Menjadi ibubapa buat pertama kalinya sememangnya sentiasa penuh dengan rasa ingin tahu dan bimbang jika bayi tidak selesa atau tidak cukup susu yang diberikan.

Jangan bimbang, ini petanda paling mudah yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol untuk mak ayah yang sentiasa keliru susu mencukupi atau tidak.


Macam mana saya nak tahu bayi saya yang baru lahir tu dapat susu badan yang cukup?

Selalu Risau Anak Tak Cukup Susu, Ini Tip & Pencerahan Dari Doktor!

Ini pula jawapan yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol mengenai kuantiti susu ini.

Kalau anak ada tanda-tanda ni, kemungkinan besar anak tak dapat susu yang cukup.

1. Ada urate crystal dalam lampin bayi. Boleh jadi warna merah jambu atau oren. Selalu terjadi pada bayi lelaki yang tak cukup susu.

IKLAN

2. Warna air kencing jadi pekat macam air teh o.

3. Tukar lampin bayi kurang dari 5 kali sehari. Bila susu tak cukup, kencing pun kurang.

Selalu Risau Anak Tak Cukup Susu, Ini Tip & Pencerahan Dari Doktor!

Bayi macam ni mungkin kencing 1-2 kali sahaja setiap hari. Ini tak normal.

Bayi mesti ditukar lampin 6-10 kali sehari. Barulah dikira cukup susunya.

IKLAN

4. Berat badan bayi naik kurang dari 25 gram (<25g) sehari antara usia 1 hari hingga 3 bulan.

5. Seminggu selepas bayi lahir, berat badan bayi akan turun secara purata 10%.

6. Kalau lahir berat 3kg, selepas seminggu berat bayi jadi 2.7kg. Ini normal.

Selalu Risau Anak Tak Cukup Susu, Ini Tip &#038; Pencerahan Dari Doktor!

IKLAN

7. Masuk minggu kedua, bayi akan dapat semula berat asal semasa lahir (3kg).

8. Secara purata, berat bayi jadi 2 kali handa masa usia 5 bulan dan jadi 3 kali ganda masa umur setahun.

Jadi kalau berat bayi semasa lahir ialah 3kg, berat akan jadi 6kg masa umur 5 bulan dan 9kg masa umur setahun.

Menarik: Pandainya Dia Kena Agah Dengan Ibu, Senyuman Anak Kedua Siti Nurhaliza Buat Ramai Cair

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI