Siapa sangka botol susu yang selalu anak minum sebenarnya antara salah satu punca anak sakit? Oleh kerana penjagaan kebersihan botol susu yang tidak betul menjadikan tempat untuk kuman dan bakteria berkumpul lebih-lebih lagi di bahagian penutup botol dan puting botol susu.
Menurut Pegawai Perubatan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Redza Zainol, dek pengendalian yang tidak betul, botol susu boleh jadi penyebab anak-anak terkena muntah dan cirit-birit.
“Baru-baru ni jumpa seorang ibu muda. Dia baru dapat anak pertama. Anaknya ni dah berusia sebulan setengah, tapi dah kena masuk wad sebab muntah-muntah dan cirit birit.
“Selepas saya tanya itu dan ini, rupa-rupanya dia tak tahu cara kendalikan alatan menyusu dan cara menyimpan susu tepung yang betul.
“Paling saya terkejut, dia cuma ada dua botol susu sahaja. Mesti terkejar-kejar dia nak bersihkan dan sterilkan botol susu. Lagi-lagi waktu tengah malam,” kongsinya di Facebook.
Menurut Dr Redza, berikut antara tip jika anak gunakan botol untuk menyusu;
1. Cuci botol susu setiap kali digunakan dengan cecair pencuci botol yang khas. Tak boleh guna sabun pencuci pinggan.
2. Gunakan berus khas ketika mencuci supaya puting botol susu tak terkoyak bila dicuci. Puting yang terkoyak atau merekah berpotensi jadi sarang kuman membiak.
3. Wajib didihkan atau sterilkan botol susu sebelum digunakan.
Ads
4. Jangan beri anak minum susu yang dah disediakan melebihi tiga jam. Buatkan susu yang baru.
5. Gunakan berus khas untuk bersihkan botol dan puting botol susu. Span cuci pinggan tak mampu bersihkan kotoran di ruangan yang sempit.
6. Keringkan botol susu sebelum digunakan.
7. Sediakan minima tiga hingga empt botol susu di rumah supaya kita tak terkejar-kejar untuk mencuci dan sterilkan botol susu setiap kali anak menyusu.
8. Gantikan botol susu baru sekurang-kurangnya setiap tiga hingga enam bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, retak atau bocor.
Ads
Jadi, ibu-ibu jagalah kebersihan sebetulnya dalam kendalikan botol susu anak-anak bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit.
Perbuatan hayun bayi atau menggoncang bayi terlalu kuat boleh menyebabkan kecederaan kepada bayi atau Shaken Baby Syndrome. Apa yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari ini sangat bermanfaat.
Kebanyakan mama atau papa membuat gerakan atau goncangan semasa cuba menidurkan bayi. Atau sekadar bermain dengan bayi, tanpa sedar anda menggoncangkan bayi terlalu kuat dengan pelbagai gerakan. Awas mama papa, ia mungkin boleh mendatangkan kecederaan kepada otak bayi
Dr Izzar Anwari berkongsi mengenai Shaken Baby Syndrome di Instagram.
SHAKEN BABY SYNDROME
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS): Merupakan brain injury yang serius disebabkan oleh menggoncang baby secara agresif/melampau. Ia menyebabkan sel-sel otak baby musnah dan menghalang otak baby dari menerima bekalan oksigen yang secukupnya.
Otot leher baby ni masih lemah dan tak mampu menampung berat kepalanya. Bila digoncang/dihayun berlebihan, otak baby yang fragile akan bergerak ke belakang n depan dalam skull/tempurung kepala tu. Menyebabkan luka, bengkak, dan pendarahan.
Selalu yang sampai SBS ni sebab parents/penjaga baby tu stress sangat dengan baby pastu goncang lebih-lebih.
Antara faktor terjadinya SBS ialah kurangnya ilmu menjaga baby (parents baru), stress, dan depression.
