Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel sentiasa mengingatkan diri dengan keempat anak-anaknya bila melibatkan hal rumahtangga.
Akui bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, isterinya Wawa Zainal sudah cukup cantik dan sempurna buat dirinya malah tidak pernah terfikir untuk curang.
Tambah Aeril lagi, dia sentiasa membayangkan isteri dan anak-anaknya sebelum melakukan sesuatu.
“Wawa sudah cukup cantik di mata saya. Saya tak pernah ada niat untuk ada orang ketiga dalam hidup saya.
“Kalau ada bisikan tidak baik saya akan ingat pada anak-anak dan isteri.
“Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tak boleh jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita tahu kan?
Ads
“Cumanya kalau kita tak melayan, perkara itu tak akan terjadi, ” katanya berkongsi.
Tambah Aeril lagi, dia sebolehnya tidak mahu merosakkan kepercayaan yang sudah dibina lama.
“Saya tak mahu rosakkan apa yang sudah dibina. Saya yakin Wawa pun akan buat perkara yang sama memandangkan dia seorang yang setia.
“Pada saya jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri tak boleh kawal,” katanya berkongsi.
Ads
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumahtangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Siapa yang tak kenal dengan gelagat usahawan popular, Datuk Aliff Syukri yang memang terkenal suka menyakat anak-anak. Kali ini, si bapa sporting itu sekali lagi mencuri perhatian apabila ‘mengusik manja’ anak lelakinya, Ammar Ahyan, tentang hubungan mesra dengan anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B!
Dalam satu sesi siaran langsung TikTok, Ammar menceritakan bahawa Cik B, pernah mengajukan soalan-soalan peribadi yang dikatakan ‘macam ada minat’ terhadapnya.
Lucunya, Aliff tidak melepaskan peluang untuk masuk ‘line’ dan menyarankan jawapan romantik untuk anaknya.
“Ammar Ahyan patutnya cakap, hari yang paling bahagia dalam hidup adalah apabila saya dapat berjumpa dan bertemu dengan awak (Cik B),” usik Aliff.
Namun Ammar terus mencantas ayat ayahnya itu dengan selamba berkata,
“Itu menipu tu abah. Kita tak boleh menipu.”
Situasi itu jelas mencuit hati ramai yang menonton, melihat cara dua beranak ini bergurau penuh kasih sayang.
Dalam nada berseloroh tetapi ‘sweet’, Aliff terus mengusik Ammar dengan bertanya apa yang membuatkan Cik B menarik di matanya.
“Cara Cik B bercakap dan suka berkawan dengan semua orang,” jawab Ammar jujur.
Jawapan itu disambut dengan pujian dan gelak ketawa oleh Aliff sambil berkata, “Terima kasih Cik B, bakal menantu papa,” guraunya, momen ini buatkan ramai terhibur dan kagum dengan hubungan Aliff bersama anaknya.
Walaupun niatnya sekadar bergurau, telatah Aliff Syukri ini jelas menunjukkan hubungan bapa dan anak yang sangat rapat dan penuh kasih sayang. Dalam suasana santai sebegini, bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tapi turut memberi inspirasi buat ibu bapa lain untuk sentiasa menceriakan hari anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Ramadan sering kali menjadi masa ibu bapa memberi penekanan kepada anak-anak tentang kewajipan berpuasa. Namun, ada satu persoalan yang sering timbul, mengapa sesetengah ibu bapa begitu tegas memaksa anak-anak berpuasa tetapi dalam masa yang sama kurang menitikberatkan solat?
Dalam Islam, kedua-duanya adalah rukun Islam yang wajib. Namun, dari segi keutamaan, solat sebenarnya lebih utama kerana ia adalah tiang agama. Rasulullah SAW bersabda:
“Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya.” (HR At-Tirmidzi)
Puasa hanya diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh, berakal, dan mampu melakukannya. Manakala solat sudah diwajibkan sejak seseorang itu mumaiyiz (dapat membezakan baik dan buruk), sekitar usia tujuh tahun. Nabi SAW bersabda:
“Perintahkan anak-anakmu untuk solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan lembut jika perlu) apabila mereka meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.” (HR Abu Dawud)
Jadi, jika ibu bapa lebih fokus pada puasa tetapi mengabaikan solat, itu satu kesilapan besar dalam mendidik anak-anak mengenai kewajipan agama.
Faktor Tradisi – Puasa sering dijadikan ukuran kepatuhan seseorang kepada agama dalam masyarakat. Anak-anak yang berjaya berpuasa penuh dianggap lebih “baik” berbanding yang tidak.
Faktor Sosial – Ramai ibu bapa bimbang dengan tanggapan masyarakat jika anak mereka tidak berpuasa. Sebaliknya, solat adalah perkara yang lebih peribadi dan tidak mudah diperhatikan oleh orang lain.
Faktor Pemahaman – Ada ibu bapa yang kurang memahami keutamaan ibadah dalam Islam. Mereka mungkin menganggap puasa lebih penting kerana ia hanya berlaku setahun sekali, sedangkan solat lima kali sehari dianggap “rutin biasa”.
Mulakan Dengan Solat – Sebelum meminta anak-anak berpuasa penuh, pastikan mereka sudah biasa dengan solat. Ajarkan mereka kepentingan solat sejak kecil dan jadikan ia sebagai amalan harian.
Jangan Paksa, Tapi Bimbing – Puasa boleh dimulakan secara bertahap. Jika anak masih kecil, biarkan mereka berlatih puasa separuh hari terlebih dahulu. Tetapi solat tidak boleh ada kompromi kerana ia wajib sejak usia tujuh tahun.
Jadilah Contoh Terbaik – Anak-anak lebih cenderung meniru perbuatan ibu bapa. Jika kita sendiri solat dengan konsisten dan menunjukkan kecintaan kepada ibadah, anak-anak juga akan terdorong untuk mengikutinya.
Terangkan Hikmah Kedua-duanya – Jangan hanya berkata “kena buat sebab wajib”, sebaliknya terangkan hikmah di sebalik solat dan puasa. Contohnya, solat menjaga hubungan kita dengan Allah setiap hari, manakala puasa melatih kesabaran dan keikhlasan.
Bagi ibu bapa yang masih belum dapat pendekatan sesuai mengajar anak-anak solat, perkongsian Puan Nurul Shazalina ini mungkin boleh membantu. Sama-sama kita belajar untuk didik anak faham rukun Islam kedua ini penting buat mereka.
Kedengaran isu ajar anak berpuasa tapi tak ajar solat. Ramai dah beri pendapat, sepatutnya ajar anak solat dulu baru ajar anak berpuasa. Ya ini paling tepat. Saya dah tak perlu ulas, sebab semua tepat tepat dan bagus.
Ini dua alasan yang mungkin. Bukan parents tak nak ajar solat, tapi puasa lebih senang sebab suruh tahan makan minum sahaja. Semua orang boleh buat tanpa perlu apa apa hafalan. Mungkin ini reason ramai berpusu pusu minta anak puasa.
Ok tak apa sahabat semua, saya nak share cara ajar anak solat berperingkat peringkat. Saya bukan bagus pun, bukan pandai agama pun.
Anak saya pun belum lengkap solatnya tapi sedang berusaha lengkapkan. Cuma saya terpanggil untuk buat perkongsian ini. Saya yakin ramai perlukan tips ini.
Pertama sekali, sedari bayi lagi, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa tunjuk kita solat. Especially ibu-ibu sebab kebanyakan masa kita bersama mereka di rumah kan.
Jangan solat sorok-sorok. Sentiasa solat berhampiran mereka. Lakukan setiap hari. Saya tahu ramai je buat macam ni tapi saya yakin ada juga yang tidak buat begini. Ada di antara mereka perlukan keadaan tenang, bilik khas untuk khusyuk.
Tapi saya syorkan, bawa bayi anda letak berhampiran. Percayalah, umur setahun dua nanti, mereka akan ikut pergerakan kita solat. Jangan expect mereka terus pandai. Ikut pergerakan solat adalah langkah pertama.
Bila mereka dah boleh mula bercakap dengan lancar, ajar mereka bacaan dalam solat. Ikutkan dari kecil kita dah biasakan dengan bacaan ayat quran at least yang basic supaya senang mereka recall sebab dah biasa dengar kan.
Ok first hafal surah al fatihah. Lafaz hari-hari dengan anak. Sampai dia hafal. Jadi bila dia dah hafal, sekarang solat dia dah boleh ada bacaan surah al fatihah. Jadi dia ikut solat sambil ada bacaan al fatihah.
Jangan tunggu sehingga anak kita hafal lengkap semuanya baru suruh solat. Mungkin ini antara kes yang terjadi. Ada yang menunggu anak bersedia hafal semua baru nak anak solat.
Ok lepas tu ajar mereka sikit-sikit bacaan dalam rukuk. Ambil masa sehari ajar yang mudah-mudah dahulu. Bacaan rukuk. Dah hafal tu suruh dia baca masa rukuk dalam solat.
Lepas tu bacaan sujud. Dan seterusnya. Semua berperingkat. Untuk anak-anak yang tidak kuat daya hafalan, jangan harap sehari dah hafal atau buat expectation tinggi. Tolong fahami kemampuan anak anda. Beri masa, yang penting teruskan.
Tips saya bagi hafal yang mudah-mudah dulu. Tak perlu ikut urutan. Tahiyat akhir dan doa qunut paling last sekali saya ajar hafal setelah yang lain lancar. Kita jangan mulakan dengan yang panjang dulu. Biar yang senang je dulu.
Setiap anak berbeza. Jangan sesekali marah, kenapa susah sangat nak hafal. Anak jiran tu dah hafal semua! Haa jangan macam tu ok. Setiap orang lain daya hafalnya. Mungkin berminggu, mungkin berbulan malah bertahun. Teruskan mendidik.
Lepas itu lagi satu cara, setiap solat anak kita, kita berada di sebelah. Ni jangan solat berimam. Bukan sebab saya tak galakkan solat jemaah dengan anak. Sebab tujuan sekarang saya nak anda bantu anak anda solat.
Kalau anda imamkan, anda tak dapat betulkan bacaan anak. Anak di belakang mungkin khayal atau berangan atau sekadar ikut pergerakan. Jadi mereka takkan dibiasakan membaca bacaan solat sendiri.
Ok duduk sebelah sambil anak solat, bagi dia baca semua kuat-kuat. Kita betulkan bacaan atau tolong bacakan dan dia ikut. Buat hari-hari sampai dia boleh baca sendiri
Setiap kali lepas solat, beri kata pujian dan pelukan serta ciuman. Bagitahu Allah suka orang yang berusaha nak solat. Banyak pahala anak insyaallah. Anak gembira dan lebih bersemangat apatah lagi bila dia berjaya baca bacaan solat tanpa bantuan dah.
Kesimpulannya ibu bapa perlu mengubah mindset bahawa puasa lebih utama daripada solat. Keduanya penting, tetapi solat adalah keutamaan utama dalam Islam.
Janganlah kita hanya bangga apabila anak boleh berpuasa penuh tetapi membiarkan mereka meninggalkan solat. Pendidikan agama haruslah seimbang supaya anak-anak membesar dengan kefahaman Islam yang betul.
Menyambut kelahiran bayi bukan sahaja merubah seorang wanita menjadi ibu, bahkan seorang lelaki menjadi ayah. Seringkali masyarakat memberi keutamaan kepada perubahan emosi seorang ibu lantas mengambil mudah soal perasaan seorang ayah. Perlu diingatkan, setiap anak memerlukan seorang ayah seperti mana mereka memerlukan si ibu.
Sebenarnya jika seorang anak itu mempunyai bonding dengan ayah mereka, ia memberi kesan jangka masa panjang yang positif terhadap tumbesaran mereka. Rapat dengan anak-anak juga dapat membina keyakinan seorang lelaki untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang ayah.
Seringkali kita terlupa akan kepentingan memberi perhatian kepada ayah yang baharu menjadi bapa, kerana kita terlalu sibuk menjaga emosi si ibu yang melahirkan anak.
Keutamaan harus diberikan kepada si ibu kerana ternyata pengorbanan yang mereka lakukan itu tidak dapat ‘dibayar’ dengan apa pun. Tetapi, penghargaan juga harus diberikan kepada si ayah jika dia bersungguh-sungguh berusaha menyediakan yang terbaik buat isteri tersayang serta anak mereka.
Sebuah laporan kajian yang dilakukan oleh Dove Men+Care and Promundo (sebuah organisasi yang memperjuangkan kesamarataan jantina) membuktikan jumlah hari cuti untuk seorang ayah ketika baharu menerima bayi amat memberi kesan kepada mereka.
Dalam kegembiraan menerima ‘orang baru’ dalam keluarga, mereka sebenarnya bersedih kerana tidak dapat meluangkan masa lebih lama bersama keluarga kerana jumlah cuti yang diberikan kepada mereka sangat singkat.
85 peratus bapa dari Amerika Syarikat, Argentina, Brazil, Kanada, Jepun dan Netherlands yang menjalani bancian tersebut mengatakan yang mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk terlibat bersama si isteri pada minggu-minggu awal kelahiran anak mereka.
Walaupun kajian menyatakan begitu, tetapi kurang daripada 5 peratus bapa serata dunia tidak dapat bercuti lama kerana polisi kerajaan, tekanan kewangan dan kurang sokongan dari ketua jabatan di tempat kerja mereka.
Kesimpulannya, para bapa hari ini berhadapan dengan konflik dan terdesak untuk bersama isteri dan menjaga anak-anak bersama, tetapi tidak mampu atas kekangan tertentu. Jika niatnya betul dan ikhlas, mungkin suatu hari nanti para bapa akan diberi cuti yang lebih lama untuk menyambut kelahiran anak mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.