Pastinya ibu bapa tertanya-tanya apa yang boleh buat untuk anak-anak yang sedang dalam fasa nak belajar dan memahami dirinya sendiri. Perlu ke setiap kali keluar anak minta mainan kita beli atau paksa anak belajar?
Melalui apa yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mantapkan keupayaan anak dari awal.
Ibu ayah, apa yang boleh kita ajarkan kepada anak-anak sekitar usia 4 tahun ke atas selain ABC, 123, dan mengenal warna?
1. PLAY
Bila bercakap tentang PLAY, biasanya, kita akan terfikir “nak beli mainan apa eh nak bagi anak main?”. Tukar. Tukar kepada “macam mana ya nak main dengan anak-anak?”. Itu lebih tepat.
Percayalah anak-anak sebenarnya tak memerlukan permainan (tapi Wajihah pun toys dia satu bilik penuh)
Ads
Bercakap dengan mereka, respon pada soalan dan perbuatan mereka, beri ekspresi muka yang bersungguh-sungguh, jauhkan handphone ketika bersama mereka, semua ini adalah curahan perhatian yang mereka perlukan.
Ajarkan mengambil giliran, ajarkan berkongsi permainan, ajarkan toleransi, ajarkan mengasihani, ajarkan memberi, ajarkan berani menghadapi ketakutan, ajarkan menyelesaikan masalah….semua ini sangat banyak dipelajari dalam bermain.
Nak main apa?
Main masak-masak,
Main kejar-kejar,
Main hide and seek,
Main lompat tikus,
Ada masa kita perlu masuk ke dunia mereka untuk fahami apa yang mereka nak sampaikan.
Ads
Rendahkan ego, tinggikan empati, banyakkan toleransi. Bukan sepanjang masa, hanya semasa bermain.
2. SELF HELP SKILL
Dah 4 tahun, lepaskan mereka untuk menguruskan diri. Cukup sekadar pandu dan awasi..
Pakai baju, buka baju, Ke tandas, Mandi, Gosok gigi (might need extra help jika masih belum boleh berus bersih..nanti gigi rosak pula jika tak bersih betul-betul kan)
Lap badan
Sikat rambut
Makan minum
Apa yang mereka akan pelajari? Body awareness Perceptual motor Problem solving…dan banyak lagi
Ads
3. FEEL GOOD
Elakkan kata-kata negatif. Elakkan memberi gambaran negatif tentang diri mereka sendiri.
“Kakak ni comotlah”
“Suka sangat tak dengar kata ni kenapa?”
“Buat lagi perangai tak senonoh ni”
Elakkan dan gantikan dengan kata-kata pembakar semangat!
“Lepas makan cepat-cepat basuh mulut, barulah comel”
“Kalau dengar kata umi, nanti masuk syurga”
Beri mereka self image yang baik supaya mereka mampu feel good about themselves. Beri mereka harapan dan kepercayaan. Bekalkan mereka kekuatan dan perlindungan. Suburkan mereka dengan kasih sayang dan perhatian. Mantapkan mereka dengan ketegasan dan keberanian. We can do it!
Aabidah Ab Ghani Occupational Therapist Wafa Therapy Centre Brain Gym Facilitator
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu.
Apa itu latihan ke tandas?
Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan keberdikariaan. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih.
Kepentingan Latihan ke Tandas kepada Kanak-kanak
Ianya penting untuk perkembangan kanak-kanak supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa, kering dan bersih. Adanya latihan ke tandas, pada umur 2 hingga 2½ tahun kanak-kanak boleh dilatih untuk menjaga dirinya berada dalam keadaan kering dan bersih. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada latihan, pada umur 4 tahun sahaja mereka mungkin boleh berada dalam keadaan kering dan bersih.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang kurang upaya pula memerlukan bantuan latihan untuk menjadikan mereka lebih berdikari tanpa meminta bantuan pertolongan daripada sesiapa.
Cara memberi latihan kepada kanak-kanak yang normal dengan kanak-kanak yang kurang upaya adalah berbeza kerana melatih kanak-kanak yang kurang upaya memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu mengambil masa yang panjang. Dan apa yang penting adalah sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus untuk mereka supaya boleh lebih berdikari sendiri.
Kenapa kanak-kanak tidak mampu untuk ke tandas?
-Mempunyai perkembangan mental yang lambat dan juga menghadapi masalah fizikal.
-Ibu bapa/penjaga tidak menyediakan keperluan yang diperlukan dan juga memberikan latihan kepada anak.
-Kanak-kanak tidak mampu untuk mengawal pundi kencing mereka.
-Tidak mendengar ataupun memahami arahan yang ringkas
Langkah-Langkah untuk Latihan ke Tandas
Untuk Permulaan
Kenalpasti kekerapan dan masa yang biasa kanak-kanak itu membuang air. Untuk mengenalpasti keadaan ini, ibubapa / penjaga boleh membuat satu jadual untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air.
Ini penting untuk mengetahui tempoh yang diambil oleh kanak-kanak untuk membuang air. Cara untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air boleh dibuat dalam bentuk jadual.
Contoh Jadual : Jadual Kanak-kanak Pergi ke Tandas
HARI DAN MASA
MASA SEWAKTU MENGHANTAR ANAK KE TANDAS/POTTY
ADAKAH ANAK MEMBUANG AIR DI TANDAS/POTTY
BASAH
KERING
YA
TIDAK
Cara untuk Mengawal Membuang Air Kencing / Besar Dan Belajar untuk Berdikari
Mula Apabila Kanak-kanak Telah Bersedia
Biasanya kanak-kanak yang normal pada umur 2 hingga 2½ tahun boleh mula dilatih, tetapi bagi kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat, latihan ke tandas boleh dimulakan pada umur 3 atau 4 tahun ataupun lebih.
Tiga cara untuk melihat samada kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan latihan ke tandas :
Mengawal pundi kencing
Adakah kanak-kanak sentiasa kering pada setiap jam.
Adakah kanak-kanak tahu tentang hendak membuang air (lihat pada muka, dua belah kaki kanak-kanak).
Adakah kanak-kanak membuang air dengan banyak pada satu masa tanpa meleleh/menitis pada setiap masa.
Jika kanak-kanak dapat mengawal 3 perkara ataupun sekurang-kurangnya 2 perkara di atas, ini bererti mereka boleh mengawal pundi kencing dan latihan ke tandas boleh dimulakan.
Persediaan untuk bekerjasama
Untuk melihat kanak-kanak cukup memahami dan boleh memberi kerjasama, uji dengan memberikan arahan yang ringkas kepada kanak-kanak seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan juga meminta kanak-kanak menepuk tangan. Jika kanak-kanak boleh membuat dengan rela hati ini menunjukkan mereka telah bersedia dari segi mental untuk melakukan latihan ke tandas.
Persediaan fizikal dan emosi
Uji dengan cara seperti dibawah:
Bolehkah kanak-kanak mengambil objek yang kecil dengan mudah.
Bolehkan kanak-kanak berjalan /bergerak dengan sendirinya.
Bolehkah kanak-kanak mencangkung atau duduk diatas bangku /tempat duduk dan adakah mereka dapat mengimbangkan diri.
Bagi kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa.
Mula menunjukkan minat untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin pakai buang.
Mahu bersendirian apabila ingin membuang najis.
Jika kanak-kanak itu dapat lakukan seperti diatas, ini bermakna mereka sudah boleh dilatih untuk ke tandas tetapi masih memerlukan pertolongan dari segi fizikal dan emosi.
Melatih Kanak-kanak di atas Potty
Kenalpasti masa yang biasanya kanak-kanak membuang air contoh selepas makan.
Selepas mengenalpasti masa tersebut, latih kanak-kanak untuk ke tandas atau pun letakkan kanak-kanak di atas potty.
Berikan galakkan kepada mereka dengan perkataan yang biasa digunakan (seperti shiiiih atau poo).
Tinggalkan kanak-kanak diatas potty sehingga membuang air. Jika tidak membuang air, kanak-kanak tidak harus didudukan/ditinggalkan di atas potty lebih dari 10 minit.
Pastikan potty diletakkan dalam keadaan yang selamat.
Beri ganjaran setelah kanak-kanak berjaya membuang air seperti tepuk tangan, cium dia, dan lain-lain.
Jika kanak-kanak tidak membuang air semasa latihan, jangan paksa atau menghukum. Jangan mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan semasa latihan ke tandas.
Membersihkan
Terangkan kepada kanak-kanak bahawa bermain dengan najis adalah tidak baik.
Ajar kanak-kanak untuk membersihkannya dan basuh tangan kamu dan kanak-kanak itu dengan sabun.
Ajar dan bantu anak untuk menggunakan flush.
Ajar kanak-kanak supaya membasuh tangan dengan sabun selepas menggunakan potty bagi contoh dengan membasuh tangan anda sendiri.
Tunjuk Ajar Cara Menanggalkan Seluar dan Bukan Hanya Memberi Arahan
Ibubapa digalakkan memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian (seluar) yang mudah untuk ditanggalkan/dilonggarkan. Tujuannya untuk memudahkan kanak-kanak untuk menanggalkan/melonggarkan pakaian (seluar) mereka apabila hendak ke tandas.
Jika kanak-kanak tidak boleh melakukannya (susah untuk melaksanakan tugasan), ibubapa/penjaga tidak boleh melaksanakan tugasan tersebut. Bantu mereka dengan cara melakukan bersama-sama kanak-kanak tersebut supaya dapat belajar bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan sendiri.
Jika kanak-kanak susah untuk menarik pakaian (seluar) ke bawah, gunakan pakaian (seluar) yang mudah untuk dilonggarkan, contoh: seluar yang elastik, seluar yang menggunakan velcro.
