Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba menerusi Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengeluarkan garis panduan mengenai pemakaian pelitup muka (Facemask.)
Dalam kenyataan itu, beliau memaklumkan bahawa pelitup muka tidak boleh dipakai oleh empat golongan.
Menurut perkongsian di laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, golongan yang tidak boleh memakai pelitup muka adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun, mereka yang mengalami masalah kesukaran untuk bernafas, individu yang tidak sedarkan diri, serta mereka yang kurang berupaya atau atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.
Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh:
1. kanak-kanak yang berumur kurang 2 tahun
Ads
2. Mereka yang sukar bernafas
Ads
3. Individu yang tidak sedarkan diri
4. Kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.
Selain daripada itu, KKM turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa pelitup muka tidak boleh dikongsi. Dan sesudah ianya dipakai, ia perlu dilupuskan dengan cara yang betul.
Ekonomi dunia telah teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Di Malaysia pula, sesetengah perniagaan seperti pelancongan terjejas teruk tambahan pula setelah arahan pergerakan kawalan dikeluarkan akibat peningkatan jumlah pesakit Covid-19 banyak perniagaan lain juga terpaksa menutup operasi selama dua minggu.
Ekoran kes ini mungkin ramai yang kehilangan pendapatan bulanan, mungkin juga ada yang bakal dipotong gaji dan tidak bergaji. Justeru itu, sebuah bank telah mengumukan skim pelepasan kewangan kepada pinjam untuk meringankan beban rakyat Malaysia.
Pelanggan yang dihargai,
Maybank telah memperkenalkan skim pelepasan kewangan (penangguhan pinjaman sehingga 6 bulan) untuk pelanggan yang terjejas oleh situasi semasa penularan virus Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Ini adalah termasuk penjadualan semula kemudahan pembayaran jika perlu.
Jika anda terkesan dengan situasi semasa dan ingin memohon untuk pelepasan ini untuk kemudahan fasiliti yang anda mungkin ada dengan kami, sila isi borang permohonan application form:
Perginya insan tersayang membuatkan hati menjadi sayu dan sedih. Apatah lagi jika mempunyai hubungan yang rapat.
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia ekoran daripada tercekik bebola ikan semasa mengambil sarapan pagi di tadika. Ia dibuktikan dengan keputusan bedah siasat yang dijalankan.
Dalam kejadian yang berlaku Khamis lalu, si kecil dikenali sebagai Allahyarham Izmir Merican Idham Merican meninggal dunia semua menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
AWALNYA SUKAR TERIMA PUNCA KEMATIAN
Berkongsi kisah tragis ini, Emi yang juga ibu saudara Izmir memberitahu mereka sekeluarga pada awalnya sukar menerima punca kematian kanak-kanak itu.
“Saya dapat tahu daripada pakcik (datuk mangsa) pada kira-kira jam 11.45 pagi. Waktu itu saya terus terkedu, terduduk dan menangis.
“Saya terus tinggal kerja..pergi bersiap ambil anak dari sekolah dan terus ke rumah pakcik. Sampai sana baru tahu sebenarnya Izmir tercekik fishball.
“Kami semua in denial sebab fishball tu ingatkan kecil dan tak mungkin tercekik tapi rupa-rupanya besar. Memang besar dan sepatutnya dipotong,” katanya.
MENGGELUPUR & MULUT BERBUIH TAPI IZMIR TIADA SAWAN
Jelas Emi, kejadian berlaku ketika anak-anak pra sekolah di tadika itu sedang bersarapan.
“Saya diberitahu kejadian berlaku ketika sarapan dan hidangan pagi itu ialah mi sup. Agak terkilan jugalah.
“Bila cikgu datang dia dah menggelupur sebelum mulutnya berbuih. Tak dapat bayangkan keadaan ketika itu.
“Paling menyedihkan adik dia pun satu sekolah di situ, tengok abang dia tengah struggle. Ingatkan sakit perut tapi sebaliknya berlaku,” katanya.
Emi turut terkilan dengan responds pihak pengurusan tadika terbabit semasa menangani situasi cemas berkenaan.
“Sewaktu kejadian mak ayah Izmir baru sampai pejabat. Tadika tanya mak dia sama ada Izmir ada sawan ke, mak dia kata tak ada.
“Saya juga diberitahu mereka buat CPR tapi Izmir tak sedar sebab fishball masih tersekat. Masa itu dia sampai hospital, Izmir masih lagi diberi bantuan CPR.
BADAN MASIH PANAS
Emi juga turut berkata badan anak saudaranya itu masih panas ketika kejadian.
“Waktu itu badannya masih panas. Lepas stop CPR…terus sejuk. Macam tak boleh ikhtiar lagi dah, nak operate pun tak sempat. Dia hilang sekelip mata,” kata Emi.
BARU MINGGU LEPAS DATANG BERAYA
Emi turut memberitahu Allahyarham seminggu sebelum kejadian telah hadir beraya di ke kediamannya. Antara perkara pelik yang terjadi ialah si kecil ini enggan menerima duit raya.
“Baru minggu lepas mereka datang beraya ke rumah kami. Dok nampak muka dia seronok main dengan anak saya (Dzariff).
“Mulut ni tak habis puji Izmir comel geram tengok pipi putih gebu dia. Tengok Allah marah puji lebih-lebih. Subhanallah tersentak sangat.
“Patutnya minggu ni kami pergi beraya rumah mereka. Beriya ajak Dzariff datang rumah. Dia macam dapat rasa dia nak pergi. Bila Dzariff datang tengok Izmir tak ada.
