Ramai yang sedia maklum bahawa Tuanku Agong serta seluruh keluarga baginda kini menjalani kuarantin sehingga 9 April ini berikutan terdapat 16 orang staf istana disahkan positif Covid-19.
Berikutan situasi ini, hanya keluarga KDYMM Agong serta tiga orang pembantu sahaja yang berada di dalam istana ketika ini. Masing-masing hanya duduk di dalam bilik dan perlu dikuarantin buat sementara waktu untuk memastikan keadaan terkawal walaupun doktor telah mengesahkan yang lain-lain negatif Covid-19.
Walau bagaimanapun, Permaisuri Agong, Tunku Azizah melalui instagramnya sentiasa memuat naik aktiviti yang baginda lakukan sepanjang tempoh kuarantin.
Biarpun terpaksa berada berasingan, itu tidak menjadi halangan buat baginda untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Ads
Baginda telah berkongsikan aktivitinya menyediakan sarapan pagi buat baginda Agong.
Sehebat mana pun, tanggungjawab kepada suami nombor satu
Menurut baginda lagi, ketika membuat sarapan pagi ringkas untuk baginda Agong, sarung tangan dan topeng penutup muka tidak pernah diabaikan.
Ads
Kongsi Tunku Azizah, sebagai seorang isteri, tidak kira bangsa, agama ataupun kedudukan, tanggungjawab kepada suami haruslah dilaksanakan. Jadi, menyediakan makanan buat pasangan adalah satu yang menyeronokkan buat dirinya.
Kagum cara Tunku Azizah
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pengikutnya cukup kagum dengan cara Tunku Azizah dan menganggap baginda sebagai inspirasi buat wanita lain.
Bukan itu saja, Tunku Azizah juga turut memanfaatkan masa lapangnya sepanjang tempoh kuarantin ini dengan aktiviti mengait dan semua kagum dengan kreativiti yang ada pada baginda.
Emosi ibu memainkan peranan yang sangat mustahak dalam perkembangan bayi. Tidak dinafikan tekanan perasaan dan stres sangat mempengaruhi.
Bekas isteri ustaz selebriti PU Abu Sufyan, Ain ‘Afini meluahkan rasa sedih selepas anak di dalam kandungannya dilaporkan kurang aktif akibat daripada tekanan yang dialaminya sepanjang kes perceraiannya berlangsung.
TERKEJUT DOKTOR KATA BAYI DALAM KANDUNGAN KURANG AKTIF
Ain berkata, dia telah melakukan pemeriksaan kandungan beberapa minggu lalu dan terkejut apabila laporan doktor mengatakan bayi di dalam perutnya itu tidak berapa aktif.
“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif,” katanya yang sedan hamil 8 bulan.
DINASIHATKAN SUPAYA BANYAK BEREHAT
Menurut Ain ‘Afini, doktor juga turut menyarankan dirinya untuk mengawal emosi dan mendapatkan rehat cukup demi kebaikan bayi dalam kandungan.
“Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat,” luah Ain ketika dihubungi MHE TV.
YAKIN ADA HIKMAH YANG MENANTI
Melalui proses yang sukar sepanjang kontroversi antara dia dan suami berlaku, jelas Ain dia merasakan ada hikmah baik yang akan datang kepadanya tidak lama lagi.
MENOLAK HASRAT BEKAS SUAMI UNTUK KEMBALI
“Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang.
“Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini,” jelas Ain.
PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, sebelum ini tular apabila menceraikan isteri yang sedang mengandung untuk bersama dengan seorang janda yang merupakan usahawan kosmetik.
Penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda.
Dalam aspek kesan penggunaan gajet kepada mata, ia boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah rabun jauh dalam usia yang tidak sepatutnya, manakala dalam aspek mental dan emosi, ‘ketagihan’ gajet boleh membawa kepada sikap agresif jika tidak dapat menggunakan gajet.
Kanak-kanak tak boleh lebih 2 jam
Berkongsi mengenai kesan gajet kepada mata, Pakar Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre (PMELC) berkata, peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabun jauh atau ‘myopia’ akibat kerap menggunakan gajet adalah isu yang perlu ditangani pada peringkat awal.
“Penggunaan gajet terutamanya telefon pintar dan peranti tablet dalam kalangan kanak-kanak tidak seharusnya melebihi dua jam sehari,” katanya kepada Bernama.
Masalah rabun meningkat
Menurutnya, satu kajian pada 2005 mendapati kadar rabun kanak-kanak berusia tujuh tahun adalah 9.8 peratus manakala bagi kanak-kanak berusia 15 tahun pula adalah 34.4 peratus
“…kajian ini dilakukan pada 2005 dan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak (ketika itu) masih rendah, kini statistik itu dijangka meningkat dengan penggunaan yang tidak terkawal. Ramai pesakit yang datang untuk rawatan penglihatan kabur mempunyai tabiat melihat skrin digital dengan lama,” jelasnya.
