Kita ibu bapa pun manusia biasa yang tak lepas dilanda emosi dan rasa amarah yang kadangkala tak boleh dikawal. Itu normal! Semuanya sebab terlampau penat menguruskan hal anak-anak dan kerja tanpa henti.
Pun begitu rasa amarah ini janganlah dilepaskan pada orang yang tidak sepatutnya, iaitu pada anak-anak. Mereka tak sepatutnya dimarahi dek kerana kegagalan kita mengawal emosi diri.
Tips kalau kita parents yang PANAS BARAN DAN SELALU TERLEPAS PUKUL ANAK.
1. Jauhkan diri dari anak bila kita rasa marah.
Tutup pintu bilik dan kunci, biar anak menangis di luar. Dari menangis sebab kita pukul dia.
2. Remind diri jangan pegang apa-apa alat.
Rotan ke, hanger ke. Jangan biasakan pegang dan acah-acah pukul anak. Nanti, bila kita marah, kita tak dapat kawal perasaan, takut kita terpukul lebih batasan sampai cederakan anak.
3. Pukul dinding atau lantai bila kita rasa nak pukul anak.
Baru kita rasa sakit atau tak tangan kita tu. Sekuat tu lah anak kita akan rasa sakit.
4. Ketap gigi sekuatnya kalau rasa nak menjerit dan maki hamun anak. Kita akan automatik guna suara yang lebih rendah, dan kemarahan akan dapat dikawal sedikit.
5. Tarik nafas dalam-dalam dan kira sampai 10 setiap kali rasa nak pukul atau maki anak.
Ini akan PAUSE kan rage emosi kita, dan akan beri kita ruang untuk berfikir secara logik dan rasional.
Ads
6. EMERGENCY TIPS KALAU TERLALU MARAH: Luahkan dengan suara dulu. Kalau terlalu marah, elak guna tangan. Marah verbal dulu. Nanti, slow-slow usaha untuk tak marah verbal pula.
Pukul cederakan badan. Marah verbal cederakan emosi. Dua-dua kena kawal agar tak cedera.
Tapi, pukul lebih berbahaya kepada keselamatan diri dan fizikal anak. Ingat. Kalau pukul terlalu kuat, hilang pertimbangan, boleh bawa mati. Hilangkan pukul dulu.
Nanti, usaha hilangkan marah verbal yang rosakkan emosi anak pula. Tapi, jangan tangguh lama sangat nak hilangkan tu. Usaha usaha usaha.
7. Minta bantuan pasangan untuk ingatkan kita.
Ingatkan dengan sentuh bahu kita, atau sebut perkataan reminder macam “ABANG…” atau “ANAK KECIL TU”…
Ads
Takut bila baca kes-kes anak kena pukul sampai cedera, kena pukul sampai koma, pukul sampai mati ni. Hilang pertimbangan ibu ayah.
Dalam Islam, ada garis panduan nak rotan anak ni tau. Bukan untuk luahkan rasa marah kita.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam berturut-turut pula kelahiran bayi dalam kalangan selebriti. Terbaru pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan, sekitar jam 11.40 malam (31 Januari).
Berita gembira itu dikongsikan suami Intan yang juga pelakon, Harris Alif menerusi satu posting di InstaStory selain hantaran foto bersama isteri dan bayi perempuan mereka di dalam wad berkenaan.
Menerusi kapsyen yang ditulis Haris, pelakon Geng Bas Sekolah tersebut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih di atas doa dititipkan orang ramai untuk isteri dan zuriat sulungnya itu.
“31.1.2022 Alhamdulillah.. Puteri sulung daddy & mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian Intan di instagramnya, dia memberitahu kedua-duanya sihat dan berada dalam keadaan baik.
Gambar Intan yang sedang menatap bayi perempuannya itu benar-benar menunjukkan perasaan syukurnya menimang cahaya mata sulung.
Rata-rata rakan artis dan pengikut pasangan itu memenuhi ruangan komen memberikan ucapan tahniah serta mendoakan agar bayi mereka menjadi anak solehah.
Sebelum melahirkan puterinya itu, Intan telah Intan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh pada Disember lalu selepas disahkan positif COVID-19 dan menjalani rawatan selama lapan hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu. Walaupun perbezaan umur antara Intan dan Haris 17 tahun namun ia tak menjadi penghalang untuk mereka menikmati nikmat kebahagiaan hidup berumah tangga dan saling menghormati antara satu sama lain.
Kredit: Instagram Harris Alif & Intan Ladyana
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khasiat air kelapa untuk kanak-kanak, elok diminum ketika berbuka puasa. Air kelapa sememangnya terkenal sebagai minuman semula jadi yang menyegarkan. Bukan sahaja enak diminum, tetapi ia juga kaya dengan pelbagai nutrien yang memberi manfaat kepada kesihatan.
Khasiat Air Kelapa Untuk Kanak-Kanak, Elok Diminum Ketika Berbuka Puasa
Bagi kanak-kanak, air kelapa boleh menjadi pilihan minuman yang lebih sihat berbanding minuman bergula atau minuman berkarbonat. Sebenarnya banyak khasiat air kelapa untuk kanak-kanak antaranya menyokong tumbesaran serta kesihatan mereka.
Berikut khasiat-khasiat air kelapa muda kepada kanak-kanak:
1. Kaya dengan Elektrolit Semula Jadi
Air kelapa mengandungi elektrolit semula jadi seperti kalium, natrium, magnesium, dan kalsium yang membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Kanak-kanak yang aktif mudah kehilangan banyak air melalui peluh, terutama ketika bermain di luar atau bersukan. Air kelapa dapat membantu menghidrasi badan dengan lebih baik dan mengelakkan dehidrasi.
2. Meningkatkan Sistem Imun
Air kelapa mengandungi antioksidan dan asid laurik yang berfungsi sebagai agen antikuman. Asid laurik ini juga terdapat dalam susu ibu dan berperanan membantu melawan jangkitan virus serta bakteria. Oleh itu, meminum air kelapa boleh membantu menguatkan sistem imun kanak-kanak dan melindungi mereka daripada jangkitan seperti selesema dan batuk.
3. Membantu Penghadaman
Salah satu masalah biasa dalam kalangan kanak-kanak adalah sembelit atau masalah pencernaan. Air kelapa bersifat ringan dan mengandungi serat yang boleh membantu melancarkan sistem penghadaman. Jika kanak-kanak mengalami masalah perut seperti cirit-birit atau sembelit, air kelapa boleh menjadi salah satu penyelesaian semula jadi yang selamat.
Air kelapa mengandungi karbohidrat semula jadi yang dapat memberikan tenaga segera kepada kanak-kanak. Ini sangat berguna untuk kanak-kanak yang aktif dan memerlukan tenaga tambahan untuk bermain serta belajar. Berbanding minuman tenaga yang tinggi kandungan gula dan bahan tiruan, air kelapa adalah pilihan yang lebih sihat dan selamat.
5. Baik Untuk Kesihatan Kulit
Kanak-kanak sering terdedah kepada pelbagai masalah kulit seperti ruam panas, alergi, atau kulit kering. Air kelapa mempunyai sifat penyejuk dan boleh membantu mengurangkan masalah kulit jika diminum secara berkala. Selain itu, air kelapa juga boleh digunakan secara luaran dengan menyapu pada kulit untuk memberikan kelembapan semula jadi dan mengurangkan iritasi.
6. Mengurangkan Risiko Batu Karang
Walaupun batu karang lebih kerap berlaku pada orang dewasa, ada juga kanak-kanak yang mengalami masalah ini akibat kekurangan air dalam badan. Air kelapa membantu membuang toksin dari badan dan mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.
Cara Memberikan Air Kelapa Kepada Kanak-Kanak
*Elakkan campuran gula – Air kelapa sudah manis secara semula jadi, jadi tidak perlu menambah gula.
*Minum dalam jumlah sederhana – Walaupun air kelapa baik untuk kesihatan, minum dalam jumlah berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit kerana sifat pencairannya.
*Sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 bulan ke atas – Bayi di bawah 6 bulan tidak digalakkan minum air kelapa kerana sistem penghadaman mereka masih belum matang.
Air kelapa adalah minuman semula jadi yang penuh dengan manfaat untuk kanak-kanak. Ia bukan sahaja menyegarkan tetapi juga menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik dengan membantu penghidratan, meningkatkan sistem imun, melancarkan penghadaman, dan memberikan tenaga semula jadi.
Bagaimanapun, seperti mana-mana makanan atau minuman, pengambilan secara sederhana adalah kunci untuk mendapatkan manfaatnya secara optimum. Jika ibu bapa ingin memberikan air kelapa kepada anak-anak, pastikan ia diambil dalam jumlah yang sesuai dan segar tanpa tambahan bahan kimia.
Air kelapa sememangnya anugerah alam yang patut dimanfaatkan untuk kebaikan kesihatan anak-anak kita!
Selama 18 tahun menunggu kehadiran si kecil untuk menceriakan keluarga selepas keguguran anak pertama ketika awal perkahwinan, siapa sangka Allah hantarkan adik Ayra Safiyya Johariy pada kedua ibu bapanya.
Menurut Zalwani Zulkifli, rezeki Allah nak bagi ini tak dijangka pun namun waktu itu cukup berterima kasih pada Allah. Bagaimanapun, waktu lahir barulah tahu Ayra istimewa di mata kami semua kerana mempunyai masalah sumbing.
Ayra ketika usia 3 bulan
“Walaupun keadaannya begitu, kami terima dengan hati terbuka dan gembira. Selain sumbing masalah lain yang Ayra hadapi juga sekali sekala dia mengalami sawan. Tetapi masih terkawal.
“Cuma pada 7 April lalu, keadaannya berubah 100 peratus apabila tiba-tiba dia jadi pasif sehinggalah badan melengkung.
“Masa tu kami ingatkan Ayra tak selesa nak tidur kerana selesema tetapi esoknya (8 April) lagi nampak ketara melengkungnya dan asyik tidur sepanjang masa. Disebabkan rasa tak sedap hati terus bawanya ke klinik dan doktor rujuk ke hospital sehinggalah ditahan di wad.
“Masa dalam wad itu, dah tak boleh nak buat apa kerana badannya mula kejang dan melengkung selain tiada selera untuk minum susu sehingga badannya susut,” katanya.
Hampir dua minggu dalam wad Ayra dibenarkan pulang tetapi keadaannya tak berubah. Kini kedua ibu bapanya sedang berusaha untuk membawa Ayra berubat bagi melembutkan semula badannya supaya boleh lurus seperti biasa.
Ketika usia 1 tahun
Urut setiap hari untuk lembutkan badan Ayra
Rutin ummi Ayra juga berubah sejak keluar hospital. Setiap hari terutama waktu pagi dan petang badan Ayra akan diurut dengan minyak supaya badannya lembut.
“Nampak jugalah sikit perubahan apabila kita dukung atau pegang, dia boleh luruskan tetapi setelah letak atas tilam jadi melengkung semula.
“Sebelum kejadian ni, Ayra sangat aktif dan bukanlah jenis yang kuat tidur. Dia sentiasa nak ajak berborak. Kini keadaannya hanya pejam mata sepanjang masa dan minum susu pun perlu dikejutkan setiap 3 jam sekali.
“Di usia Ayra 1 tahun 6 bulan ini beratnya mencecah 3.9 kilogram naik 200 gram dalam tempoh seminggu berbanding berat asalnya 3.7 kilogram lepas diberikan susu khas melalui tiub,” ujarnya.
Keadaan badan Ayra yang melengkung sehingga lehernya biru
Ikhtiar berubat melalui rawatan alternatif
Zalwani juga menyatakan selagi Ayra ada dengannya, dia dan suami tak akan putus asa untuk membawa anaknya pergi berubat. Asal ada orang cakap boleh bantu, saya bawa.
“Walaupun terpaksa berhabis wang kami akan cuba sehabis daya dan tak mahu lihat Ayra dalam keadaan sakit. Kalau nak dikira dah habis air mata kami sekeluarga.
“Rata-rata yang merawat Ayra memberitahu puncanya disebabkan sawan tarik,” kongsinya.
Walaupun doktor menjangkakan hayat Ayra mungkin dalam setahun sahaja dan menyuruh kami bersedia, sebagai ibu saya tak mahu pegang ramalan doktor.
Semasa menerima rawatan di hospital
Buat masa ini, Zalwani berserah pada Allah saja. Jika Allah nak ambil biarlah kami puas hati buat yang terbaik untuknya walaupun dia tak boleh kembali normal. Kami akan reda dengan ujian ini.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu adik Ayra bolehlah berikan sumbangan ke akaun CIMB Zalwani Zulkifli (06080072901528)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.