Memandangkan stok topeng muka dan pencuci tangan susah nak dapat di pasaran ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk penjagaan kebersihan diri.

Ramai yang risau apa harus dilakukan jika ada gejala batuk dan selesema dan terpaksa keluar atas urusan tertentu tapi sukar untuk melindunginya.

Berikut perkongsian Dr Anisah Ali yang memberi alternatif dalam keadaan sekarang ini yang sentiasa memerlukan penjagaan lebih terutama aspek kebersihan.

Face Mask tengah out of stock everywhere! Kakitangan hospital dan klinik pun bercatu menggunakan face mask sekarang ni.

Salah satu teknik PREVENTION yang sangat ditekankan pihak kementerian kesihatan adalah untuk kita COVER MULUT & HIDUNG dengan MENGGUNAKAN FACE MASK jika ada gejala-gejala batuk & selesema!

Ni penting ya supaya kita tak menyebarkan jangkitan ke persekitaran.

Sekiranya TAK ADA MASK dan ada gejala-gejala batuk/selesema, ini yang patut anda lakukan.

IKLAN

1) Pegang Tissue atau Napkin atau Handkerchief.
Cover mulut dan hidung dengan tissue/napkin/handkerchief ketika bersin/batuk.

Dah selesai bersin/batuk pada tissue tu, terus buang ke dalam tongsampah ya! Jangan perap-perap dalam tangan atau dalam handbag atau dibiar atas meja. Jangan!

Sekiranya Tiada Mask, Ada Batuk & Selesema, Ini Patut Dilakukan. Ajar Sekali Pada Anak!

2) Jangan Tutup mulut dengan tapak tangan ketika batuk/bersin. Tapi, tutuplah dengan pelipat siku!

Ini akan lebih mengurangkan penyebaran jangkitan melalui tapak tangan.
(Ada ke orang pegang tombol pintu dengan siku?)

IKLAN

3) Kerapkan membasuh tangan dengan air dan sabun atau dengan Hand Sanitizer.

Setiap kali selepas bersin/batuk. Atau sekerapnya.

Sekiranya Tiada Mask, Ada Batuk & Selesema, Ini Patut Dilakukan. Ajar Sekali Pada Anak!

4) Kurangkan movement anda selagimana anda masih bergejala. Stay at home and rest saja.

IKLAN

Ambil ubatan yang perlu (seperti yang disarankan doktor ; Paracetamol, Anti-histamine, Antibiotic jika perlu), makan makanan yang baik untuk kesihatan, ambil vitamin yang selamat dan yang membantu menambah baik kesihatan.

Dan yang penting juga,
AJARKAN ANAK ANAK KITA LANGKAH LANGKAH PENCEGAHAN YANG BETUL!

They need to know how things are done. Because they can do it too. Correctly.

These are simple steps. But if done correctly, we can help calm the current storm!

Stay safe. Practice good hygiene. Dont be selfish! Take Care, All!

Sumber: Dr Anisah Ali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI