Seolah-olah Ardy faham yang orang rakam wajahnya. Dia juga cukup sporting dan sentiasa beri mimik muka dan posing yang comel tiap kali di rakam lensa kamera.
Penyusuan anak melebihi 2 tahun tidak salah untuk dilaksanalan. Yang penting ibu kena kental hadapi orang sekeliling! Tapi kena ingat ini bukan penyusuan eksklusif.
Tahniah, anda sudah menyusukan anak selama dua tahun seperti yang digalakkan di dalam Islam! Kini, makin ramai ibu mengambil keputusan meneruskan amalan penyusuan susu ibu tetapi terpaksa menempuh cabaran yang datang daripada orang sekeliling.
Menurut IBCLC, Siti Nur Suraya Mohamed Ali pelbagai persoalan timbul apabila ada ibu yang mahu meneruskan amalan penyusuan susu ibu setelah anaknya mencecah usia dua tahun. Seharusnya hal sebegini tidak berlaku. Sebaliknya, mama kena yakini dan percaya bahawa proses menghentikan penyusuan susu ibu perlu dilakukan secara semula jadi dan tanpa paksaan.
JANGAN CERAI SUSU SECARA PAKSA!
Jangan lakukannya secara mengejut seperti meletakkan sesuatu pada payu dara ibu sebagai suatu usaha untuk merangsang si manja berhenti daripada berterusan menyusu susu ibu. Proses bercerai sususeperti ini boleh menggugatemosi anak, malah pada ibu itusendiri. Beringatlah, adalah fitrahuntuk anak berpisah susu denganibunya apabila tiba masanya.
Bagi anda yang nekad mahu meneruskan penyusuan susu ibu, berikut adalah soalan-soalan yang mungkin ditanya orang sekeliling. Turut disenaraikan ialah idea untuk anda respons kepad persoalan orang ramai dengan memberikan jawapan yang berhemah.
#1 HAH, MASIHMENYUSU LAGI?
Reaksi: Terima cemuhan dengan baik. Walaupun soalan bernada terkejut, ubah ia sebagai pujian. Jawab soalan tersebut dengan berkata, “Alhamdulillah,anak saya masih mahukan susuibu. Iamemberikan perlindunganimunisasi dan zat yang optimum.Selain itu, ia membantu sayamencegahdiri daripada barahpayu dara dan serviks.”
#2ANAK TAK GIGIT KE?GIGI DIA KAN DAHBANYAK
Reaksi: Terangkan dengan lemah lembut bahawa sepanjang penyusuan, gigi bayi tidak akan terkena pada payu dara. Lekapan yang baik akan memberikan keselesaan dan ketenangan. Menerusinya, susu ibu akan mengalir dengan baik. Malah, penyusuan susu ibu dapat membantu bayi memperoleh gigi yang cantik. Hal ini berikutan daripada aktiviti menghisap susu daripada payu dara membantu pembentukan gigi yang akan tumbuh.
#3ANAK TAKMAKAN KE?
Reaksi: Penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah untuk tempoh enam bulan pertama sahaja. Selepas usianya genap 180 hari, bayi akan mula mengambil makanan pejal. Apabila memasuki fasa ini, susu ibu hanya sebagai pelengkap dan bukan lagi makanan utamanya. Bertenanglah ketika berhadapan dengan persoalan seperti ini. Ini kerana kadang kala soalan ini ditujukan oleh golongan yang tidak pernah mempunyai anak ataupun belum berkeluarga. Niatkan dalam hati bahawa jawapan yang anda berikan ini sebagai pengenalan awal kepada yang individu yang bertanya. Jadi, dia akan mempunyai maklumat asas tentang penyusuan susu ibu sebelum dia mempunyai bayi nanti.
#4BILA NAK BERHENTI MENYUSU?
Reaksi: Anda boleh beritahu kepada yang bertanya bahawa doktor anda meminta anda melanjutkan penyusuan susu ini lantaran terdapat banyak kebaikan dan zat di dalam susu ibu. Sambil tersenyum beritahu bahawa anda sekeluarga gembira dengan proses ini dan ia langsung tidak mengganggu aktiviti seharian anda.
#5 DIA KAN DAH BESAR. PERLU MENYUSU LAGI KE?
