Menyambut kelahiran bayi bukan sahaja merubah seorang wanita menjadi ibu, bahkan seorang lelaki menjadi ayah. Seringkali masyarakat memberi keutamaan kepada perubahan emosi seorang ibu lantas mengambil mudah soal perasaan seorang ayah. Perlu diingatkan, setiap anak memerlukan seorang ayah seperti mana mereka memerlukan si ibu.
Krediti foto: Facebook Mohd Azizi
Sebenarnya jika seorang anak itu mempunyai bonding dengan ayah mereka, ia memberi kesan jangka masa panjang yang positif terhadap tumbesaran mereka. Rapat dengan anak-anak juga dapat membina keyakinan seorang lelaki untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang ayah.
Seringkali kita terlupa akan kepentingan memberi perhatian kepada ayah yang baharu menjadi bapa, kerana kita terlalu sibuk menjaga emosi si ibu yang melahirkan anak.
Keutamaan harus diberikan kepada si ibu kerana ternyata pengorbanan yang mereka lakukan itu tidak dapat ‘dibayar’ dengan apa pun. Tetapi, penghargaan juga harus diberikan kepada si ayah jika dia bersungguh-sungguh berusaha menyediakan yang terbaik buat isteri tersayang serta anak mereka.
Sebuah laporan kajian yang dilakukan oleh Dove Men+Care and Promundo (sebuah organisasi yang memperjuangkan kesamarataan jantina) membuktikan jumlah hari cuti untuk seorang ayah ketika baharu menerima bayi amat memberi kesan kepada mereka.
Dalam kegembiraan menerima ‘orang baru’ dalam keluarga, mereka sebenarnya bersedih kerana tidak dapat meluangkan masa lebih lama bersama keluarga kerana jumlah cuti yang diberikan kepada mereka sangat singkat.
85 peratus bapa dari Amerika Syarikat, Argentina, Brazil, Kanada, Jepun dan Netherlands yang menjalani bancian tersebut mengatakan yang mereka sanggut berbuat apa sahaja untuk terlibat bersama si isteri pada minggu-minggu awal kelahiran anak mereka.
Walaupun kajian menyatakan begitu, tetapi kurang daripada 5 peratus bapa serata dunia tidak dapat bercuti lama kerana polisi kerajaan, tekanan kewangan dan kurang sokongan dari ketua jabatan di tempat kerja mereka.
Kesimpulannya, para bapa hari ini berhadapan dengan konflik dan terdesak untuk bersama isteri dan menjaga anak-anak bersama, tetapi tidak mampu atas kekangan tertentu. Jika niatnya betul dan ikhlas, mungkin suatu hari nanti para bapa akan diberi cuti yang lebih lama untuk menyambut kelahiran anak mereka.
Didik anak cinta solat merupakan satu cabaran besar kepada semua ibu bapa tak terkecuali selebriti Datin Rebecca Nur Islam atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Becca.
Ibu kepada tujuh orang anak ini mengakui anak-anak akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena tunjukkan perbuatan yang baik di depan anak-anak.
Bagaimanapun lumrah anak-anak, masing-masing ada perangai yang berbeza-beza. Sudah tentu ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak terutama bila melibatkan bab bersolat.
Bagi Mummy Becca sendiri, dia bukan seorang ibu yang garang atau menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anaknya walaupun pada anak-anak yang kadangkala tak nak dengar kata.
“Biasalah dalam ramai-ramai anak akan ada yang kadang tak nak dengar cakap kita terutama bila dia tengah asyik main game kita suruh berhenti dan solat. Biasanya saya akan ambil tindakan membebel je.
Macam anak saya Adam tu, kalau dia tengah main game kita suruh berhenti mandi dan solat tapi dia buat tak tau je, saya akan cakap kalau satu hari Mummy takde tiba-tiba, so macam mana. Dia akan terus bangun dan segera buat apa yang saya suruh,” kongsi Mummy Becca tentang pendekatan yang digunakan untuk menyuruh anak bersolat dalam sesi live Pa&Ma E-Workshop Kem Solat Anak Mudah, Seronok & Berkesan.
Gemar Berbual Dengan Anak
Menurut Rebecca cara tersebut didapati berkesan untuk membuatkan anaknya mudah mendengar kata selepas satu hari mereka sekeluarga membuat sesi berbual tentang kehidupan di meja makan.
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam
“Masa kat meja makan tu saya berbual dengan anak-anak tentang pelbagai dugaan yang kita lalui dalam dunia sekarang ni, tentang kedatangan hari kiamat, tentang bagaimana kehidupan bila saya dan daddy mereka tiada nanti. Jika mereka selalu nak buat nakal dan tak nak dengar kata, asyik nak main games je. Tiba-tiba anak-anak saya menangis sebab takut kehilangan kami,” ceritanya.
Selain daripada itu Rebecca mendapati caranya yang sukar mengingatkan anak-anak tentang pentingnya bersolat untuk kekuatan mereka sendiri berkesan untuk membuatkan anak-anaknya mudah bersolat.
“Saya suka bercakap dengan anak-anak dr segi ingatkan dia masa akan datang. Walaupun nakal dan kadang-kadang tak nak dengar cakap mummy tapi kita kena solat sebab solat ni macam dinding kepada rumah.
Saya suka buat mereka berfikir. So kalau rumah tak de dinding apa jadi dengan rumah kita? Nanti mereka akan terfikirlah dan cakap tak cantiklah rumah kalau tak ada dinding.
Jadi macam tu lah dengan solat, kalau tak solat kita jadi lagi nakal dan tak nak dengar cakap mummy.
Selain dari itu saya juga bagitau mereka bila solat mereka boleh mintak doa pada Allah apa sahaja yang diinginkan. InsyaAllah akan dimakbulkan. Syukur kerana anak-anak saya memang anak yang mendengar kata.”
Pengalaman Bawa Anak Umrah
Rebecca yang baru empat hari pulang dari mengerjakan umrah bersama suami dan kesemua anaknya bersyukur kerana mereka semua mendapat peluang bersolat depan kaabah.
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam
Menurutnya peluang tersebut turut membuka mata anak-anaknya tentang amalan solat yang sentiasa diingatkan.
“Bila dapat peluang solat depan kaabah, mereka tanya kenapa macam-macam jenis manusia pelbagai jenis warna kulit bersolat depan kaabah. Saya beritahu mereka semua yang hadir di sini bersolat kerana Allah, sama macam yang mummy selalu pesan kat anak-anak. Semua mereka ada keinginan yang mereka nak dari Allah. Jadi mereka bersungguh-sungguh bersolat.
Secara tak langsung terutama anak-anak yang lebih kecil lebih memahami maksud solat yang selama ini mummy selalu ingatkan.
Katanya InsyaAllah apa yang kita didik dari kecil itu yang anak-anak akan amalkan sampai besar. Jadi peranan ibu bapa itu sangat penting dalam bab mendisiplinkan anak bersolat.
“Biasanya anak-anak yang masih kecil dalam usia 3 tahun ke bawah akan rapat dengan mummy dan daddy. The fact is anak akan tengok dan contohi apa yang kita selalu buat.
Contohnya kalau kita selalu baca al-Quran dan solat, mereka akan ikut perbuatan kita. Masa anak-anak kecil mereka selalu akan bentang sejadah bila saya nak solat. Lepas tu mereka buat aksi meniru perbuatan solat.
Adakalanya memang gelagat mereka tu lucu dan boleh membatalkan solat kita sebab tak tahan gelak. Tapi kita raikan sahaja gelagat anak-anak kecil sebab saya beranggapan masa kecil mereka hanya sekali, so apa yang mereka buat masa kecil semuanya jadi memori,” ujarnya yang tidak menggunakan pendekatan marah atau pukul anak.
Ambil Ustaz & Ustazah Ajar Anak Bersolat
Selain sentiasa mengingtkan anak-anak tentang solat, Rebecca turut mengambil ustaz dan ustazah untuk mengajar anak-anaknya bersolat di rumah.
“Walaupun kita memang ajar anak-anak solat di rumah tapi adakalanya terlepas benda-benda detail dalam mendidik anak-anak tentang solat. Anak-anak saya dah sedia maklum kelas solat mereka setiap hari apa dalam seminggu. Ustaz akan ajar anak-anak lelaki dan ustazah pula ajar anak-anak perempuan.”
Justeru Rebecca turut menyarankan agar ibu bapa lain yang mungkin tidak sempat untuk konsisten mengajar anak solat, boleh usahakan mencari ustaz atau ustazah yang boleh datang ke rumah mengajar anak-anak solat atau hantar mereka ke kelas-kelas atau kursus-kursus belajar solat sejak usia kecil.
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam
“Tetapi bagi yang ada masa macam suri rumah, memang beruntunglah boleh ajar anak bersolat. Yang penting kita kena konsisten ajar setiap hari. Ajar dalam 10 minit secara konsisten langkah demi langkah untuk bersolat bermula daripada ambil wuduk dan seterusnya.
Katanya, anak-anak kecil sangat bijak. Kalau kita ajar mereka secara konsisten InsyaAllah mereka akan ingat dengan mudah,” demikian menurut ibu yang memperuntukkan setiap hujung minggu untuk hari bersama anak-anak sambil buat ulang kaji secara santai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas hampir tiga minggu pemergian isteri tercintanya, Siti Sarah, Shuib berkongsi perkembangan terkini ketiga-tiga anaknya yang saban hari merindui ibu mereka.
Menerusi sesi Live di Instagramnya bersama rakannya, Abu Talib Husin dan pendakwah Mohammad Yaakub Yusra semalam, Shuib turut berkongsi perkembangan anak-anaknya.
Kata Shuib, dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6 tahun sering bertanyakan tentang ibu mereka setiap kali sebelum tidur.
“Macam Matin, dia baru berusia enam tahun, kadang-kadang apabila teringat dia akan tanya. Anak perempuan pula apabila sedih dia akan tunjuk.
” Sebelum tidur, dia akan tanya ibu dekat syurga. Kenapa ibu lama kat sana padahal dan janji nak berjalan sama-sama, tidur sama-sama, nak kongsi barang sama.
“Dia akan tanya kenapa ibu pergi dan tinggalkan dia. Nak tak nak kena jawab. Kalau tak ada jawapan, bagi air mata saja,” kata Shuib berkongi.
Namun kata Shuib lagi, anak sulungnya iaitu Uwais selalu menjadi penenang untuk adik-adiknya.
” Uwais dah faham..dialah menjadi penenang untuk adik-adik. Bersyukur Allah Maha Besar, dia ambil kesayangan bidadari saya, ganti anak sulung yang miripnya,” kongsi Shuib lagi.
Mahu anak belajar tahfiz
Dalam pada itu kata Shuib, dia memasang niat untuk menjadikan kesemua anak-anaknya sebagai tahfiz al-Quran sebelum mereka memilih kerjaya masing-masing.
Malah berazam untuk menghantar anak bongsunya, Ayash Affan untuk menjadi seorang al-hafiz pada usia tiga tahun.
” Saya nak semua anak-anak saya bergelar al-hafiz dan hafizah sebelum mereka bekerja nanti. Saya mahu mereka hidup berpandukan al-Quran.
” Anak yang kecil saya nak dia diajar pada usianya tiga tahun. Saya ni datang dari keluarga yang daif, tiada ahli keluarga yang jadi tahfiz jadi saya mahu anak saya tahu tentang agama,” katanya bersungguh.
Semoga hasrat Shuib untuk kesemua anak-anaknya ini dipermudahkan.
Terdahulu, Shuib turut menyampaikan perkhabaran kesihatan anak keempatnya yang sudah pun dipindahkan keluar dari inkubator.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Mstar & @shuibsepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asal ada kerajinan, semua jadi! Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni, nak pergi bawa anak-anak bercuti pun masih tak boleh. Kasihan pada anak-anak. Nak tak nak ibu bapa pun terpaksa jadi lebih kreatif untuk berikan kegembiraan pada mereka.
Perasan tak anak-anak kita biasanya kalau pergi bercuti mesti nak mandi kolam. Ia dianggap sinonim tapi kali ini perkongsian dari Encik Eddy Azuan cukup buatkan kita sebagai ibu bapa pun teruja.
1. Ni la rupa asal ruang yang ada.. rumput tiruan tu mmg dah ada.. cuma tanah tak sama level dengan lantai batu..
Bukan apa dapat buat sendiri kolam untuk anak di halaman rumah dan melihat mereka tersenyum sambil main pun dah rasa puas hati. Sungguh cantik!
2. Inilah lakaran pelan.. orang kata lukis dulu baru nampak… oh ya.. ada yg tanya kenapa perlu buat deck keliling? a. Taknak kucing dtg cakar b. Taknak ada haiwan bermastautin celah2.. c. Melindungi sistem pipe yg ada d. Nampak kemas dan siap
Akhirnya jadi realiti
Alhamdulillah. Akhirnya jadi realiti juga projek ni. Memang nak mula bertangguh-tangguh tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO. Iya sorang-sorang jaga SOP kan dan adalah cuba dibantu oleh anak-anak tapi 3 minit je bertahan.
3. Barang2 diorder dari online..3 hari terus sampai depan rumah… cuma KANVAS kolam yg sebelah dalam tu beli dari set pool yg dah siap.. BESTWAY 2m x 4m… kedalaman 1m… buleh try cari di shopee.. harga lebih kurang rm700-800..
Kongsi Eddy Azuan, projek musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini hanya dilakukan seorang diri dan berpandukan kajian daripada Google, Youtube dan Facebook sahaja. Walaupun ianya memakan masa dan tenaga namun hasilnya sunggauh berbaloi.
4. Kerja2 dimulakan.. dimulakan dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan sedikit tanah..5. Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan.. kenapa tak simen? Hahaha.. tak larat nak bancuh🤣🤣🤣… kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada.. senang sekali order.. rumusan.. sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.
Barang-barang kebanyakan ditempah dari online. 3 hari terus sampai depan rumah… cuma KANVAS kolam yang sebelah dalam tu beli dari set pool yang dah siap. Jenama Bestway 2m x 4m… kedalaman 1m… boleh cuba cari di shopee.. harga lebih kurang RM700-800.
6. Lebih kurang hasil setelah pasir diratakan.. jgn lupa paip longkang utk air keluar.. hujungnya akan ditutup dgn jaring supaya mmg takda ‘menatang’ leh keluar masuk..7. Lepas tu, cover balik dgn WEED MAT.. utk elak pertumbuhan tumbuhan di celah2.. saya kekalkan rumput tirua n sebagai alas sebab nak jadikan lembut didasar kolam bila pijak…kalau tak risau ada batu, atau benda tajam lain..8. Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Pelan2 potong pakai gunting.. tak berani pakai GRINDER..
Bermula dengan sebuah lakaran untuk jelas projek ini. Di bahagian tepi juga dilindungi oleh deck tepi adalah untuk menghalang kucing daripada mencakar atau bersembunyi di dalamnya. Selain itu, ianya untuk tampak lebih kemas dan melindungi paip yang sedia ada.
9. Inilah bukti 3 minit yg sempat dirakam jiran.. bantuan anak2 yg kunun nak bantu. 3 minit jaaaaaa.. pastu resign.10. Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini utk tampung DECKING.. tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak..
Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan.. kenapa tak simen? Hahaha.. tak larat nak bancuh. Kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada.. senang sekali order.. rumusan.. sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.
11. Indahnya besi biru ni… walau dia bakal hilang dimata.. tapi takkan dilupakan jasanya sebagai tetulang keutuhan DECK nanti..
Ditutup dengan rumput karpet
12. Tangga pool tu lebihan .. nanti kena DIY adjust sikit.
Pastikan pasir diratakan dengan betul dan menutup paip longkang air di hujungnya agar tiada ‘binatang’ boleh keluar masuk. Selepas siap bahagian sini, tampalkan balik rumput karpet bagi mengelakkan pertumbuhan tumbuhan di celah-celah. Cara ini juga dapat dijadikan alas di dasar kolam agar tidak terpijak pasir dan batu.
13. Lepas siap FRAME.. kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya… asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter… Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power utk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai… maka… UPGRADE ke 3.0hp!!!
Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Perlahan-lahan potong pakai gunting. Tak berani pakai GRINDER..Siap lebih kurang frame untuk deck. Ingat, ini untuk tampung DECKING. Tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool boleh tampung beban air atau tak.
14. Lepas siap sistem pipe dan pump.. mula pasang kolam KANVAS.. dan try isi air.. waktu inilah tetiba yang RESIGN kerja tadi terus dtg balik bertugas
Pasang sistem pam dan filter
15. Deck dipasang… saya guna PRIMA PLANK.. ada urat kayu…
Selepas selesai pemasangan frame deck, boleh pasang sistem pam dan filter untuk kolam seperti gambar di atas. Kemudian, pasang kolam kanvas yang boleh dibeli di Shopee jenama Bestway. Ini masanya untuk cuba isi air ke dalam air selepas semuanya selesai.
Asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter. Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power untuk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai. Maka… UPGRADE ke 3.0hp!
16. Hehehe.. hampir siap dah… mmg buat sekali area utk shower dan cuci kaki.. dak kecik ni dah mula enjoy ruang baru..
Akhir sekali, pasang deck kayu disekeliling agar tampak lebih kemas. Gunakan jenis PRIMA PLANK yang mempunyai urat kayu dan kalis air. Maka siaplah projek musim PKP, memang cantik hasil dan sangat puas hati.
Akhirnya..Siap!!
Bagi yang ada halaman rumah yang agak luas, siap boleh buka khemah dan santai-santai waktu petang dan malam sambil BBQ satu keluarga. Ni lah masanya untuk kita tebus semula dengan anak-anak setelah sibuk sebelum ini dengan kerja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.