Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stres yang kronik
Sebab stres yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan. Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang ( Imbalanced hormone )
Kalau nak tahu, hormon adalah bahan kimia dalam tubuh yang masuk ke dalam salur darah kita dan bergerak dari organ ke organ untuk beri arahan nak buat apa dan bila kena buat.
Jadi memang tak pelik kalau dah cuba guna macam-macam produk kurus tapi badan masih lagi sama montel.
Makin stres jadi makin montel!
Ads
Bila isteri kita mengalami stres yang terlalu kronik, sesetengah hormon dalam badan akan berlaku lebihan atau kekurangan. Jadi semua sistem tubuh akan berlaku “malfunction” sebab arahan tak sampai betul.
Bukan berat badan sahaja yang terganggu malah isteri boleh mengalami masalah seperti:
Ads
1. Kesukaran untuk tidur 2. Terlalu sensitif dengan rasa sejuk dan panas 3. Kulit kering dan kusam 4. Senang berpeluh 5. Tekanan darah tak stabil 6. Selera makan naik atau kurang tanpa sebab 7. Rasa resah & bimbang ( anxiety ) 8. Selalu rasa terlalu letih 9. Sakit kepala 10. Kemurungan ( depression ) 11. Ada bonjol di leher tiba-tiba
Banyak lagi sebenarnya, tapi ni antara yang paling utama.
Sebenarnya badan kita dah ada semua yang diperlukan untuk dapat badan yang sihat dan menawan. Secara semula jadi lagi. Bebas kesan sampingan dan mesra poket.
Ads
Jadi senang je, kalau nak isteri kita sihat dan menawan suami kena sentiasa tadah telinga dan beri perhatian bila isteri nak mengadu atau mengeluh. Sebab “bercakap” itulah terapi mengurus stres yang paling berkesan buat wanita.
Nak isteri cantik menawan luaran kita kena jaga dulu dalaman dia. Jaga hormon, jaga emosi dan jaga pemakanan. Baru isteri kita sihat dan menawan setiap hari.
Bukan mudah untuk seorang ibu yang mengandung rapat-rapat. Mungkin anak sebelum tu belum genap lagi setahun, dapat pula rezeki dari Allah. Persediaan mental dan fizikal penting untuk pastikan ibu dan anak yang lain tidak rasa tertekan.
Betul bukan mudah nak hadapi situasi ini namun jika pandai uruskan tiada masalah. Malah ramai yang akui masa anak kecil ni je penat sikit tapi bila anak-anak dah besar ia akan membesar sekali dan jadi lebih rapat.
Menerusi apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Wan Nur Syakira, caranya berdepan situasi ini apabila dapat tahu mengandungkan anak kedua ketika anak sulung baru 10 bulan boleh beri semangat buat ibu lain.
PERSEDIAAN SAYA UNTUK ADAM DAPAT ADIK BARU.
Ada sahabat yang mintak share apa yang saya buat untuk sediakan Adam untuk dapat adik baru. InsyaAllah, cuba share sikit-sikit, mana tau membantu.
Saya mengandungkan Yusuf ketika Adam berumur 10 bulan. So Adam akan dapat adik ketika berumur setahun 7 bulan gitu yang mana agak muda dan kecil lagi nak memahami.
Saya tahu saya perlu sediakan mental dan emosi Adam untuk terima kehadiran orang baru untuk kebahagiaan bersama.
So saya cuba cari tips ,minta nasihat sahabat yang dah ada pengalaman dan try and error my own way untuk sediakan emosi dan mental Adam.
Apa yang saya buat?
✔ Sejak awal mengandung, sentiasa beritahu ada baby dalam perut ummi. Nanti bila dah sampai masa, baby akan keluar dan Adam akan dapat adik.
Selalu ajak dia usap perut dan bercakap dengan baby.
Hari-hari saya sebut pada Adam.
” Nanti bila adik keluar, boleh makan sama-sama, main sama-sama, solat sama-sama, pergi jalan sama-sama.
Nanti bila dapat adik, adik sayang Adam, Adam sayang adik. Adam jaga adik, adik jaga Adam. Kasih dan sayang kita takkan berkurang, bahkan makin bertambah dengan kehadiran adik baru.
Adam anak sulung, dan besar sikit dari adik, nanti Adam tolong ummi jaga adik ye”.
Dialog ni memang selalu ulang hari-hari.
✔ Bawa pergi check up baby.
Dedahkan pada dia rutin check up kita.
Masa di klinik, cerita kenapa kita datang klinik, sebab nak check ummi dan baby, sihat atau tak.
Ceritakan keadaan baby pada dia, dah berapa bulan, tunjukkan suasana klinik, ada yang ibu datang dengan anak-anak.
Cerita lagi, tu dia pun ada adik, nanti Adam ada adik jugak. Again, ulang dialog yang boleh main sama-sama macam kat atas tu.
✔Sentiasa tunjukkan bahasa kasih sayang. Sentiasa cakap ummi sayang Adam, bangga dapat anak macam Adam, sentiasa berikan pelukan dan ciuman dan puji bila dia buat sesuatu yang baik.
Yang ni kena buat seumur hidup anak sebenarnya, tapi lipat gandakan bila expecting orang baru.
Bagi anak rasa dia selamat dan sentiasa dicintai walaupun nak ada orang baru.
Lepas dapat, lagilah kena berlipat ganda ucapan kasih sayang ni pada anak supaya tak rasa tersisih.
✔ Pengaruhi minda separa sedar
Bila Adam nak hampir tidur atau dah terlelap, ummi sentiasa bisik lagi pesan.
Usap kepala anak yang dah tidur tu. Ulang dialog kat atas yang sama-sama tu. Minda separa sedar ni power.
Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi. 90% daripada badan kita dipengaruhi oleh minda separa sedar.
Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
> Waktu hujan > Waktu kita berehat > Waktu solat > Waktu hampir tidur
✔ PALING PENTING ,LUANGKAN MASA BERSAMA MEREKA.
Tak kiralah bila ada adik atau akan dapat adik, kita kena luangkan masa, build connection.
Bermain bersama.
At least, 15- 30 minit. Hanya kita dan dia. Tanpa adiknya (kalau adik dah lahir).
Tips ni saya dapat dari buku.
Fokus kita hanya dia. Tiada telefon, kerja rumah, tv atau sebagainya. Percayalah, dia akan ok. Sebabnya, yang meragam biasanya nakkan perhatian saja.
✔ DOA.
Jangan lupa doa agar dimudahkan anak-anak kita saling menyayangi. Saling membantu.
Doa agar kuat ikatan kasih antara adik beradik. Berkekalan sehingga masing-masing tamat nyawa.
Jadi ibu ayah ni, Doa senjata paling hebat yang kita ada dalam mendidik anak. Lebih-lebih lagi doa ibu. Istimewa sangat nilainya di sisi Allah. Jangan sia-siakan anugerah itu.
Sehebat mana kita jaga, tersangat jauh dari hebatnya jagaan Allah. Ini yang saya dan suami amalkan.
Alhamdulillah, Adam tak pernah meragam atau mengalami tantrum yang tak terkawal sebab cemburu. Dia pun kelihatan sangat sayang dengan adik.
Boleh tolong tengokkan adik bila saya ke dapur sekejap ( of course lah kena intai dari dapur), takdelah dia pergi kacau adik ke.
Kalau nampak dia macam tak stabil je emosi, saya dapat rasa hari tu mesti saya tak sempat nak hug, kiss, dan spend time dengan dia. So saya minta maaf dan saya terus buat semua tu. Alhamdulillah, emosi dia nampak terkawal.
Saya bukanlah pro bab menjaga anak. Baru anak 2. Kecil-kecil lagi. Pengalaman pun tak banyak.
Tapi saya sangat suka baca buku parenting, follow parenting tips dan figura yang berkongsi tentang parenting serta pergi seminar parenting. Saya share apa yang saya dapat dan amalkan untuk manfaat kita bersama.
Harap ianya membantu untuk mereka yang bakal menerima insan baru dalam keluarga. 😊Selamat menyemai kasih sayang antara anak-anak. 😊 Semoga bermanfaat.
Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot-otot. Diambil petikan dari laman stylecraze.com, terdapat banyak manfaat melakukan urutan pada tapak kaki setiap malam sebelum tidur dan manfaat yang boleh dikongsikan antaranya:
1. Melancarkan Aliran Darah
Urutan di tapak kaki secata teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesa kit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.
2. Mengatasi Masalah Migrain
Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.
3. Menurunkan Tekanan Darah
Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai.
Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormon yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.
4. Menurunkan Risiko Menopause
Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risi ko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila man jakan isteri anda.
Teknik Urutan
1. Sapu minyak seluruh kaki.
2. Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan- lahan 6 kali – Teknik Alternate Palm.3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali – Teknik Knuckle.
4. Buat putaran ke atas 6 kali – Teknik Thumb Circle.5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali – Teknik Thumb Gliding.
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali – Teknik Thumb Gliding.
7. Urut bawah ibu jari kaki – Teknik Thumb Gliding.8. Tekan setiap jari jari – Teknik Static Pressure.
9. Ulang dari langkah 1- 8 pada sebelah kaki lagi.
10. Lap tapak kaki atau terus pakai stoking.
Selamat mencuba semua, kalau dah mahir boleh urut untuk pasangan pulak ya!
Bagi kebanyakan ibu bapa, jantina bayi pada kebiasaannya diketahui selepas bayi tersebut dilahirkan. Ada juga yang memilih untuk tidak mahu mengetahuinya walaupun jantina tersebut boleh diketahui melalui ujian pengimejan.
Ini bertujuan sebagai satu kejutan untuk mereka mengetahui jantina anak sejurus setelah bayi dilahirkan.
Bagi mereka yang merancang untuk memilih nama anak, tetapi masih tidak mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan, kami ada cadangan untuk anda.
Berikut disenaraikan beberapa nama anak yang boleh digunakan untuk kedua-dua jantina beserta maksudnya.
Afif: Yang mempunyai harga diri
Afiq: Yang mulia
Afnan: Pepohon yang berbuah/kecantikan
Aiman: Yang bertuah/berkat
Akmal: Yang sempurna
Badrulmunir: Bulan bercahaya
Baheera: Cantik/berseri/elok/indah
Baiduri: Permata
Baqir: Sangat pandai/terpelajar
Basri: Penglihatanku
Dahin: Yang cerdik
Daim: Yang berpanjangan
Daiyan: Hakim/pelindung
Daneen: Puteri
Daris: Pembaca/pelajar
Eijaz: Keajaiban
Essam: Melindungi
Faeeq: Tertinggi/utama/terkenal
Fahim: Yang faham/pintar
Fahmi: Kefahamanku/pemahaman
Fairuz: Nama sejenis batu permata
Ghali: Mahal/sesuatu yang bernilai tinggi
Ghazi: Penakluk/perajurit di medan perang
Nadhim: Pengatur
Naim: Kesenangan
Nasrat: Kemenangan
Nasrul-haq: Pertolongan kebenaran
Nudhar: Emas
Nurhan: Cahaya raja
Orkid: Bunga orkid cantik
Pemilihan nama-nama anak yang baik adalah penting bagi semua individu. Mengapa? Kerana setiap nama yang diberikan kepada bayi adalah ibarat satu doa kepadanya sepanjang hidupnya.
Nama yang baik akan membentuk peribadi yang elok pada bayi kelak.
Sumber: Hello doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajar anak puasa perlu dilakukan secara berperingkat mengikut umur. Pakar pediatrik Dr Nisa Khalil kongsikan panduan umur sesuai dan cara terbaik melatih anak berpuasa tanpa tekanan.