Selain Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun, KKM Kongsikan 3 Golongan Ini Tak Perlu Pakai Mask

Share

Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba menerusi Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengeluarkan garis panduan mengenai pemakaian pelitup muka (Facemask.)

Dalam kenyataan itu, beliau memaklumkan bahawa pelitup muka tidak boleh dipakai oleh empat golongan.

Menurut perkongsian di laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, golongan yang tidak boleh memakai pelitup muka adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun, mereka yang mengalami masalah kesukaran untuk bernafas, individu yang tidak sedarkan diri, serta mereka yang kurang berupaya atau atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh:

1. kanak-kanak yang berumur kurang 2 tahun

2. Mereka yang sukar bernafas

 

3. Individu yang tidak sedarkan diri

4. Kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Selain daripada itu, KKM turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa pelitup muka tidak boleh dikongsi. Dan sesudah ianya dipakai, ia perlu dilupuskan dengan cara yang betul.

Pemakaian pelitup muka boleh mencegah penyakit saluran pernafasan termasuk COVID-19.

Sumber: KKM

 

 

IKLAN