Sejak mengandung pelakon Anzalna Nasir mengakui, dia suka nampak cantik dan melaram walaupun hanya berada di rumah.
Anzalna, 31, yang kini dah memasuki trimester kedua dan mengandung enam bulan berkata, jika sebelum ini dia selesa tampil sederhana, namun sejak hamil, dia gemar bersiap, termasuk memakai bulu mata palsu dan kanta lekap.“Sebelum hamil, saya bukanlah suka pakai bulu mata palsu. Saya juga lebih selesa bergaya sederhana. Namun, tidak sangka lain pula jadinya apabila saya mengandung kali ini.
“Saya suka tampil cantik tak kira sama ada di rumah ataupun bila keluar. Setiap kali menghadiri majlis, saya akan memakai bulu mata palsu dan kanta lekap. Memang berbeza dengan Anzalna yang dulu,” katanya ketika ditemuai pada majlis perlantikannya sebagai duta produk kesihatan NR di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Ads
Ditanya mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan Jun ini, Anzalna enggan berkongsi mengenainya.Malah, keluarganya juga masih belum mengetahui jantina bayi yang dikandung kerana dia mahu memberikan mereka kejutan.
“Saya suka membuat kejutan dan seronok setiap kali melihat reaksi semua orang. Saya dan suami sepakat untuk merahsiakan dulu jantina bayi kami sehingga majlis doa selamat yang akan diadakan nanti.
Ads
“Keluarga juga tidak tahu. Lucu pula melihat gelagat mereka yang berteka-teki kerana masing-masing sudah tidak sabar mahu menerima ahli keluarga baru.
“Kadang tu bila masuk kedai barangan bayi dan pegang baju pink atau biru mama dan mak mertua saya selalu akan buat spekulasi.
Ads
“Insya-Allah saya akan berkongsi jantina anak kami pada majlis doa selamat nanti,” katanya yang sentiasa berdoa agar urusan bersalinnya nanti dipermudahkan dan bayi juga sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dalam kandungan songsang atau breech memang boleh menimbulkan keresahan di kalangan ibu. Paling banyak yang difikirkan ialah kaedah bersalin, normal atau caesarean.
Menurut Dr Norleen Salleh, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, DEMC Shah Alam bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.
Lazimnya doktor akan mendiagnosis kandungan berada dalam keadaan songsang apabila menjelang minggu ke-36 melalui ujian imbasan. Pengesahan pada waktu ini agak membimbangkan kerana bayi semakin membesar dan agak sukar untuk bergerak dan mengubah kedudukan kepalanya ke bawah.
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERJADINYA KANDUNGAN SONGSANG
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
PROSEDUR UBAH KEDUDUKAN BAYI SONGSANG
Kedudukan bayi yang songsang boleh diubah dengan cara tertentu bergantung pada keadaan ibu, bayi, tali pusat dan uri. Prosedur External Cephalic Version (ECV) iaitu proses memusingkan kepala bayi ke bawah boleh dilakukan pada minggu ke-32 hingga 36 di hospital oleh doktor pakar yang mahir dengan menggunakan bantuan pengimbas ultra bunyi untuk melihat kedudukan uri, tali pusat dan anggota badan bayi.
Alat untuk mengukur degupan jantung bayi turut digunakan untuk mengetahui tahap kesihatan bayi. Ramai yang mengatakan prosedur ini menyakitkan dan ia mempunyai risiko yang tertentu. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mencetuskan kontraksi dan menyebabkan kelahiran. Urutan tradisional dilarang sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada uterus, putus tali pusat, uri lekang, tumpah darah, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.
Ibu juga boleh berusaha dengan mengamalkan kedudukan bersujud (kedudukan melutut dan kepala direndahkan). Tarikan graviti boleh membantu menggerakkan kepala bayi ke bawah. Kedua-dua cara iaitu prosedur ECV dan bersujud boleh dilakukan namun peratusan berjaya adalah rendah sekiranya tali pusat bayi pendek atau berbelit.
BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL?
Tidak semua kandungan songsang boleh dilahirkan melalui cara normal. Pembedahan Caesarean adalah alternatif utama. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kelahiran normal melalui serviks yang dibolehkan oleh para pakar perbidanan.
Perlu difahami bahawa kelahiran bayi songsang dengan kaedah normal mempunyai risiko komplikasi tali pusat (cord accident) seperti cord prolapse iaitu tali pusat yang terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan tali pusat tidak berfungsi dengan baik dan bayi berkemungkinan tidak mendapat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Tali pusat juga boleh menjerut leher bayi dan boleh menyebabkan bayi lemas. Risiko tali pusat berpintal juga perlu diambil kira.
Selain itu, kedudukan kepala bayi di atas juga boleh menyebabkan ia tersangkut di saluran servis. Hal ini kerana bahagian kepala adalah yang paling besar boleh menyebabkan asphyxia (lemas) yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian.
Menurut Dr Norleen, doktor yang merawat akan memberikan kaunseling pasangan terbabit tentang cara terbaik yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan dan situasi semasa. Alternatif melahirkan terbaik bagi kehamilan songsang ialah pembedahan caesarean. Pembedahan ini akan dicadangkan apabila kehamilan mencecah usia minggu ke-37 di mana bayi telah matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini, isteri pelakon, Harris Annuar mengidam cium bau simen dinding, kali ini isteri kesayangannya, Asha Merican mengidam makan sabun pula.
Menerusi Instagramnya, Harris turut berkongsi cerita mengenai kisah mengidam isterinya yang pelik itu.
Kata Harris lagi, isterinya mengganggap sabun yang dimakan itu ada rasa ‘kicking’.
“Haa sudah bini aku ni dah makan sabun pulak ni, kata dia rasa dia, fuh kicking,” tulis Harris.
Malah dalam satu perkongsian melalui entri berlainan, Harris turut memberitahu, isterinya itu kemudiannya meludahkan semula kerana bimbang terkesan pada bayi dalam kandungan.
“Lepas mandi dia datang ,dia cakap dia jilat sikit pastu dia ludah and kumur balik.
“Tak sempat telan pun, nasib baik,” kongsi Harris lagi.
Perkongsian Harris itu sudah pastinya mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang meluahkan rasa bimbang dengan kesihatan bayi dalam kandungan serta memberi nasihat agar tidak diturutkan mengidam benda pelik-pelik.
Jalan & tidur semakin mencabar tatkala hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, Tya Ariffin akui perlu kawal makan supaya bayi dalam kandungan tak terlalu besar.
Melewati minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, isteri kepada Asyraf Dato’ Seri Khalid ini mengakui godaan terhadap makanan semakin besar.
Cabaran buat ibu yang bakal melahirkan ini ialah perlu mengawal makan supaya berat tidak naik keterlaluan dan bayi besar. Tya juga mengakui pergerakannya untuk berjalan serta untuk tidur juga semakin sukar.
tyaarifinnw Semakin kesini godaan lebih besar,
Kena jaga berat badan biar baby tak besar sgt, tapi nafsu makan semakin besar, jalan dan tidur semakin tak sedap?
Hahaha
Adik baby boleh tak ibu nak makan banyak tapi tak nak naik berat badan? ??
#memangtakla?
Keputusan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjelang Aidilfitri mencetuskan reaksi ibu bapa dan guru, terutama yang sudah membeli tiket perjalanan lebih awal.