Mata cepat penat dan mudah pening
Tambah Dr Azura, selain myopia kanak-kanak turut terdedah dengan ketidakselesaan dan kekeringan mata (digital eye strain) akibat mata kurang berkelip kerana asyik melihat gajet.
“Selain itu, melihat skrin digital dengan dekat dan silau daripada skrin akan turut mengakibatkan digital eye strain. Gejala digital eye strain termasuklah mata rasa penat, pedih, berair, gatal, penglihatan kabur dan pening,” katanya.
Menurutnya, American Academy of Pediatrics mengesyorkan tiada gajet bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, satu jam sehari bagi yang berumur tiga hingga lima tahun, satu sehingga satu setengah jam sehari bagi kanak-kanak enam hingga 10 tahun dan dua jam bagi kanak-kanak 11 hingga 13 tahun.
Katanya, syor tersebut boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa untuk mula mengawal waktu penggunaan anak-anak bermain gajet.
Kes yang sangat membimbangkan
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pengaruh gajet terhadap kehidupan harian kanak-kanak di negara ini membimbangkan dan satu tinjauan pendapat dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Lembah Klang mendapati 78.3 peratus ibu bapa membenarkan anak-anak memiliki gajet.
Seorang ibu, Nurul Aida Abd Razak, 35, berkata anak lelakinya Muhammad Fahmy Mohamed Fadzly, 9, mula memakai cermin mata akibat rabun jauh sejak berusia enam tahun kerana gemar melihat telefon bimbit dalam keadaan gelap pada waktu malam untuk menonton kartun dan bermain permainan video.
“Kuasa kanta cermin mata anak saya kini 250 untuk kedua-dua mata…dan sekarang saya hadkan penggunaan gajet kepada dia, hanya boleh guna pada hujung minggu iaitu dalam satu hingga dua jam sehari,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar ibu bapa lain memantau dan mengawal penggunaan gajet anak mereka supaya kanak-kanak ini tidak berisiko berhadapan dengan masalah penglihatan seperti yang dihadapi anaknya.
Beri kesan negatif pada emosi dan mental anak
Sementara itu, pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, penggunaan gajet secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan negatif kepada proses perkembangan mental dan emosi mereka jika tidak ditangani dengan baik.
“Misalnya, jika tiada gajet, mereka yang agresif akan marah dan pamer tingkah laku seperti tendang pintu, hentak meja dan lain-lain manakala golongan kurang agresif akan pamerkan reaksi marah terpendam seperti merajuk, berdiam diri dan melarikan diri,” katanya.
Ketagihan gajet boleh diatasi
Mohamed Fadzil berkata, ibu bapa boleh memainkan peranan dalam isu penggunaan gajet dengan mengurus secara produktif dan konstruktif iaitu mengawalnya secara tegas serta berkesan.
Tambah beliau, ketagihan kanak-kanak dengan gajet boleh diatasi secara perlahan-lahan melalui pendedahan kepada aktiviti lain misalnya melukis.
“Kanak-kanak boleh diajar dengan teknik ‘switch’ atau alih tumpuan kepada perkara lain apabila mereka mula tumpu kepada gajet. Ibu bapa perlu cekap untuk kawal dan selia anak tatkala menggunakan atau berhadapan dengan gajet,” ujarnya. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didikan yang betul akan membentuk peribadi mulia dalam diri anak-anak. Ia bermula dari rumah, ibu ayah haruslah menunjukkan contoh yang baik serta sentiasa mengingatkan anak untuk sentiasa berbuat baik terhadap orang lain.
Sebuah video yang menjadi tular di Tiktok menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki yang menyuap rakannya yang merupakan seorang anak istimewa. Tampak penuh keikhlasan dan kasih sayang yang mendalam biarpun video tersebut hanya berdurasi 8 saat sahaja.
Melihatkan kebaikan yang ditunjukkan kanak-kanak lelaki itu, sudah tentulah ibu ayahnya yang banyak mengajarnya untuk menjadi individu yang sentiasa membantu orang lain yang memerlukan.
Untuk kita menolong orang lain, ia tidak memerlukan kemewahan. Cukuplah dengan niat ikhlas dan melakukannya tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Biarpun bantuan yang diberikan kecil, ia memberi makna yang mendalam buat insan yang ditolong. Dipercayai video ini dirakam ketika waktu rehat dan dikongsikan melalui akaun Tiktok edwinpiusentak
Tonton video ini;
Meninjau ke ruangan komen, warganet memberi komen positif yang memuji kebaikan kanak-kanak tersebut;
Tak dinafikan, biarpun sekejap saja video ini memang menyentuh perasan. Semoga persahabatan mereka berdua berkekalan sehingga bila-bila dan adik ini akan terus membesar menjadi individu yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan. Salute buat ibu ayah dan gurunya yang berjaya membentuk akhlak yang baik di dalam dirinya.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.