Siapa sangka di sebalik ujian yang Allah bagi pada anak kecil ini, nampaknya ada ganjaran menanti. Mungkin semua ini rezeki buat Nur Khairunnisa’ Fadhilah atas kesabarannya kerana mempunyai ibu bapa yang cacat penglihatan.

Walaupun kedua ibu bapanya tak pernah melihat kecomelan wajah anak kecil ini sejak lahir, memiliki anak yang sangat memahami dan baik anugerah paling bernilai.

Sejak kisahnya tular tular di media sosial pada hari orientasi Tahun 1 baru-baru ini ternyata menjentik hati semua yang melihatnya. Biarpun belum mengenali secara dekat rata-ratanya yakin Khairunnisa dapat menjadi anak solehah dan menjaga kedua ibu bapanya dengan baik.

Sehebat Namanya! Tersentuh Hati Lihat Kekuatan Khairunnisa, Mufti WP Titipkan Doa

Disebabkan penularan kisah Khairunnisa ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berjumpa dengan keluarga ini sambil menitipkan doa agar dapat terys berbakti pada orang tuanya.

Sehebat Namanya! Tersentuh Hati Lihat Kekuatan Khairunnisa, Mufti WP Titipkan Doa

“Tersentuh hati kecil ini…Sungguh matang..”

Perjumpaan bersama dengan adik Kahirunnisa’ telah dikongsikan sendiri oleh Mufti melalui posting di laman Facebook miliknya. Mufti juga dikatakan turut meluangkan masa, bersama kedua-dua ibu bapa murid berkenaan.

Sehebat Namanya! Tersentuh Hati Lihat Kekuatan Khairunnisa, Mufti WP Titipkan Doa

IKLAN

Sehebat maksud namanya

Sehebat Namanya! Tersentuh Hati Lihat Kekuatan Khairunnisa, Mufti WP Titipkan Doa

Jangan lupa bawa jumpa pak cik ya!

Sehebat Namanya! Tersentuh Hati Lihat Kekuatan Khairunnisa, Mufti WP Titipkan Doa

Sebelum ini ibu Khairunnisa, Nur Suhaida Norwi, 30 pernah berkata pada Harian Metro, Nisa adalah mata dan tongkat untuk mereka berdua pergi ke mana-mana.

IKLAN

Faham kami buta

Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ mereka untuk bergerak ke mana-mana.

Sehebat Namanya! Tersentuh Hati Lihat Kekuatan Khairunnisa, Mufti WP Titipkan Doa

“Khairunnisa membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.

“Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta,” katanya.

IKLAN

Sehebat Namanya! Tersentuh Hati Lihat Kekuatan Khairunnisa, Mufti WP Titipkan Doa

Sejak usia 4 tahun berdikari

Menurut bapanya, Mohammad Haizir sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya orang ramai sekiranya memerlukan bantuan ketika mencari jalan.

“Setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.

“Walaupun Khairunnisa nampak matang namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” katanya.

Sehebat Namanya! Tersentuh Hati Lihat Kekuatan Khairunnisa, Mufti WP Titipkan Doa

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI