Raya yang bakal menjengah tidak berapa lama lagi pastinya membuat ibu tercari-cari resipi biskut menarik untuk dicuba bersama anak-anak di rumah.

Biarpun terlampau banyak resipi biskut terkini, namun resipi Crunchy Chocolate Chips antara biskut wajib ada yang pasti tersedia di meja hidangan. Bukan hanya kerana rasanya yang sedap tetapi cara membuatnya yang begitu ringkas membuatkan ia selalu menjadi pilihan.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn AnNur Lawi ini pula. Resipi gabungannya yang terdiri dari coklat chip, coklat rice, almond cincang dan cornflakes buat rasanya super sedap. Jom cuba!

4 Bahan Superb Bergabung, Patutlah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Ni Sedap Kebabom!


Alhamdulillah menjadi biskut cornflakes coklat chip. Since ada yang bertanyakan resipi, saya kongsikan resipi dari Cik/Puan Syuhada Che Din. Jangan derhaka dari resipi di bawah. Ikut sebiji-sebiji ye.

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

4 Bahan Superb Bergabung, Patutlah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Ni Sedap Kebabom!

IKLAN

Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

4 Bahan Superb Bergabung, Patutlah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Ni Sedap Kebabom!

 

IKLAN

Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.

4 Bahan Superb Bergabung, Patutlah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Ni Sedap Kebabom!

Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

IKLAN

Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20 minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

4 Bahan Superb Bergabung, Patutlah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Ni Sedap Kebabom!

Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

4 Bahan Superb Bergabung, Patutlah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Ni Sedap Kebabom!

Selamat mencuba!

Resipi menarik: Resipi Cookies Ala Famous Amos, Krup-Krap Rangup Makan Sebalang Tak Perasan!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI