Penyanyi, Shila Amzah berkongsi video bersama satu-satunya anak, Seth Uwais, 3 tahun yang sedang belajar Bahasa Mandarin.
” I was home yesterday and suddenly seth came to me with this book..”
Menurut Shila atau mesra di panggil Sha, dia membeli buku Bahasa Mandarin sekadar suka-suka dan berharap si kecil terbuka untuk mempelajari bahasa itu.
Hai min, anak i dah masuk 14 bulan tapi masih belum nampak tanda-tanda nak berjalan. Sepatutnya umur berapa dia dah boleh berjalan? Ada orang cakap anak lelaki ni lambat sikit. Betul ke?
Sofea, bukit bandar
Jawapan daripada Doktor
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Perkembangan Awal Kanak-kanak
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
Kawalan kepala – umur 3 bulan
Kaki memijak – umur 4 bulan
Meniarap – umur 6 bulan
Duduk tanpa bantuan – umur 9 bulan
Berdiri tanpa sokongan – umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
Cerebral palsy: Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Lewat perkembangan secara umum (global): Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot: Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Hobi bukan sekadar aktiviti suka-suka. Ia adalah “alat pembelajaran semula jadi” yang penuh potensi. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang aktif dengan hobi memiliki keseimbangan emosi yang lebih baik, prestasi akademik yang cemerlang, dan hubungan sosial yang lebih kukuh berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai hobi tetap.
Hobi seperti membina model, melukis, dan mencipta kraf mengaktifkan bahagian otak kanan yang berkait rapat dengan kreativiti, visualisasi, dan pemikiran abstrak.
Fakta menarik: Kajian dari University of California mendapati bahawa kanak-kanak yang sering melukis atau mencipta sesuatu mempunyai daya penyelesaian masalah 30% lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.
Hobi juga bantu mereka membina kemahiran merancang, mengambil risiko dalam keputusan kecil dan menyelesaikan konflik dengan cara kreatif.
Aktiviti berkumpulan seperti kelas seni, kelab robotik atau pasukan sukan menjadikan kanak-kanak lebih selesa berkomunikasi, belajar giliran, dan mengekspresikan pendapat mereka dengan yakin.
Fakta menarik: Menurut laporan dari Harvard Graduate School of Education, kanak-kanak yang aktif dalam kelab atau komuniti lebih berempati dan proaktif membantu rakan-rakan mereka.
Ini bukan sahaja membina kemahiran interpersonal, tetapi juga menanam rasa hormat dan sikap kepimpinan sejak kecil.
Hobi juga merupakan saluran emosi. Bila anak tertekan atau keliru, hobi seperti menulis jurnal, melukis atau bermain alat muzik membantu mereka meluahkan emosi dengan selamat.
Fakta menarik: Data dari National Institutes of Health menunjukkan bahawa aktiviti kreatif seperti seni dapat mengurangkan hormon stres (kortisol) dalam masa 45 minit sahaja.
Ini menjadikan hobi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu bentuk terapi emosi yang berkesan!
Hobi fizikal seperti berkebun, menari, atau berbasikal menjadikan anak lebih sihat, aktif dan ceria. Ia bantu menyeimbangkan masa mereka dari terlalu lama menghadap skrin.
Fakta menarik: WHO menyarankan kanak-kanak berumur 5–17 tahun perlu aktif sekurang-kurangnya 60 minit sehari, dan hobi fizikal boleh membantu mencapai sasaran ini tanpa tekanan.
Aktiviti ini juga memperbaiki koordinasi motor kasar dan halus serta mengurangkan risiko obesiti kanak-kanak.
Hobi yang konsisten mengajar anak tentang kepatuhan pada rutin, fokus jangka panjang, dan pengurusan masa. Mereka belajar bahawa kejayaan kecil datang dari usaha yang berterusan.
Fakta menarik: Kajian dari Michigan State University menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai hobi seperti muzik atau sukan menunjukkan tahap disiplin diri 28% lebih tinggi, dan ini dikaitkan dengan pencapaian akademik yang lebih baik.
Hobi bukan sekadar “isi masa lapang”—ia adalah senjata rahsia dalam membina peribadi anak-anak yang seimbang. Ia memperkayakan jiwa, menyuburkan minda, dan menyentuh aspek sosial serta emosi.
Sebagai ibu bapa dan pendidik, marilah kita terus memupuk minat anak-anak dalam aktiviti yang mereka suka. Biarlah hobi mereka menjadi tempat mereka belajar tentang dunia, tentang diri mereka sendiri, dan tentang erti usaha dan keseronokan sebenar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memisahkan tempat tidur anak dengan mak ayah bukanlah mengambil masa singkat. Banyak langkah demi langkah yang perlu dipersiapkan untuk anak benar-benar bersedia berpisah tidur dengan ibunya.
Menurut Pn Wan Nur Syakira, Penulis Keibubapaan, memisahkan anak dengan tempat tidur mak ayah perlu dilakukan lebih awal. Malah seawal usia mereka 1-2 tahun lagi, anak sudah didedahkan mengenai pengasingan ini. Ini yang mak ayah perlu lakukan untuk bersedia mengasingkan anak.
WAKTU SESUAI UNTUK KITA PISAHKAN TEMPAT TIDUR DENGAN ANAK
✔Umur 1, 2 tahun, fokus untuk sentiasa bercerita pada anak, nanti adik akan tidur di tilam sendiri, ada bilik sendiri. Prepare emosi dan mental mereka untuk berpisah tempat tidur.
✔Sebaiknya umur 3,4 tahun, kita dah boleh mula start pisahkan tempat tidur anak dengan kita. Mungkin bilik sama, tapi compartment berbeza, tilam lain-lain. Bukan kongsi.
Ada yang dah start dari usia bayi, asingkan. Ini lagi baik. Senang di masa hadapan. Usia ini kena start toilet training untuk persediaan menjadi lebih berdikari.
Teruskan bercerita dan upgrade cerita tentang perasaan malu, aurat , dan privasi.
✔Umur 5,6 tahun, dah boleh ada bilik sendiri. Dah boleh independent sikit. Kalau tak mampu tidur dalam blik dia, at least dia ada ruang privasi untuk dia tukar baju, buat homework, main. Biar anak tahu , dia ada ruang privasi.
✔Umur 7 tahun, dah boleh tidur bilik sendiri. Jangan sekolah rendah, masih tidur dengan ibu ayah. BIG NO! Panduan yang sama boleh diaplikasi dalam situasi tidur dengan nenek, bapa atau mak saudara.
Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.
Ia sangat berkait dengan persediaan emosi ( boleh berdikari ), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi ) dan fizikal anak ( dah lulus toilet training).
Jangan pandang enteng perkara ini. Ramai anak yang terlepas melihat perkara yang tak patut mereka lihat dari ibu bapa, Kerana tidur satu tilam dan bilik dengan ibu bapa.
Dan mereka tiru aksi pasangan suami isteri tanpa mereka tahu itu tidak elok.
Jom cakna ye mak ayah!
Wan Nur Syakira
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.