“Sedih Tak Boleh Tolong Mommy” Gelagat Anak Amyra Rosli Menangis Teresak-Esak Bantu Mommy Buat Warganet Hiba!

Share

Gelagat anak sulung pasangan pelakon, Amyra Rosli dan Amar Baharin, Aqeef Anaqi sememangnya cukup menyentuh hati semua.

Mana tidaknya, keprihatinannya bila mana kain ibunya tersepit pada pintu buat wargamaya kagum walaupun hiba menyaksikan Aqeef menangis demi menyelamatkan ibunya.

Menerusi Instagramnya, Amira berkongsi momen yang amat menyentuh hati itu.

Hiba melihat tangisan Aqeef tanpa henti sambil memanggil ayahnya untuk menyelamatkan ibunya.

“Dah pukul 12 malam, kitorang nak sleep dah, pastu baju mommy tersepit kat pintu.

” Pastu hmmm korang tengok je la drama ni,” kongsinya.

Ternyata lakonan Amyra untuk melihat aksi Aqeef itu amat menyentuh hati semua. Bukan hanya memanggil ayahnya untuk menyelamatkan keadaan bahkan Aqeef sanggup menemani ibunya dengan tangisan tanpa henti.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, walaupun selepas ibunya berjaya diselamatkan, si comel Aqeef masih lagi menangis sedu sedan dan kemudiannya ketawa sebelum kembali menyambung tangisannya.

Walaupun baru berusia tiga tahun, namun kematangannya bertindak dan rasa kasih sayangnya pada ibunya cukup jelas kelihatan.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang hiba melihat aksi comel Aqeef. Ada yang menyifatkan Aqeef sebagai seorang yang penyayang, matang malah prihatin dalam membantu insan lain.

 

Terdahulu, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Artikel menarik: Sebijik Macam Tok Ti, Sambutan Hari Lahir Ke-3 Meriah, Manis & Comelnya Aafiyah

Copy Paste Erra, Tampil Sopan Berselendang, Ramai Puji -puji-kecantikan-engku-aleesya/

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @aamyrarosli

IKLAN