Elakkan menggunakan seluar yang berbutang dan bertali pinggang.
Menggunakan Model Sebagai Contoh dan Demonstrasi kepada Kanak-kanak
Mengadaptasi Mengikut Kegemaran Kanak-kanak
Memberi Ganjaran kepada Kanak-kanak Setelah Mereka Berjaya Melakukannya
Latihan ke Tandas untuk Kanak-kanak Keperluan Khas
Ketidakupayaan fizikal – membuat pengubahsuaian tandas dan gunakan alat bantuan bagi memudahkan mereka menggunakan tandas tersebut dengan keadaan fizikal mereka .Mereka memerlukan sokongan dari ibubapa bagi mempelajari kemahiran yang baru untuk ke tandas.
Ketidakupayaan penglihatan – benarkan mereka menerokai tandas dan kedudukan tandas.Letakkan tangan kanak-kanak itu di bahu anda semasa anda bergerak dan beri galakkan untuk kanak-kanak untuk menyentuh peralatan yang digunakan di dalam tandas. Anda perlu menerangkan apa yang anda lakukan . Benarkan kanak-kanak itu untuk berdikari dan mencubanya. Mangkuk tandas bermuzik membantu dalam proses pembelajaran dan ianya menyeronokkan.
Ketidakupayaan pendengaran – Gunakan bahasa isyarat yang dapat difahami agar mereka boleh menggunakan ia untuk ke tandas. Gunakan buku untuk mengajar keperluan ke tandas.
Masalah pengawalan pembuangan air kencing – Latih kanak-kanak itu menggunakan jadual dan kerap ke tandas, contoh setiap jam perlu ke tandas samada untuk membuang atau tidak.
Permasalahan tingkahlaku – Tunjukkan gambar-gambar tandas atau kanak-kanak membuang air di tandas. Ajar untuk memberitahu, sekurang-kurangnya menyebut tandas,atau tunjuk ke arah tandas/gambar tandas/dan sebagainya.
Rujukan;
Creating Toilet Training Plan (2003). Guide to Toilet Training,American Academy of Pediatrics. Retrieved June 19 , 2013 from http://www.healthychildren.org
Mayo Clinic Staff (2011, 6 November).Potty training : How to get job done. Retrieved June 19 , 2013 from http://www.mayoclinic.com/health/potty-training/ CC00060/ METHOD=print
Syahida(2010, 13 January). Pendidikan Awal Kanak-kanak , latihan ke tandas. Retrived June 19, 2013 from http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/01/belajar-ketandas.html
Farah Lee yang sedang melanjutkan pengajian diperingkat Master in Childhood Studies mula berkongsi ilmu keibubapaan. Menarik dan sangat bernas!
Melalui Instagram, Farah telah memuat naik beberapa screenshot yang memaparkan tip keibubapaan yang ditulis oleh Hazhari Ismail.
So I repost, sebab, ada orang cakap mereka salah faham, mereka ingat info yang sebetulnya ada dalam gambar tadi (dah delete) ?
I posted this caption on my FB, keep on hold on my IG (saved as draft) sebab takde good connection and GMT sini beza dengan Msia ? So bila post tadi I just found out tuan pemilik sharing berkenan dah delete post tersebut. Maaf dan terima kasih ya 🙂
So now I repost je that caption as photos kat sini ya. Kami dalam aim untuk #empoweringparenthood sambil #championingchildhood.
So hopefully in order for the education system to change, parents pun kena ubah mindset and seek for a better parenting knowledge. Ingat, anak/cucu kita ni pinjaman je, tanggungjawab kita untuk pulangkan balik dalam bentuk sesempurna yang diberi pinjamkan ❤️
Dayyan panjat uhh! Netizen kata anak black panjang akal turun tangga gear reverse. Gelagatnya yang lucu dan aksi bersahaja membuat orang tak kering gusi. Jom tonton video ni!
Terbaru, Black kongsikan video anaknya Khaleef Dayyan yang berjaya melepasi tangga yang diletakkan pada bahagian bawah tangga menuju ke tingkat atas rumahnya. Keadaan itu akhirnya disedari Black & isteri yang meminta Dayyan turun. Maka bermula sesi soal jawab Black dengan Dayyan dengan perbualan yang mencuit hati.
Masa ni Khaleef Dayyan umur 2 tahun,dah panjang akai!!!
Tutup la kot mana pon pakai pagaq dia pasti ada jalan penyelesaian utk keluaq!!
Yang melucukan apabila Dayyan mengatakan Dayyan Panjat Uhh seolah-olah satu pencapaian besar dicapainya dan menari-nari apabila berjaya turun.
Para follower Black memberikan komen yang pelbagai tapi rata-ratanya memuji kebijaksanaan Dayyan sejak kecil lagi. Kata mereka, Dayyan memang panjang akal! Semuanya pasti terhibur dengan aksi anak kecil ini.