanan.
Donts’
1.Waktu makan ketika anak anda letih atau sedang menangis iaitu waktu ini bayi anda akan lebih banyak menolak.
2.Memberi makanan yang mudah tercekik iaitu kacang dan kekacang, jagung, buah-buahan kering, makanan yang licin seperti sebiji anggur, gula-gula dan kepingan daging atau ayam yang besar merupakan contoh yang berpotensi menyebabkan anak anda tercekik.
3.Memberi air atau susu sebelum makan iaitu memberi air sebelum waktu makan hanya akan menyebabkan bayi anda kenyang dan akan menolak untuk makan
4.Memaksa anak makan dengan memberi waktu luang untuk anak anda habiskan makanan sekurang-kurangnya 10 hingga 15minit.
5.Berputus asa iaitu sesetengah anak mengambil masa untuk makan sendiri dan menerima makanan baru yang diperkenalkan kepadanya. Ibu bapa kena bersabar dengan kerenah anak kecil anda.
Kepentingan anak makan sendiri
Setelah anak boleh memegang makanan dengan sempurna, biarkan anak makan sendiri. Walaupun meja anda bersepah dengan sisa makanan, ia penting untuk perkembangan anak anda.
Ia melibatkan beberapa perkembangan buat anak iaitu perkembangan “oral motor, refleks gag, deria rasa, dan kemahiran “fine motor”.
Perkembangan “oral motor”: Menguatkan perkembangan rahang dan juga pergerakan lidah bayi ada (ke depan, ke belakang, ke sisi, menghisap).
Perkembangan refleks gag: Anak anda akan lebih sensitive dengan penerimaan makanan
Perkembangan deria: Ia termasuk deria rasa, penglihatan, sentuhan, pergerakan, bau, pendengaran, dan kebolehan duduk sendiri.
Kemahiran “fine motor”: Ia lebih kepada kemahiran untuk makan sendiri. Mengambil dan menyuap makanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
💚Satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan
💚Pukul butter, gula dan cream cheese sampai kembang dan putih.
💚Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla
💚Masukkan bahan ayak, kaup balik ringan sahaja sampai sebati
💚Sediakan loyang 9×9,griskan atau lapik dengan kertas minyak, masukkan adunan, hentak hentak manja.
💚Panas kan oven selama 10minit dulu kemudian bakar kek menggunakan suhu 160° selama 50minit (bergantung pada suhu oven masing masing)
Kredit: puan Surianti Ramli @ Jendeladapursurianti.blogspot.com
Semoga beliau sentiasa dalam Lindungan Allah dan Di murah kan rezeki selalu.
Kredit: eiyjarnazieanangah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Nak jimat masa memasak untuk menu bayi, boleh buat persediaan awal dengan menyediakan ‘chicken feet stock’. Cara ini bukan sahaja menyenangkan proses memasak tetapi anak akan dapat khasiat dari air rebusan kaki ayam itu.
Malah bagi kebanyakan ibu bekerja, tak perlu dah nak kalut untuk sediakan bekal makanan anak untuk ke rumah pengasuh atau taska. Selain itu, dengan hanya menambahkan ‘chicken feet stock’ ini ke dalam makanan anak ia lagi sedap dan anak pun makan bertambah.
CARA BUAT ‘CHICKEN FEET STOCK’
Stok sup kaki ayam sangat baik untuk anak dan boleh dicampurkan dengan sayur seperti lobak, batang saderi, tomato dan sebagainya.
Siap dah stok chicken feet broth untuk anak umur 9 bulan. Sejak umur 6 bulan memang ni la kesukaan dia. Cara nk buat pun mudah.
Bagus juga untuk elak dan kurangkn selsema sebab kaki ayam ada kandungan kolagen yang sangat tinggi. Bila nak masak baru la kita letak bahan tambahan contohnya macam labu cincang, bayam, tauhu telur, brokoli dan lain-lain.
Tukar-tukar ikut selera anak. Kira ni basic jela untuk lauk dia. Saya sertakan resepi sekali untuk yang nak cuba. Ini sukatan saya. Mommy semua boleh ubah ikut citarasa sendiri ye.
Bahan-bahan:
– Kaki ayam 1KG
– Bawang bombay 2 biji sederhana
– Bawang putih 6-7 ulas
– Lobak 2 batang
– Saderi 2 batang
– Air 2.5 liter atau sampai tenggelam bahan
Cara penyediaan:
1. Potong kasar semua bahan dan masak sampai isi ayam terlerai dari tulang.
2. Bila dah sejuk boleh asingkn kaki ayam untuk diambil isi sahaja. Bahan-bahan sayur tadi asing ke dalam bekas lain.
3. Pastikan dalam sup tak ada tertinggal serpihan tulang. Isi kaki ayam yang dah dicarik boleh letak semula dalam sup untuk dikisar halus.
4. Bila dah kisar dia jadi macam creamy gitu. Sayur-sayur tadi boleh blend kasar menggunakan chopper.
5. Lastly satukan semua bahan tu dan boleh la cedok letak dalam storage cube untuk dibekukan. Saya guna 1 cube untuk 1 hari cukup untuk lunch dan dinner.
Bila nak masak jangan lupa tambah air sikit dalam 200ml ke dalam periuk dan boleh masukkan beras, mee, pasta dan lain-lain.
Melangkah masuk ke kediaman mewah ini sudah cukup buat sesiapa teruja. Gabungan dekorasi eksklusif, sentuhan landskap ala resort, dan suasana rumah yang begitu “hidup” menjadikan setiap ruang seolah-olah bercerita tentang gaya hidup si pemiliknya yang penuh warna dan inspirasi.