Reaksi: Penyusuan susu ibu memberi ketenangan setiap kali anak anda sedih. Manakala anda pula berbesar hati membekalkan susu yang terbaik untuk perkembangan usianya. Tidak lama lagi anak anda akan menjejakkan kaki ke alam pra sekolah dan proses bercerai susu akan berlaku secara perlahan-lahan. Apa yang paling penting, fahami bahawa amalan melanjutkan tempoh penyusuan susu ibu menyediakan suatu ruang yang cukup selesa untuk anak bertenang dan belajar berdikari.
Yakinlah, anak yang cukup pengisian emosinya semasa dua tahun pertama lebih tenang dan mudah dikawal.
TIP KEKALKAN PENGHASILAN SUSU IBU
Minum air
Pastikan anda mengambil air minuman atau apa-apa sahaja jenis cecair lebih daripada tiga liter sehari.
Grooming
Ketika menyusukan anak, belailah dia. Langkah sebegini bagus kerana tanpa disedari anda sebenarnya sedang merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu.
Pam lebih lama
Bagi anda yang masih lagi mengepam payu dara untuk menghasilkan stok susu ibu untuk kegunaan anak yang berusia lebih dua tahun, jangan hadkan masa mengepam. Ambillah masa antara 15 – 20 minit untuk setiap belah payu dara. Yang penting, pastikan payu dara benar-benar kosong.
Urutan payu dara
Urutan di bahagian payu dara sememangnya baik untuk merangsang pengaliran susu ibu dengan lancar. Paling kurang, anda boleh mengurut payu dara sendiri dengan menuamnya menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Kemudian urut secara lembut dan perlahan-lahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika lampin si manja penuh atau bocor, bayi hanya boleh memberitahu anda dengan cara menangis. Begitu juga jika dia mengalami ketidakselesaan perut ataupun lapar. Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham?
Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!
Sebaiknya waktu berpantang, ibu kena lebih kerap susukan bayi bukannya asyik pegang pam sebab obses nak penuhkan deep freezer dengan stok susu. Ibu lepas bersalin kena betulkan tanggapan yang menganggap masa dalam pantang kena kerap pam susu untuk buat stok. Sebenarnya yang baru melahirkan dan masih dalam pantang sebaiknya usahakan mengukuhkan direct feeding dengan bayi.
Menurut Kaunselor Laktasi, Ziela Juzaila menyusukan anak dengan kerap semasa dalam pantang beri peluang cerah untuk menghasilkan susu yang cukup dan berpanjangan. Susukan bayi anda secara efektif dan efisien. Tidak ada stok dalam pantang bukan penyebab tidak dapat susukan anak sehingga 2 tahun!
Ramai yang menyangka semasa dalam pantang susu banyak susu meriah melimpah ruah dan itulah masa paling sesuai membuat stok. Kejap-kejap pegang pam kejap-kejap pam.
Tanggapan yang perlu diperbetulkan.
Sedangkan banyak perkara yang menyebabkan nampak susu banyak nampak meriah melimpah-limpah.
1. Perut baby kecil saja tidak mampu menampung jumlah susu yang banyak dalam satu-satu masa. Jadi, kebanyakkan bayi akan menyusu direct feeding sekerap setengah jam atau sejam sekali untuk jumlah susu yang cukup. Baby tak perlu susu yang banyak dalam satu-satu masa, baby kerap menyusu.
2. Rangsangan yang kerap ke payudara menghantar signal ke otak supaya susu dihasilkan. Makin kerap bayi menyusu makin banyak susu dihasilkan tapi bayi hanya minum cukup-cukup sesuai dengan ususnya saja.
3. Selepas uri dikeluarkan, hormon prolaktin akan meningkat. Susu akan berterusan dihasilkan (dengan syarat kerap susukan anak). Dalam tempoh itu kebanyakkan badan belum lagi dapat adjust menghasilkan susu yang sesuai.
4. Susu aktif dihasilkan tapi pengeluaran tidak berlangsung baik. Lebih-lebih lagi jika anak tidak menyusu dengan kerap. Dibedungkan tidur berlama-lama menganggu sesi menyusu.
Bila keadaan di atas berlaku, breast bengkak mula nak memerah. Nampak susu perahan banyak. Perah lagi. Perah dan perah lagi. Dalam pantang feed your baby bukan feed your freezer. Dalam pantang pegang baby sebilang masa bukan asyik-asyik pam yang dipegang. Baby bukan selamanya kecil. Pam itulah benda yang sama saiznya nak kena angkut sampai 2 tahun sepanjang waktu bekerja.
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.