Dalam pada itu, Emi turut mendedahkan perubahan sikap Izmir sebelum kejadian tersebut.
“Minggu lepas masa nak bagi duit raya, dia tak nak ambil. Mak dia ada kata semua rumah dia buat macam tu.
“Mak dia pun cakap pelik sebab semua budak suka bila dapat duit raya,” kata Emi.
HARAP JADIKAN PENGAJARAN
Selepas insiden itu, Emi berharap agar tragedi ini dapat dijadikan pengajaran dan membuka mata orang ramai.
“Jangan ambil remeh. Sepatutnya haramkan terus makanan seperti fishball, buah anggur dan rambutan di sekolah.
“Kalau tidak kes seperti ini tidak mustahil akan berulang lagi pada masa hadapan,” katanya yang turut menggesa pihak tadika atau sekolah diajar cara untuk menangani situasi kecemasan seperti kes tercekik makanan.
Dalam sesebuah perkahwinan, setiap pasangan pasti inginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang baru sahaja berkahwin tidak sampai dua bulan terus disahkan positif hamil. Ada yang bertahun-tahun lamanya menanti, setiap kali tidak datang bulan dah berpuluh-puluh alat ujian kehamilan dibeli, dari yang murah hinggalah yang mahal namun sudah tertulis belum ada rezeki.
Hati isteri mana yang tidak sedih, setiap kali UPT menunjukkan ujian negative, terus cepat-cepat dibuang agar tidak melukakan hati suami. Dalam diam, si isteri mengelap air mata kesedihan. Dalam hati tiada siapa yang tahu, berat sungguh ujian ini.
Soalan-soalan seperti “bila lagi ni nak ada anak”, “tak berubat ke” sebenarnya boleh melukakan hati pasangan yang betul-betuk inginkan zuriat. Begitulah yang terpaksa dilalui oleh pasangan ini, ikuti perkongsian En. Farhad Hassan
AIDILFITRI TANPA CAHAYA MATA
Aku percaya bila hari raya je, mesti akan banyak soalan pasal anak ni oleh saudara mara/kawan. Aidilfitri tahun 2019 ni tahun kelima aku beraya tanpa cahaya mata dengan cik isteri. Berdua kemana-mana.
Bila orang tanya, dah habis rasanya template jawapan ni nak jawab. Usaha sudah, berubat sudah, jumpa pakar pon sudah. Tapi belum ada rezeki lagi. Kalau Allah belum berkehendakkan benda tu jadi, buat macam mana pon takkan jadi.
Banyak benda yang orang luar tak nampak . Rasanya da berpuluh test da di beli. Tiap-tiap kali negative, cik isteri senyum je geleng kepala. Habis berendam air mata aku tengok.
Bila baca berita kanak-kanak dibuli, didera, ditinggalkan, bayi dibuang, teresak2 cik isteri menangis. Mungkin terkilan amanah Allah yang sangat-sangat diidamkan ibarat tiada nilai pada sesetengah orang.
Jangan Sesekali Pertikaikan
Tapi aku selalu ingatkan jangan sesekali pertikaikan Ya Allah, kenapa Kau pilih aku? Kenapa aku yang belum dikurniakan cahaya mata? Sebab pernah tak kau cakap macam tu bila tengah happy?
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat cabutan bertuah Honda Civic ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat bonus 3 bulan gaji ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat melancong free ni?”
Sabar, Allah itu maha adil. Mungkin belum ada rezeki anak tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain.
Jangan Pandang Kekurangan Isteri
Jangan ingat yang tak de anak je yg diuji, yang dah ada anak lain pula ujiannya. Ada yang tiada me time, tiada masa dengan pasangan sendiri, tiada masa melepak, tak cukup duit dan macam-macam lagi.
Tiada yang kurangnya pun perkahwinan korang kalau belum dapat cahaya mata. Jangan ada rasa kurangnya isteri tu bila dia belum dapat bagi zuriat. Jangan jatuhkan darjat isteri kau, dan jangan calarkan maruah lelaki lain dengan berfikiran naif macam ni.
Sibuk fikir salah pasangan tak dapat kurnia zuriat, tapi kau sendiri lupa nak bimbing bacaan quran isteri, perbetulkan solat sama-sama, tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Jangan Bersedih Bagi Yang Belum Dikurniakan Zuriat
Untuk pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Mungkin Allah belum beri rezeki zuriat tu sebab tau kekangan wang yang kita ada?So guna masa yang ada untuk cari duit lebih banyak2 untuk simpanan masa akan datang. So bila ada rezeki anak tu, cukup semua makan pakai.
Gunakan masa yang ada berbakti kepada ibubapa, pasangan, pergi melancong, pergi tengok marathon movie yang anda minat, spend masa dengan pasangan anda macam waktu bercinta dulu.
Kalau yang niat bertanya atau berkongsi pengalaman rasa tiada masalah. Jangan layankan sangat dengan AJK persatuan makcik bawang yang selalu menyindir. Biarkan mereka dengan mulut mereka. Sebenarnya diaorang cemburu dengan life honeymoon korang.
Sebagai suami, tugas kita bagi sokongan moral. Jadilah peneman yang bagi kata-kata semangat, menenangkan cik isteri. Jangan biarkan isteri kita keseorangan menahan tekanan tu. Kita dah janji nak sama-sama kan?
Semoga Semua Yang Menanti Dikurniakan Cahaya Mata
InsyaAllah saya doakan semua yang sedang membaca ni dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga ada rezeki kita semua raya bertiga tahun 2020.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.