MESTI TAHU TENTANG PENJAGAAN BAYI
Di samping itu, beliau juga turut menggalakkan ibu bapa muda untuk menggali ilmu keibubapaan dan penjagaan bayi. Tempoh selepas isteri bersalin juga dikatakan sebagai waktu yang sangat kritikal buat isteri. Para suami perlu sentiasa memberikan sokongan untuk mengelakkan kemurungan atau postpartum depression.
So sebelum plan nak ada anak tu, belajarla ilmu-ilmu nak jadi parents jaga baby dulu, bukannya buat anak terus. Si suami pun kenalah support isteri sentiasa selepas bersalin kerana itulah tempoh isteri sangat fragile dan boleh menyebabkan postpartum depression.
Jangan asyik nak keluar lepak dengan member je tau. InsyaAllah dipermudahkan untuk semua.
p/s : tengok tengok tarian baby profesional yang isteri saya @umminazeera post tanpa kebenaran tu. Suami dia support leher baby, n hayun ke kiri n ke kanan je.Nak elak SBS ni la.So camna teknik tarian baby hangpa? Post la sikit tengok
Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah pengalaman pertama anda.
Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu:
Sebab-sebab:
Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.
Tanda-tanda dan gejala:
Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:
Komplikasi/kesan sampingan:
Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:
Rawatan:
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:
Pencegahan:
Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:
Puting melecet
Sebab-sebab:
Faktor-faktor lain;
Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.
Rawatan
Pencegahan
Tidak cukup susu
Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar .
Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah satu tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami. Jom ketahuinya.
Bukan mudah tugas seorang ibu bekerja
Memegang tugas seorang ibu dan memiliki kerjaya bermakna anda akan berdepan dengan banyak isu tentang anak-anak selain tugasan hakiki kerja, sudah pasti ia menyebabkan tekanan. Sekiranya ibu bekerja yang sibuk berasa tertekan, ini akan menyebabkan timbul isu kurang fokus dalam pekerjaan.
Keadaan tersebut pastinya cenderung menurunkan kadar produktiviti. Tanpa sedar, tuntutan kerja dan tanggungjawab keibuan akan memberikan kesan kepada badan. Selain tekanan, ketidakseimbangan ini boleh sebabkan masalah kesihatan seperti penyakit fizikal.
Masalah kesihatan mempengaruhi ibu bekerja
Sebagai ibu, pasti anda mahu menjadi yang terbaik buat anak-anak. Tetapi dalam masa yang sama, anda tetap perlu menjaga kesihatan diri.
Berikut 8 masalah kesihatan yang berisiko untuk anda alami:
Sakit belakang
Duduk berjam-jam di meja kerja boleh menyebabkan ketegangan otot leher, belakang dan bahu. Balik ke rumah, perlu mendukung anak pula. Itu antara punca sakit belakang yang anda alami.
Kurangkan risiko anda daripada mengalami sakit belakang dengan bergerak sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya, setiap jam, bangun dan berjalan-jalan di sekitar kawasan kerja anda. Lakukan regangan pada bahagian bahu dan leher. Untuk meregangkan bahagian belakang, angkat dan pegang antara kedua belah tangan ke belakang badan.
Sakit kepala
Ini antara masalah kesihatan yang paling kerap menyerang. Biasanya disebabkan kurang tidur, tekanan, kurang penghidratan yang banyak menjejaskan ibu yang mempunyai kerjaya. Sebaiknya, anda perlu menjaga kadar pengambilan cecair agar mencukupi. Sentiasa pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Jika sakit kepala menyerang sewaktu di tempat kerja, urut dengan perlahan bahagian sisi kepala. Masih tidak baik? Apa kata anda rehat beberapa minit dengan mencari tempat yang tenang daripada bunyi bising, ini antara pencetus masalah sakit kepala.
Ketidakselesaan usus
Antara masalah kesihatan berkaitan ketidakselesaan usus atau irritable bowel syndrome (IBS) yang sering melanda ibu bekerja adalah seperti sembelit atau cirit-birit. Ia boleh berlaku disebabkan dehidrasi, tabiat pemakanan yang tidak baik dan sudah tentu, tekanan.
Elakkan masalah ini dengan memperbanyakkan pengambilan probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan serat daripada buah, sayuran dan bijirin. Banyakkan minum air sepanjang berada di pejabat dan pastikan anda meluangkan masa beberapa minit untuk berehat daripada menghadap skrin.
Kegelisahan
Memikirkan banyak tugasan kerja dan rumah yang perlu dilakukan akan membuatkan anda berasa terbeban dan gelisah. Keadaan tersebut boleh mengakibatkan badan sukar berehat dan menjejaskan proses pencernaan. Kerja dan tugas seorang ibu tidak akan pernah terhenti. Jadi berikan sedikit masa untuk diri anda sendiri. Anda boleh biarkan si kecil bermain di laman rumah sambil anda menikmati minum petang bersama pasangan.
Untuk elakkan wujud rasa gelisah ketika di tempat kerja, senaraikan isu penting yang perlu diutamakan dan letakkan had untuk perkara lain.
Saluran susu tersumbat
Bagi ibu yang lakukan penyusuan eksklusif, mungkin sukar untuk mengepam susu pada waktu bertugas. Payudara yang tidak dikosongkan dengan betul boleh sebabkan masalah bengkak susu, saluran susu tersumbat dan masititi iaitu jangkitan bakteria pada tisu buah dada. Berbincanglah dengan pihak pengurusan tempat kerja anda tentang keperluan anda untuk memperuntukkan masa mengepam susu atau ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Jika masalah bengkak berlaku di tempat kerja, urutkan payudara sekitar saluran susu tersumbat.
Sakit pelvis
Otot ligamen serta tisu penghubung yang meregang semasa proses bersalin mengambil masa lama untuk pulih kepada keadaan asal dan boleh sebabkan kesakitan. Keadaan itu pastinya menyebabkan ketidakselesaan buat ibu bekerja yang perlu duduk di meja kerja selama berjam-jam.
Hindari masalah kesihatan ini dengan meluangkan 10 minit untuk melakukan senaman Kegel dan senaman abdomen bagi menguatkan otot bahagian tersebut.
Sindrom terowong karpal
Carpal tunnel syndrome berlaku apabila tisu penghubung menjadi longgar. Ia boleh menjejaskan keseluruhan badan. Buat ibu yang menyusu, anda akan lebih terdedah untuk mengalami masalah ini. Biasanya sindrom ini wujud kesan daripada pergerakan berulang, seperti menaip.
Kurangkan risiko dengan elak meletak pergelangan tangan di papan kekunci semasa menaip. Perbuatan itu memerlukan anda melentur pergelangan tangan ke atas. Sebaliknya biarkan pergelangan tangan anda berada pada kedudukan yang sama di atas meja dan letakkan pelapik jika perlu. Jika perlu semasa di tempat kerja, pakai pembalut pergelangan tangan untuk memastikan ia berada pada kedudukan neutral semasa menaip.
Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien seperti zat besi dan vitamin B12 buat ibu bekerja boleh menyebabkan keletihan. Keadaan ini akan lebih kronik buat ibu menyusu badan dan berkerjaya. Disarankan untuk anda memperbaiki diet pemakanan harian anda atau mengambil suplemen multivitamin dengan zat besi setiap hari.
Sentiasa menjadi yang terbaik
Setiap ibu yang bekerja akan menghadapi cabaran unik. Sudah tentu sebagai ibu, anda mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga. Tidak salah jika anda sentiasa cuba bahagikan masa, tenaga, serta pemikiran antara tanggungjawab di rumah dan tempat kerja dengan sebaiknya.
Namun ibu-ibu semua, kesihatan diri tetap perlu diutamakan, okay?
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.