Ada kalanya kesan selepas vaksin itu tidak terjadi sejurus sahaja suntikan diberikan. Ia mungkin akan muncul selepas beberapa jam atau hari – juga dianggap sebagai tanda vaksin berfungsi dengan baik.
Jadi selepas vaksin apa perlu buat jika si kecil mengalami kesan sampingan atau demam? Ini yang ibu bapa perlu ketahui mengenai kemungkinan tindak balas bayi terhadap suntikan imunisasi.
Memahami kesan selepas vaksin
Suntikan vaksinasi adalah selamat. Namun seperti pengambilan ubatan lain, ia ada kalanya akan mengembangkan beberapa kesan sampingan.
Selalunya tindak balas yang berlaku adalah ringan dan setempat – seperti rasa sakit atau kemerahan pada bahagian suntikan diberikan – serta hanya berlangsung untuk tempoh 1-2 hari.
Demam ringan juga berkemungkinan untuk berlaku, namun kesan yang lebih serius adalah jarang terjadi. Pun begitu, untuk membuktikan vaksin berkaitan dengan kesan sampingan tertentu bukanlah mudah. Apatah lagi jika si kecil cenderung jatuh sakit. Secara tidak langsung membuatkan sesetengah ibu bapa percaya bahawa vaksin yang menjadi punca anak mereka tidak sihat.
Seperkara lain yang perlu difahami, pemberian vaksin juga adalah ketika garis tumbesaran tertentu anak bermula. Contohnya, vaksin MMR diberikan semasa bayi berusia setahun dan pada ketika inilah kelewatan tumbesaran anak mungkin baru disedari ibu bapa.
Situasi tersebut mengakibatkan ada ibu bapa yang mengaitkan vaksin dengan sebarang proses kelewatan perkembangan.
Tetapi, bagaimana pula jika berlaku kesan sampingan selepas vaksin apa perlu buat, ya?
Kesan selepas vaksin bagi kanak-kanak bawah 5 tahun
Ads
Kesan sampingan yang paling biasa adalah di bahagian suntikan diberikan, ini termasuk:
Bengkak
Kemerahan
Benjolan kecil yang keras
Gejala ini akan hilang dalam masa beberapa hari dan anda tidak perlu melakukan apa-apa mengenainya. Kadangkala si kecil juga berkemungkinan untuk demam.
Bagaimana pula kesan selepas suntikan imunisasi lain seperti MMR atau vaksin 6 serangkai, adakah terdapat perbezaan?
Kesan selepas vaksin MMR
MMR terdiri daripada 3 vaksin – campak, beguk dan rubella (campak Jerman) – yang boleh menyebabkan tindak balas pada masa berbeza selepas suntikan.
Kesan sampingan selepas 6 hingga 10 hari:
Demam
Ruam seperti campak
Hilang selera makan
Kesan selepas vaksin untuk tempoh 2 hingga 3 minggu
Sekitar 2-3 minggu selepas suntikan, vaksin beguk boleh menyebabkan gejala seperti beguk – demam dan kelenjar bengkak – pada sesetengah kanak-kanak.
Kesan sampingan pada 12 hingga 14 hari
Ads
Vaksin rubella boleh menyebabkan ruam kecil dan sedikit peningkatan suhu badan. Dalam keadaan yang jarang berlaku, ruam juga boleh berlaku sehingga 6 minggu kemudian.
Vaksin 6 serangkai: Kesan sampingannya
Secara umumnya, kesan sampingan adalah ringan dan berjangka pendek. Bahkan, kebanyakan bayi tidak akan mengalami sebarang masalah sama sekali.
Reaksi biasa terhadap vaksin 6 dalam 1
Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan
Demam (suhu tinggi melebihi 38C) – lebih biasa pada dos kedua dan ketiga
Muntah-muntah
Tangisan luar biasa
Mudah meragam
Hilang selera makan
Kesan selepas vaksin 6 serangkai yang jarang berlaku
Reaksi alahan terhadap vaksin 6 dalam 1
Amat jarang sekali untuk bayi mengalami reaksi alahan yang teruk – anafilaksis. Anafilaksis adalah tindak balas alergi yang boleh membawa kepada ketidaksedaran atau kematian.
Selepas vaksin apa perlu buat
Normal untuk bayi menjadi agak cranky sehingga 48 jam selepas suntikan. Untuk menenangkan si manja, anda boleh:
Ads
Berikan mereka pelukan
Tawarkan mereka minuman sejuk tambahan, jika menyusu badan, susukan lebih kerap
Bawa mereka berjalan menghirup udara segar
Jika bahagian suntikan kemerahan, tuamkan dengan kain sejuk bersih antara 5-10 minit – ini juga dapat menenangkan bayi.
Bayi mengalami demam panas
Selepas vaksin apa perlu buat jika bayi mengalami demam panas? Lakukan perkara berikut untuk menyejukkan mereka:
Pakaikan si manja pakaian nipis dan elakkan penggunaan selimut
Tawarkan minuman tambahan. Bagi bayi yang menyusu, susukan dengan lebih kerap
Anda juga boleh berikan paracetamol untuk bayi bagi mengurangkan suhu. Tetapi dapatkan persetujuan doktor terlebih dahulu.
Waspada terhadap kesan selepas vaksin yang serius
Kesan sampingan yang teruk jarang berlaku. Tetapi lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik segera jika bayi mengalami gejala berikut dalam masa 2 hari selepas suntikan:
Demam panas – 38°C atau lebih untuk bayi di bawah usia 3 bulan dan 39°C untuk si manja 3 bulan ke atas
Menangis lebih daripada 3 jam pada satu masa – jangan keliru dengan gejala kolik – atau tangisan bernada tinggi yang berlangsung lebih sejam
Sawan
Kelesuan, tidak bertindak balas atau mengantuk yang berlebihan
Reaksi alahan seperti bengkak mulut, muka atau tekak, kesukaran bernafas mahupun ruam
Perubahan tingkah laku – sesuatu yang tidak normal pada anak
Sekiranya terdapat kebimbangan tentang bagaimana bayi bertindak balas terhadap sebarang suntikan vaksinasi, rujuklah kepada doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Cabaran menyusukan anak berlainan bagi setiap ibu. Proses menyesuaikan diri dengan waktu penyusuan dan waktu tidur memang banyak dihadapi khususnya bagi ibu yang masih di dalam pantang.
Selebriti Salima Habibi yang baru melahirkan cahaya mata keduanya, Syarifah Nur Asmaa’ Syed Abdul Kadir Aljoofre pada 11 Ogos 2018 lalu juga pernah menghadapinya ketika awal kelahiran bayinya itu.
Salima menceritakan tentang dia pernah kekurangan tidur kerana anak menyusu dari tengah malam hingga ke pagi hingga menyebabkan masalah saraf pada mata dan pipi kanak tidak boleh bergerak selama beberapa hari.
Hal tersebut di Instagram menerusi Instastory apabila ada netizen yang DM bertanyakan tentang penyusuan susu ibu dan milkbooster yang diamalkan. Dia juaga turut berkongsi corak pemakanan yang diamal semasa pantang.
Berikut ialah perkongsian Salima;
Yes, Asmaa’ fully bf. Jawapan bagi ramai yang DM, ni xde amik pape untuk milkbooster alhamdulillah rezeki Asmaa’, makan macam biasa sahaja.
Saya berpantang tapi makan sayur, makan lauk ayam, ikan dan daging. Makan buah.
Jangan stress, awal-awal aritu cukup time je akan susukan juga Asmaa’ walau pun dia tidur.
So that tak bengkak susu dan train dia supaya nak susu from me…
Ada time tu Asmaa’ pernah tak tidur malam langsung start 12 tengah malam sampai 5 pagi. Tidur kejap then bangun pukul 6 sampai 8 pagi menyusu sahaja.
Dalam time tu entah berapa kali tukar diapers dia kencing berak cukup semua.
Memang penat sangat Ya Rabbi, mula-mula memang sampai pening, sampai tahap mata ada probem saraf sikit, mata dan pipi kanan tak leh gerak dan tak rasa hahah scary kan tapi dalam dua tiga hari je..
Tapi malam kedua ketiga Sal dan prepare, make sure tidur siang masa dia tidur dan malam ti time menyusu sakan I pasang TV tengok rancangan kegemaran, minum kopi makan buah bagai. So takdelah stres dan boring hehe.
Alhamdulillah bile buat macam tu, xdelah sambil menyusu rasa nak nangis ke apa…
Wow! “Sememangnya Allah Maha Pengatur.” Begitu kongsi pelakon Datin Niena Baharun yang telah selamat menimang cahaya mata keduanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam.
Kelahiran bayi perempuan yang cukup dinantikan oleh keluarga kecil ini. Menariknya kata Niena melalui instagramnya, anak keduanya itu berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan anak sulung lelakinya.
Bukan hanya tarikh, bahkan kata Niena lagi, selain hospital, mereka juga memilih doktor yang sama seperti kelahiran anak sulungnya yang terdahulu.
“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama, Dr. Seri.
“‘Our little girl is born, 24.10.2020’,” katanya berkongsi.
Berita gembira itu dikongsikan Niena menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi beserta sekeping gambar selepas kelahiran bayi keduanya itu.
Melalui entri yang sama juga, Niena meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikut yang sentiasa mendoakannya.
“Terima kasih untuk segala doa dan ucapan daripada anda semua,” katanya berkongsi.
Double Celebration Untuk Anak
Melalui entri berlainan pula, Niena turut berkongsi beberapa keping gambar dan video yang memaparkan sambutan hari lahir anak sulungnya serta kelahiran si comel yang berkongsi tarikh sama.
Malah dua biji kek sebagai simbolik ‘double celebration’ buat pasangan ini cukup comel. Cukup bermakna sambil dikelilingi keluarga terapat. Comel sekali.
Dalam pada itu, para pengikut Niena di instagram juga rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah sambil mendoakan kesejahteraan pelakon itu.
Terdahulu, Niena mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini genap usia dua tahun semalam.
Selepas melalui fasa kritikal beberapa minggu lalu, walid dan mama Ainul Mardhiah menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk terus bersama anak sulung mereka.
Dah mula kembali aktif
Menerusi laporan Kosmo, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, kini dilihat semakin stabil dan sihat selain mula aktif bermain dengan adiknya di rumah.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak yang berkongsi mengenai perkembangan itu berkata, Ainul Mardhiah telah dibenarkan pulang pada Jumaat lalu (26 Ogos) selepas lebih tiga minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah hospital.
“Alhamdulillah Ainul sekarang dah bersama kami di rumah, doktor benarkan keluar hospital pada Jumaat lalu.
“Keadaan Ainul juga semakin stabil dan sihat,” katanya berkongsi perkembangan terkini Ainul.
Terdahulu, Ainul Mardhiah dimasukkan ke PICU disebabkan jangkitan kuman serta turut mengalami serangan sawan berulang beberapa kali.
Perlu rawatan susulan seminggu sekali
Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin memaklumkan Ainul Mardhiah masih perlu mendapatkan rawatan susulan sekali seminggu sehingga doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya.
Semalam, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi memuat naik video memaparkan dua anaknya itu sedang bermain bersama menerusi InstaStory.
Raut wajah Ainul Mardhiah juga kelihatan gembira dapat berada di rumah bersama keluarga tercinta.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.